Thursday, March 17, 2016

Perihal Pokok PUTAT - Barringtonia racemosa - RESIPI Kerabu PUTAT



Pokok Putat ( Barringtonia racemosa)


khasiat pucuk putatPOKOK PUTAT (Barringtonia spp.) adalah sejenis tumbuhan dari keluarga Lecythidaceae yang tumbuh liar di negara kita Malaysia dan beberapa negara tropika yang lain. 

  • Pokok putat di negara kita sering dikaitkan dengan ‘PUCUK PUTAT’ yang dijadikan sebagai ulam jenis daun yang dimakan segar bersama-sama nasi, sambal belacan atau budu. Saya mula mengenali daun putat semasa pergi kesebuah restoran sewaktu makan tengahari di Bandar Hilir Melaka pada tahun 1980. Mula-mula memang tidak biasa dengan pucuk daun putat tetapi kini menjadi kegemaran untuk makan daun putat. 
  • Pembacaan dari beberapa sumber melaporkan terdapat lebih dari 40 spesis pokok putat tetapi hanya 6 spesis yang popular di Malaysia iaitu Putat Laut (Barringtonia asiatica), Putat Kampong (Barringtonia racemosa), Putat Air, Putat Darat, Putat Ayam dan Putat Sungai. Artikel subuh ini saya menulis mengenai pokok putat untuk bacaan umum.


Pokok Putat Kampong (Barringtonia racemosa) tumbuh dikawasan yang lembab atau tebing sungai di negara kita secara semulajadi. Pokok ini mampu tumbuh sehingga 20-25 meter dengan dahan merimbun dan pokok menegak. Daun putat berbentuk lonjong, panjang dan agak tebal dimana tepinya macam bergerigi kecil dan berwarna merah keunguan semasa muda bertukar kepada hijau kuat apabila matang. 

  • Pucuk putat yang muda dan lembut inilah yang dipetik untuk dijadikan ulam yang mempunyai rasa masam, kelat dan lemak. Bunga pokok putat mempunyai 4 kelopak dimana kudupnya berwarna ungu atau putih mengikut spesis. Buahnya mempunyai banyak bentuk seperti bentuk bulat, bulat bujur atau bersegi lapan dan sebagainya yang berwarna hijau terang ketika muda. Ukuran buah lingkungan 6-8 cm panjang dan 3-5 cm lebar mengandungi biji benih yang berbentuk leper 

KHASIAT
Kebanyakan pokok yang pucuknya boleh dibuat ulam, adalah baik untuk kesihatan kulit, melancarkan darah dan memberi banyak manfaat kepada golongan wanita. Walaupun begitu, hanya mereka yang sudah biasa memakannya sahaja yang tahu khasiatnya.


 Putat adalah herba yang sesuai diamalkan untuk awet muda.

  • Selain itu, buahnya boleh diparut untuk dibuat jus minuman ataupun ditampalkan pada bahagian muka bagi melicinkan kulit.
  • Akar Putat yang direbus dan diminum air rebusannya dipercayai boleh mengurangkan keputihan dan menghilangkan ketagihan dadah. 
  • Akar Putat juga boleh menyejukkan badan kerana ia mengandungi saponin.

Di India, poltis daun dan buah Putat popular untuk mengubati gatal-gatal kulit, cacar air dan bengkak di kulit.
Kulit batang Putat pula dapat mengurangkan komplikasi resdung. Caranya ialah kopek kulit batangnya dan jemur sehingga kering. Kemudian bakar dan sedut melalui hidung sehingga keluar air lendir. Ulangi setiap hari sehingga sembuh penyakit resdung.

KEGUNAAN:
Ekstrak biji putat terbukti secara saintifik mempunyai sifat anti kanser. Di Kerala India, biji putat digunakan untuk merawat pelbagai penyakit yang menyerupai kanser (ketumbuhan).


Pegawai Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), En.Tajuddin Abdul Manap memberitahu, ulam pucuk putat mampu memulihara kulit daripada penyakit gatal.
Buahnya pula yang mempunyai rasa kelat perlu dikopek dan dihiris-hiris sebelum dimakan begitu saja atau dibuat sambal.
“Buah putat ini juga mencegah serangan gatal-gatal di samping boleh mengubati beberapa penyakit kulit lain,” .
Kata beliau, untuk mendapatkan khasiat daun putat, lima atau enam keping daun perlu ditumbuk bersama-sama beras terlebih dahulu sebelum dipupuk atau disapu pada bahagian yang terkena cacar air. “

Ia perlu diamalkan beberapa kali setiap hari bagi mempercepatkan tempoh matang atau `masak’ cacar air di samping mengelakkan ia merebak ke seluruh badan,” ujarnya.

Pembiakan


Pembiakan pokok putat laut pula melalui biji buah yang gugur ditanah atau diatas air yang terapong sehingga tumbuh dikawasan baru. Bagi buah putat laut buahnya boleh terapong dalam air laut dan tahan lama sehingga bertahun-tahun. 

Buah putat boleh dikopek atau dipotong sebelum dihiris sebagai ulam dengan mempunyai rasa kelat dan masam. 
Buah putat juga digunakan sebagai ubat untuk merawat masaalah gatal-gatal pada kulit

 Buah putat yang dilumatkan pula apabila ditampal pada muka mampu melicinkan kulit muka dan menjadi lembut. Pucuk putat yang dipetik muda dan dimakan sebagai ulam dipercayai dapat mmelancarkan peredaran darah dan melicinkan kulit.

Daunya pula apabila direbus dan diminum dapat menyejukkan badan dan elakkan penyakit keputihan.

 Daun yang direbus dengan beras dan disapukan pada bekas cacar air dapat memyembuhkan dengan segera. 

Kulit pokok putat yang dibakar dan disedut melalui hidung juga didakwa dapat menyembuhkan masaalah resdung.


Habitat

Pokok putat merupakan tumbuhan semulajadi yang tumbuh ditebing sungai dan pantai di tepi laut berfungsi sebagai tumbuhan penahan hakisan. Ekosistem yang ujud dikawasan tumbuhan ini membantu untuk hidupan seperti ikan, udang, siput dan sebagainya membiak. Aktiviti memusnahkan kawasan tumbuhan putat laut akan mennjadikan tumbuhan iai akan pupus dimasa akan datang. Penanaman pokok putat yang musnah dijalankan oleh pihak berkuasa dengan menyemai biji benih putat laut dan menanamnya dikawasan terjejas. 




Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pokok Putat
Status pemuliharaan
YosriBuahPutat2.jpg
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
(tiada peringkat): Angiosperm
(tiada peringkat): Eudicots
(tiada peringkat): Lecythidales
Order: Lecythidales
Famili: Lecythidaceae
Genus: Barringtonia
Spesies: B. spp.
Nama binomial
Barringtonia spp.
Blume
Pokok Putat

Pengelasan saintifik
[[{{{Ksubspesies}}}]]
Barringtonia racemosa;
Barringtonia speciosa (non J.R. & G. Forster) K. Sch.;
Barringtonia schuchardtiana K. Schum.;
Barringtonia magnifica Laut.;
Barringtonia guppyana Kunth.;
Pokok Putat merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Barringtonia spp. Terdapat sekitar 40 spesies Barringtonia.
Ia juga dikenali dengan nama berikut apalang, putat, putat aying, butut darat, penggung, putat sungai, putat ayam, putat ayer, kye-bin, kyi, som-pawng, chik ban, chik suan, dan putat kampong

Jenis-jenis Putat

  • Putat Laut / Butun (Barringtonia asiatica).
  • Putat Kampung (Barringtonia racemosa)
  • Barringtonia speciosa J.R.Forst. & G.Forst
  • Putut Darat
  • Putat Sungai
  • Putat Ayam
  • Putat Air
  • Pokok Putat Gajah / Pokok Putat Bukit Putih ("Barringtonia macrostachya" atau Sinonim B. acuminata Korth., B. balabacensis Merr., B. cochinchinensis (Blume) Merr. ex Gagnep.)[1]

Pokok Putat merupakan pokok yang agak kecil dengan ketinggian sekitar 15 meter. Batangnya sekitar 8 sm merentas dan dahan sekitar 1 to 1.5 sm merentas. Daunnya licin tidak berbulu dan antara 30 hingga 50 sm panjang dan 8 hingga 20 sm lebar. Ia bujur dan amat berkilat. Ia memiliki bentuk meruncing kebelakang dan pada dasarnya berbentuk baji. Tangkai bunga biasanya pada julai dahan, sekitar 30 hingga 80 sm panjang dan terjuntai. Boleh terdapat sehingga 120 bunga. Buahnya bersegi lapan dan sekitar 6-8 sm panjang dan 3-5 sm lebar. Biji benih di dalam tempurung dalam buah sekitar 3 sm kali 1.5-2 sm lebar. Ia agak leper pada satu arah.


Kerabu Pucuk Putat


Kerabu pucuk putat....
saya tak ada mangkuk cantik..nanti bercuti ke Langkawi boleh shopping 

Kerabu adalah menu sihat kerana tidak mengandungi minyak dan tidak perlu dimasak pun. kan jimat bila pilih lauk jenis kerabu begini. Ada dua jenis pokok putat iaitu putat merah dan putat hijau. pucuk daun putat hijau sesuai dibuat ulam dan kerabu. Putat merah pucuk daunnya terasa amat kelat dan buah mudanya dibuat ulam sama ada ulam mentah atau direbus. saya suka buahnya digoreng dan dibuat sambal tumis.
Mudah saja nak buat kerabunya. potong halus-halus pucuk putat tu dan campurkan dengan sambalnya.

  • potong serai dan lengkuas - tumbuk dengan cili padi dan bawang merah.
  • masak sardin tanpa minyak - hancurkan dan gaulkannya dengan bahan di atas
  • campurkan kerisik, gula, garam dan jus asam jawa - perasakan
  • potong bawang besar dan gaul semua sebati dengan pucuk putat 
  • siap 

 Kerabu pucuk putat


Bahan2
Daun putat, udang, bawang kecil/besar, cili api, cili besar , gula, garam, belacan, air limau nipis.

Hiriskan daun putat, rebus udang dan potong kecil2. Potong bawang dan cili api. Tambah gula, garam, belacan, air limau nipis dan aji. Campur kesemua bahan biar sebati.
Kerabu pucuk daun putat sebelum ini gunakan udang mentah segar dan cuka.


Cara membuat Kerabu Pucuk Putat 


1 comment:

Nur haura afeeya said...

Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
..........................................................................
Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..๐Ÿ˜‰

9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ


Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

๐Ÿ˜kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring