Memang Allah sedang mengujiku.. aku perlu tabah..aku perlu kuat
Aku bertawakal..Aku Pasrah ..Aku Redha di atas segala ketentuannya..
lah Maha Pengasih..Maha Penyayang, Maha Melihat, Maha Mendengar...
Semua yang ada milik Allah...
KENALI TUHAN YANG
MENGUJI MU!
Apabila ujian kesakitan, perpisahan, kegagalan, kemiskinan datang
bertimpa-timpa, terdetik juga kata di dalam hati, “apakah Tuhan masih
sayangkan aku? Kenapa aku diuji seberat dan sekerap begini? ”
Subhanallah, tanpa disedari seolah-olah kita sudah mempersoalkan kuasa
Tuhan, padahal kita hanyalah hambaNya. Hamba tidak berhak menyoal,
sebaliknya akan disoal. Namun, itulah kelemahan manusia. Kita sering
alpa dan terlupa.
Paling malang, manusia kerap terlupa bahawa dirinya hamba. Terutamanya
ketika diuji. Sebab itu Allah mengajar kita agar mengucapkan kalimah
‘istirja’ setiap kali diuji… Innalillah wa inna ilahihi rajiun, yang
ertinya, “kami ini milik Allah, kepadaNya kami akan dikembalikan.” Ya,
inilah kalimah yang mengingatkan bahawa kita ini milik Tuhan, Tuhan
layak menguji kita dan kita layak diuji. Jangan sekali-kali menolak
apalagi ‘mengamuk’ apabila diuji. Kita hanya hamba…
Namun untuk meringankan kepedihan ujian yang menimpa, hendak kita
mengenal Allah yang memberi ujian itu. Kenallah sifat ilmu, kasih-sayang
dan belas ihsan Allah yang Maha hebat. Sebagai hamba ilmu kita
terbatas, ilmu Allah yang Maha Luas. Kasih sayang kita cuma seraut,
kasih sayang Allah selaut. Orang yang mengenal Allah, akan mencintaiNya.
Bila sudah cinta, kuranglah derita diuji. Bukankah cinta itu buta?
Orang yang mengenal kasih-sayang Allah punya keyakinan bahawa keputusan
(takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik. Allah yang Maha
Pengasih dan Penyayang, tidak akan memberi sesuatu yang buruk untuk
hamba-Nya. Justeru, hamba yang baik tidak akan berburuk sangka terhadap
Allah dengan merasakan apa yang ditakdirkanNya (ujian) itu ialah sesuatu
yang tidak baik.
Yakinlah bahawa semua ketentuan Allah itu adalah baik. Ujian itu pasti
ada kemuslihatan yang tersembunyi untuk setiap kita. Pilihan Allah untuk
kita adalah yang terbaik, cuma kita tidak atau belum mengetahuinya.
Bila berlaku nanti, barulah kita tersedar, ya Allah mujur Kau takdirkan
begitu. Kata arifbillah (orang yang mengenal Allah), “sekiranya kita
merasakan kasih sayang Allah itu terpisah apabila DIA menguji kita, itu
petanda tumpulnya akal, butanya mata hati.”
Diantara hikmah ujian, seseorang akan dapat menambah tumpuan dan
tujuannya untuk menjadi hamba Allah. Yang mana selama ini, jalan itu
disekat oleh hawa nafsu. Sebab ujian bertentangan dengan kehendak,
keinginan nafsu dan syahwat manusia. Nafsu yang buas dan liar untuk
melakukan maksiat itu tidak suka pada sakit, rugi, miskin dan lail-lain.
Lalu apabila diuji, nafsu itulah yang terdesak, tidak senang dan ingin
segera terlepas daripada ujian itu.
Jadi, apabila nafsu terdesak, hati akan dan akal terbuka. Inilah jalan
kebaikan, kerana ajakan untuk melakukan kejahatan akan turut tertahan,
kerana nafsu itu sangat mengajak pada kejahatan. Ujian itu sesugguhnya
akan melemahkankan nafsu, menghilangkan kekuatannya serta batalkan
kudratnya. Bila nafsu lemah, manusia tidak akan jatuh ke lembah dosa –
mengejar keseronokan dunia sehingga melupakan batasan syariat.
Ujian juga menimbulkan rasa taat kepada Allah. Hati tidak dapat tidak
mesti bersabar. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal, kerana Qada
dan Qadar-Nya mesti berlaku. Manusia akan lebih dekat dengan agama,
kepentingan akhirat, cinta kepada Allah. Hikmah ini walaupun sebesar
zarah tetapi apabila melekat di hati kebaikannya lebih tinggi dari amal
lahiriah walaupun sebesar gunung. Inilah kebaikan di sebalik kepahitan
ujian. Justeru, Allah berfirman:
“…Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu
merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu.”
(Surah Al Baqarah : 216).
Dengan ujian juga, Allah ‘membersihkan’ kotoran hati manusia. Ujian itu
menghapuskan dosa dan kesalahan terhadap Allah seperti bahan pencuci
membersihkan kain yang kotor. Nabi Isa pernah berkata, “belum dikatakan
seorang itu kenal Allah, sebelum dia bergembira dengan musibah dan
penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan
kesalahannya.”
Bila kita benci dengan ujian, ertinya belum kenal Allah dan (kerana)
tidak faham itulah cara (kaedah) Allah mengampunkan dan membersihkan
dosa-dosa kita. Ya, seolah-olah orang yang yang benci diuji itu tidak
suka dibersihkan daripada dosa-dosa atau apakah dia merasa tidak
berdosa? Sebaliknya, apabila kita gembira (menerima dengan baik) ujian
itu, kerana yakin bahawa yang datangkan ujian itu juga daripada Allah.
Kita bukan sahaja berikhtiar (berusaha) untuk menghilangnya tetapi juga
berusaha untuk mendapatkan hikmahnya.
Rasulullah SAW bersabda, “barang siapa yang dikehendaki Allah pada orang
itu kebaikan, maka Allah akan cuba dengan ujian-Nya.” Jadi, bila diuji,
terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada
takdir Allah yang tidak ada hikmahnya. Orang soleh bila diuji,
hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah.Tapi bagi anti
diuji, tidak akan dapat melihat hikmah kerana akal dan hatinya melihat
sesuatu hanya selari dengan hawa nafsunya sahaja.
Ingatan para hamba
kepada Allah akan bertambah dengan ujian-Nya. Itu petanda Allah pilih
dia untuk diuji. Dan bila diuji, bertambah pulalah ingatan hamba Allah
kepada Allah. (Oh… Allah ingat lagi padaku). Oleh itu, tiada jalan
keluar melainkan lakukanlah tiga langkah ini apabila kita diuji: I)
Kuatkan iman, pupuk kesabaran, mantapkan keyakinan menghadapi ujian itu
dengan segera mendekatkan diri kepada Allah. Apabila Rasulullah SAW
ditimpa masalah, baginda akan terus bangun mendirikan solat dua rakaat.
Baginda tidak melihat masalah yang besar tetapi cepat-cepat merujuk
kepada Pemberinya – Allah Maha Besar. Masalah kita mungkin besar tetapi
Allah yang memberinya jauh lebih besar. Justeru, segeralah ‘mencari’
Allah sebelum mencari yang lain-lain apabila ditimpa ujian. II) Cuba
serapkan rasa di dalam hati Kehendak (pilihan) Allah mengandungi hikmah
yang baik jika diterima penuh keinsafan dan kesabaran. Yang penting apa
yang berlaku ‘di dalam hati’ kita, bukan apa yang berlaku diluar diri
kita. Allah berikan yang pahit, jadikan ubat. Allah berikan yang pedih,
anggaplah itu pembedahan jiwa untuk mengeluarkan penyakit-penyakit hati
kita. Ya, jika limau yang kita dapat masam… buatlah air limau, kata
orang yang bijaksana. III) Berbaik sangka dengan Allah dengan cara
menyedari (mencari) hikmah. Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah
untuk kita. Bila baik sangka kepada Allah, maka kita akan bertambah
hampir kepada-Nya. Apabila hampir kepadanya… insyaAllah semuanya akan
baik-baik belaka. Bukankah DIA Tuhan yang Maha Baik? Ya, Allah timpakan
ujian yang besar, untuk ‘membesarkan’ kita. Ingat itu. Justeru, ahli
yang bijaksana sering berkata…Pemimpin yang besar itu dikenali melalui
ujian yang dihadapinya. Semakin besar tahap kepimpinannya, maka semakin
besarlah ujian yang Tuhan sediakan untuk ‘membesarkan’ lagi pengaruh
kepimpinannya. Dan setiap kita adalah pemimpin… sekurang-kurang pemimpin
buat diri sendiri. Jadi, kita pasti diuji! Justeru apabila diuji jangan
katakan, “apakah aku tersisih?” Sebaliknya, katakan, “aku sudah
terpilih!”
Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ
Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ
Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ
No comments:
Post a Comment