Lailatul Qadar (Arab: لیلة القدر) adalah satu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadan. Ayat al-Qur’an yang pertama dipercayai diturunkan pada malam ini. Malam ini disebut di dalam al-Qur’an dalam surah Al-Qadr, dan diceritakan lebih baik daripada seribu bulan.
Saat pasti
berlangsungnya malam ini tidak diketahui namun menurut beberapa hadis,
malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan, tepatnya pada
salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29. Malah
ada sebahagian ulama yang menganggap ia berlaku pada malam genap
seperti malam 24 Ramadan. Walau bagaimanapun, antara hikmah malam ini
dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya
di sepuluh malam yang terakhir. Sebahagian Muslim biasanya berusaha
tidak melewatkan malam ini dengan menjaga diri agar berjaga pada
malam-malam terakhir Ramadan sambil beribadah sepanjang malam.
LAILATULQADAR MALAM YANG DINANTI OLEH MUKMIN
10 akhir Ramadhan adalah merupakan di
antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang
tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu
oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam
Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain
sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah
s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.
Maksudnya: “Sesungguhnya kami menurunkan
Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau
mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000
bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan
daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga
terbit fajar”.
Sebab turun surah al-Qadr
Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang
begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab
diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab
turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang
lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk
berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan
itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.
Riwayat yang lain pula dari Ali bin
Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang
telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak
derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka
itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t.
menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah
Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik
daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan
para sahabat amat gembira.
Daripada ayat di atas dapatlah kita
ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam
lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.
Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut
Maksudnya: “Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya”
Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada
malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh
ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.
Maksudnya: “Nabi s.a.w. apabila masuk 10
akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam
dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah.
Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah.”
Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar
Kerana mulianya Lailatulqadar,
Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan
menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah
yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu
Hurairah r.a.
Maksudnya: “Barangsiapa menghayati malam
Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat
yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya
ia diampunkan dosanya yang terdahulu.
Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh
yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang
akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan
pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.
Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:
Maksudnya: “Biasanya Rasulullah s.a.w.
berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10
malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang
lain.”
Dalam hadis yang lain Aishah juga
meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan
bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam
yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Malam-malam yang ganjil yang tersebut
ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu
terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar
itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan.
Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan.
Terdapat juga hadis yang mengatakan
bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat
yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan
menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam
27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat
kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke
satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan
Ramadhan.
Yang pastinya bahawa masa berlakunya
malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya
setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan
dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan
dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan
menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.
Doa khusus di Malam Lailatulqadar
Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut
1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.
Maksudnya: “Saya pernah bertanya kepada
Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar
dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab
berdoalah dengan doa yang berikut”
Maksudnya: “Ya Allah ya Tuhanku
sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka
memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa
yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca
doa
Orang yang beribadah pada 10 malam yang
tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam
hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu
malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang
yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam
Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat
menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang
tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:
1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.
Adalah diharapkan sebelum daripada kita
beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan
sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh
mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.
Tanda Malam Lailatulqadar
Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar :
– Ada yang berkata orang yang menemui
malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap
tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
– Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
– Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
– Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.
Imam Tabari r.h. memilih kaul yang
menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat
melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya
untuk menemui malam Lailatulqadar.
Malam Lailatul-Qadar sunat dicari,
kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai
kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar
adalah sebaik- baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat.
Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.
Maksudnya:
” Malam Lailatul – Qadar lebih baik daripada seribu malam “
Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadar dengan mengerjakan ibadah
adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada
Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.:
Maksudnya:
” Sesiapa menghidupkan malam
Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan
mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu “
Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w.
apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan
malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada
isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:
Maksudnya:
” Rasulullah s.a.w. berusaha
sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya
daripada malam-malam lain. “
Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya:
” Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan dalam malam ganjil. “
Pendapat yang terkuat mengikut para ulama’ bahawa malam Lailatul
Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka’ab katanya, “Demi
Allah sesungguhnya ibn Mas’ud telah meyakinkan bahawa malam
Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula
terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami
(malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha
mencarinya.”- Jom Aktifkan MyKad Smart Shopper Anda Untuk dapatkan Mata Ganjaran !!
Daripada Riwayat Mu’awiyah:
Maksudnya:
” Bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda dalam malam lailatul-qadar iaitu malam ke-27. “
Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn
Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan.
Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang
kembalinya kepada Lailatul-Qadar.
Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar r.a yang berbunyi:Maksudnya:
” Sesiapa yang mencari
Lailatul-Qadar , dia hendaklah mencarinya pada malam yang ke-27, carilah
kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. “
Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, “Ya Rasulullah
s.a.w. andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang
patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa:Maksudnya:
” Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah keampunan-Mu untukku. “
ANTARA TANDA-TANDA LAILATUL QADAR
Lailatul Qadar merupakan satu malam yang
mempunyai kelebihan lebih seribu bulan yang lain. Ini dapat kita lihat
daripada apa yang telah dinukilkan oleh Allah di dalam al-Quran dalam
surah al-Qadar. Begitu juga dengan apa yang telah diberitahukan oleh
Rasulullah S.A.W dalam beberapa hadis yang sohih.
Kita disuruh untuk menghidupkan malam
lailatul qadar dan tidak membiarkannya berlalu begitu saja. Rasulullah
S.A.W telah bersabda dalam hadis muttafaq ‘alaih daripada Abu Hurairah
yang artinya : Sesiapa yang menghidupkan malam lailatul qadar penuh keimanan dan keikhlasan akan diampun baginya dosa yang telah lalu.
Menurut imam Fakhrurrazi bahwa Allah
menyembunyikan malam lailatul qadar dari pengetahuan kita sebagaimana
Dia menyembunyikan segala sesuatu yang lain. Dia menyembunyikan
keredhaanNya pada setiap ketaatan sehingga timbul dalam diri kita
keinginan untuk melakukan semua ketaatan atau ibadat itu.
Begitu juga Dia menyembunyikan
kemurkaanNya pada setiap perkara maksiat agar kita berhati-hati dan
menjauhi segala maksiat dan tidak memilih antara dosa besar dan kecil
untuk melakukannya kerana dosa kecil jika terus dilakukan secara
berterusan akan menjadi dosa besar jika kita tidak bertaubat dan
berusaha meninggalkannya.
Dia menyembunyikan wali-waliNya agar
manusia tidak terlalu bergantung kepada mereka dalam berdoa sebaliknya
berusaha sendiri dengan penuh keikhlasan dalam berdoa untuk mendapatkan
sesuatu daripadaNya kerana Allah menerima segala doa orang yang
bersungguh-sungguh dan tidak mudah berputus asa.
Dia menyembunyikan masa mustajab doa
pada hari Jumaat supaya kita berusaha sepanjang harinya. Begitulah juga
Allah menyembunyikan penerimaan taubat dan amalan yang telah dilakukan
supaya kita sentiasa istiqamah dan ikhlas dalam beramal dan sentiasa
bersegera dalam bertaubat.
Demikianlah juga dengan penyembunyian
malam lailatul qadar agar kita membesarkan dan menghidupkan keseluruhan
malam Ramadhan dalam mendekatkan diri kepadaNya bukan hanya sekadar
menunggu malam lailatu qadar sahaja untuk beribadat dan berdoa.
Tetapi inilah penyakit besar yang
menimpa umat Islam yang menyebabkan malam-malam Ramadhan lesu kerana
mereka hanya menanti malam yang dianggap malam lailatul qadar sahaja
untuk beribadat. Kerana mengejar kelebihan lailatul qadar yang mana kita
tidak mengetahui masanya yang tertentu menyebabkan kita terlepas dengan
kelebihan Ramadhan itu sendiri yang hanya datang setahun sekali.
Antara tanda-tanda dalam mengetahui malam lailatul qadar adalah berdasarkan beberapa hadis di bawah :
1. Abi Ibnu Ka’ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda mengenai lailatul qadar yang artinya : Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram). – Hadis riwayat imam Muslim dalam kitab puasa –
2. Telah diriwayatkan daripada Nabi S.A.W bahawa baginda telah bersabda yang artinya : Sesungguhnya
tanda-tanda lailatul qadar, bahawa malamnya bersih suci seolah-olah
padanya bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak
panas, tiada ruang bagi bintang untuk timbul sehingga subuh, dan
sesungguhnya tanda-tandanya matahari pada paginya terbit sama tiada
baginya cahaya seperti bulan malam purnama tidak membenarkan untuk
syaitan keluar bersamanya pada hari itu. – Hadis riwayat imam Ahmad dengan isnad jayyid daripada Ibadah bin As-Somit –
3. Dalam Mu’jam At-Tobarani Al-Kabir daripada Waailah bin Al-Asqa’ daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam
lailatul qadar bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak berawan padanya,
tidak hujan, tidak ada angin, tidak bersinar bintang dan daripada
alamat siangnya terbit matahari dan tiada cahaya padanya(suram).
4. Telah meriwayat Al-Barraz dalam musnadnya daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul Qadar bersih tidak panas dan tidak pula sejuk.
Qadhi ‘Iyad telah mengatakan ada dua pendapat mengenai matahari yang terbit tanpa cahaya iaitu:
1) Ia merupakan tanda penciptaan Allah SWT.
2) Menunjukkan bahawa kerana terlalu banyak para malaikat yang berzikir kepada Allah pada malamnya dan mereka turun ke bumi yang menyebabkan sayap-sayap dan tubuh mereka yang halus menutupi dan menghalangi matahari dan cahayanya.
2) Menunjukkan bahawa kerana terlalu banyak para malaikat yang berzikir kepada Allah pada malamnya dan mereka turun ke bumi yang menyebabkan sayap-sayap dan tubuh mereka yang halus menutupi dan menghalangi matahari dan cahayanya.
Daripada hadis-hadis di atas bolehlah kita buat kesimpulan bahawa antara tanda-tanda lailatul qadar ialah :
a. Pada malamnya keadaan bersih dengan cuaca tidak sejuk dan tidak pula panas.
b. Malamnya tenang yang mana terang dan angin tidak bertiup sebagaimana biasa dan awan agak nipis.
c. Malamnya tidak turun hujan dan bintang pula tidak bercahaya seolah-olah tidak timbul.
d. Pada siangnya pula matahari terbit dalam keadaan suram.
Tanda-Tanda Malam Lailatul Qadar
Diantara kita mungkin pernah mendengar
tanda-tanda malam lailatul qadar yang telah tersebar di masyarakat luas.
Sebagian kaum muslimin awam memiliki beragam khurafat dan
keyakinan bathil seputar tanda-tanda lailatul qadar, diantaranya: pohon
sujud, bangunan-bangunan tidur, air tawar berubah masin, anjing-anjing
tidak menyalak, dan beberapa tanda yang jelas batil dan rosak.
Maka dalam masalah ini keyakinan
tersebut tidak boleh diyakini kecuali berdasarkan atas dalil, sedangkan
tanda-tanda di atas sudah jelas kebatilannya kerana tidak adanya dalil
baik dari al-Quran ataupun hadis yang menjelaskannya. Maka bagaimanakah
tanda-tanda yang sebenar berkenaan dengan malam yang mulia ini ?
Nabi sollallahu’alaihi wa sallam pernah menggambarkan kita di beberapa sabda beliau tentang tanda-tandanya, iaitu:
1. Udara dan suasana pagi yang tenang
Ibnu Abbas radliyallahu’anhu berkata: Rasulullah sollahu’alaihi wa sallam bersabda:
“Lailatul qadar adalah malam tentram
dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, esok
paginya sang suria terbit dengan sinar lemah berwarna merah” (Hadist hasan)
2. Cahaya mentari lemah, cerah tak bersinar kuat keesokannya
Dari Ubay bin Ka’ab radliyallahu’anhu, bahwasanya Rasulullah sollahu’alaihi wa sallam bersabda:
“Keesokan hari malam lailatul qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar terang” (HR Muslim)
3. Terkadang terbawa dalam mimpi
Seperti yang terkadang dialami oleh sebagian sahabat Nabi radliyallahu’anhum
4. Bulan nampak separuh bulatan
Abu Hurairah radliyallahu’anhu pernah berkata: Kami pernah berbincang tentang lailatul qadar di sisi Rasulullah solallahu’alaihi wa sallam, beliau berkata,
“Siapakah dari kalian yang masih ingat tatkala bulan muncul, yang berukuran separuh nampan.”(HR. Muslim)
5. Malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang .
Sebagaimana sebuah hadit, dari Watsilah bin al-Asqo’ dari Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam:
“Lailatul qadar adalah malam yang
terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak
ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan
bintang (lemparan meteor bagi syaitan)” (HR. at-Thobroni dalam al-Mu’jam
al-Kabir 22/59 dengan sanad hasan)
6.
Orang yang beribadah pada malam tersebut merasakan lazatnya ibadah,
ketenangan hati dan kenikmatan bermunajat kepada Rabb-nya tidak seperti
malam-malam lainnya.
Wallahua’lam
No comments:
Post a Comment