Perihal PISANG
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Daun pisang yang siap dibungkus untuk diedarkan kepada penjual
nasi lemak dan kuih-muih.
Penamaan kultivar
Kebanyakan pisang yang dimakan hari ini merupakan keturunan daripada
Musa acuminata dan
Musa balbisiana. Genom yang disumbangkan
Musa acuminata diberi simbol A, manakala genom sumbangan
Musa balbisiana
diberi simbol B. Persilangan alamai kedua jenis spesies ini menyebabkan
pelbagai jenis subspesies pisang. Pengaruh genom B terutama terlihat
pada kandungan tepung pada buah yang lebih tinggi. Secara umum, genom A
menyumbang ke arah buah makan (pisang), sementara genom B ke arah buah
pisang olah/masak (plantain). Hibrid
M. acuminata dengan
M. balbisiana ini dikenal sebagai
M. ×paradisiaca.
Mengikuti anjuran Simmonds dan Shepherd yang karyanya diterbitkan
pada tahun 1955, pengelasan pisang kultivar sekarang menggunakan
nama-nama gabungan genom ini sebagai nama
kelompok kultivar. Sebagai contoh, untuk pisang serendah, disebut sebagai
Musa acuminata (Kelompok AAA) subkelompok 'Dwarf Cavendish'. Di bawah kelompok masih dimungkinkan pembagian dalam subkelompok. Lihat rencana
Musa untuk pembahasan lebih mendalam.
Contoh:
[1][2]
- Kelompok AA (diploid): Pisang Mas,
Pisang Mas Besar, Pisang Mas Kampong, Pisang Mas Air, Pisang Minyak,
Pisang Mas Sagura, Pisang Perak, Pisang Lemak Manis, Pisang Bulin
- Kelompok AAA (triploid, partenokarpi): Pisang Berangan, Pisang Embun, Pisang Serendah,
Pisang Buai, Pisang Mundam, pisang raja udang, pisang montel. Pisang
Jelai Bunga, Pisang masak Hijau, Pisang Cina, Pisang Amping, Pisang
Serendah, Pisang Kapal, Pisang Minyak Laut
- Kelompok AAB (triploid, partenokarpi): Pisang Raja, Pisang Rastali, Pisang Tanduk, pisang keling, pisang seribu, pisang kelat jambi
- Kelompok AABB (tetraploid): Pisang abu baru
- Kelompok ABB (triploid, partenokarpi): Pisang Abu Keling, Pisang Awak
- Kelompok ABBB (tetraploid): Pisang Siam
- Kelompok BBB (triploid): Pisang Nipah
Penanaman
Suhu optimum bagi tanaman pisang adalah antara 25
oC sehingga 28
oC
dan tiupan angin pula tidak melebihi 15 km/jam. Tanaman pisang
memerlukan air di antara 1,500 sehingga 2,500 mm/tahun. Penanaman pisang
memerlukan air terutama pada peringkat ia berjantung. Walaupun begitu,
ia tidak dapat bertahan dalam keadaan terendam yang melebihi 2 jam.
Pisang sesuai ditanam di tanah yang bertekstur lempung berpasir dan
keadaan tanah yang peroi. Keadaan tanah pula hendaklah rata dan beralun
kurang daripada 12 peratus. Benih tanaman pisang diperoleh dengan
menggunakan susur pedang, teknik belahan dan tisu kultur. Bagi sistem
tanaman tunggal, jarak tanaman pisang adalah 2.5m x 2.5m dengan
kepadatan 1,600 pokok/
ha.
Bagi sistem tanaman selingan pula, jarak tanaman yang sesuai adalah 3m x
3m dengan kepadatan 700 sehingga 900 pokok/ha. Benih pisang kemudian
ditanam dalam lubang berukuran 30sm x 30sm x 30sm bersama-sama dengan
campuran baja fosfat, kapur, baja organik dan carbofuran. Pelepah pisang
yang tua dan berpenyakit perlu dicantas dari peringkat awal penanaman.
Cantasan ini boleh dilakukan setiap dua minggu sekali. Selain itu, pokok
pisang memerlukan air sebanyak 8 sehingga 12
liter sehari bagi memastikan pertumbuhan yang baik. Bagi penanaman komersial, penggunaan sistem pengairan adalah perlu.
Pembalutan tandan pisang
Tandan pisang yang telah sesuai untuk dibalut selepas jantung pisang
dipotong apabila pembentukkan jejari pisang telah sempurna. Jantung
Pisang berangan kurang diminati untuk dijadikan ulam kerana rasanya akan
pahit. Masukkan plastik pembalut untuk melindungi tandan pisang dari
serangan perosak dan penyakit. Jika tandan tidak dibalut, ianya akan
terdedah kepada serangga perosak seperti Lalat Buah (Bactocera spp),
Burung, Tupai dan sebagainya. Kebanyakan petani Malaysia menggunakan
plastik nipis berwarna biru untuk membalut tandan pisang. Antara faktor yang boleh dijelaskan ialah:
- Warna biru dapat sesuaikan kadar penyerapan haba
- Warna kulit pisang mendapat kehijauan yang sesuai
- Plastik warna biru tidak menarik perosak pisang, mudah dilihat (separa lutsinar), dan banyak dijual di kedai pertanian.
Khasiat
Membekalkan tenaga
Menurut kajian tempatan yang dilakukan, 100 gram pisang menyediakan 1.2 gm
protein, 0.3 gm
lemak, 17 mg
kalsium, 78 mg
karotena, 88 mg
kalium, 27.2 gm
karbohidrat, 0.4 gm
serabut, dan 116 kcal
tenaga.
Pisang juga mengandungi
asid,
enzim, dan sebatian kimia penting. Ia juga mengandungi tiga jenis gula semulajadi iaitu
sukrosa,
fruktosa, dan
glukosa.
[3] Gula semulajadi ini amat penting untuk kanak-kanak yang sedang membesar.
Selain itu, menurut
Persatuan Pisang Antarabangsa, pisang juga mengandungi
magnesium,
fosforus, iodine, kuprum, vitamin B1, B2, B6 & C, niasin, dan folat.
Penyelidikan yang dijalankan membuktikan dua biji pisang boleh
membekalkan tenaga untuk kita melakukan kerja atau senaman berat selama
90 minit.
Selain itu dalam perubatan traditional, jantung pisang dianggap elok untuk pelbagai organ dalam badan seperti
jantung,
hati,
paru-paru dan
limfa.
Kegunaan
Di Malaysia, pisang mempunyai pelbagai kegunaan selain daripada dimakan buahnya.
Daun pisang
biasanya digunakan sebagai alas makanan kerana ia menghasilkan bau yang
harum apabila terkena makanan yang panas. Daun pisang boleh digunakan
sebagai pelindung hujan, pembalut kuih, dan pembalut masakan seperti
ikan bakar atau kuih lepat.
Batang pisang pula boleh digunakan untuk membuat rakit. Selain itu
batang pisang mempunyai gentian yang banyak dan boleh diproses secara
perdagangan untuk membuat tali dan bahan seumpamanya seperti guni dan
malah untuk tenunan pakaian.
[4] Serat pisang yang digunakan dikenali sebagai serat Abaka.
[5] Di
Okinawa,
Jepun, baju yang dihasilkan dari serat pokok pisang dikenali sebagai
Bashofu[6] dan kesenian menghasilkannya pula dikenai sebagai
Kijōka-bashōfu.
Buah pisang boleh dimakan masak begitu sahaja atau diambil semasa
muda untuk dimasak sebagai lauk, digoreng, dibuat sira, dibuat
pengat pisang, dan dijadikan
kerepek. Selain buah pisang,
jantung pisang
juga boleh dibuat sebagai ulam selepas dicelur. Batang pisang juga
mempunyai empulur lembut atau dipanggil umbut di tengah-tengahnya dan
sesuai dijadikan sumber makanan.
Kulit pisang yang terhasil sebagai bahan sampingan dari pembuatan
makanan lain seperti kerepek, juga boleh diproses melalui proses
penapaian untuk penghasilan alkohol dan cuka makan.
[7]
Penuaian
Pokok pisang yang telah menghasilkan buah akan dipotong atau ditebang
bagi mengambil tandan pisang dan memberikan anak pokok pisang yang baru
tumbuh. Dalam amalan ladang komersil hanya 2-3 anak pokok sahaja yang
akan dibiarkan membesar untuk mendapatkan buah pisang yang berkualiti.
Batang pisang digunakan sebagai makanan ternakan haiwan dengan
meracik-racuk dan boleh digunakan sebagai bahan asas untuk baja kompos.
Hampir 90% batang pisang yang ditebang di Malaysia dibiarkan begitu
sahaja untuk pereputan selepas menebang pokok pisang.
Umbut batang pisang
Batang Pisang merupakan komponen utama dalam pokok pisang yang
mempunyai beberapa lapisan kulit dan tumbuh menegak tanpa cabang. Batang
pisang mengandungi air yang banyak dan ada ruang udara didalamnya. Di
bahagian tengah batang pisang adalah bahagian tisu lembut berwarna putih
yang dipanggil sebagai umbut pisang atau empulur pisang.
Umbut Pisang boleh diperolehi dengan memotong batang pisang (pilih
jenis pisang yang sesuai seperti Pisang Nipah, Pisang Berangan, Pisang
Awak) dan sebaginya untuk dijadilan umbut pisang. Bagi kegunaan sendiri
batang pisang dtpotong sepanjang 1.0 - 1.5 meter dan dibuang bahagian
kulit luar berwarna coklat kehitaman selapis demi selapis sehingga
sampai kebahagian umbut pisang dibahagian tengah yang berwarna putih
cerah. Di Surabaya, Indonesia umbut pisang dipotong sepanjang 1.5 - 2.0
meter dan dibawa ke pasar dengan kereta untuk dijual kepada penggemar
makan umbut pisang. Memang mudah untuk mendapatkan bekalan umbut pisang
berbanding dengan mendapatkan bekalan umbut batang kelapa, umbut batang
nipah, umbut batang Nibung atau umbut rebung buloh. Belum banyak
maklumat mengenai kandungan permakanan atau nutrisi yang terkandung
dalam umbut batang pisang. Ia sesuai untuk dijadikan
ulam.
Pisang dan kesihatan
Pisang juga boleh membantu dalam keadaan kesihatan tertentu:
- Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.
- Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak, sodium yang membantu merendah kolestrol.
- Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.
- Anaemia - anaemia ialah penyakit kurang darah. Kerana pisang kaya
dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam
darah.
- Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila
makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi
tenang.
- Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah
dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang
dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap pula.
Bagaimanapun, pisang tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini
kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi. Terdapat 25 gram
gula setiap 126 gram pisang (19.85%)
[8]
Jenis pisang
-
Pisang rebus yang boleh dimakan begitu sahaja.
-
Pisang rebus yang dihiris halus dan digaul dengan parutan kelapa.
-
Pisang abu digoreng begitu sahaja tanpa disalut tepung.
-
Setandan pisang muda dipokok
-