Wednesday, October 21, 2015

BANK SIMPANAN NASIONAL - satu transformasi


BSN ..saya sendiri  ahli..sejak  mula bekerja hingga sekarang...more than 20 yrs kut..


Transformasi Bank Simpanan Nasional
ABDUL AZIM MOHD. ZABIDI.


MUKADIMAH
BANK Simpanan Nasional (BSN) ialah bank simpanan milik kerajaan yang telah pun beroperasi selama 32 tahun. BSN ditubuhkan pada 5 Disember 1974 bagi mengambil alih peranan Bank Simpanan Pejabat Pos.
Selepas 32 tahun penubuhannya, bank itu telah menyahut cabaran kerajaan untuk memastikan rakyat negara ini mempunyai kadar simpanan yang tinggi.
BSN pernah melalui saat-saat yang memeritkan apabila berdepan dengan masalah Hutang Tidak Berbayar (NPL) berikutan kegagalan Skim Mikro Kredit BSN.
Bagaimanapun, dengan strategi yang betul dan pengenalan budaya kerja baru di kalangan pegawai dan kakitangannya, BSN kembali berdiri megah.
Pada masa ini, pengurusan kanan BSN sedang berusaha memperkasakan bank itu ke arah memantapkan kedudukannya sebagai antara bank terkemuka di negara ini.
Wartawan Utusan Malaysia, MUSTAFA KAMAL BASRI dan KHAIRUDIN MOHD. AMIN menemu bual Pengerusi BSN, DATUK ABDUL AZIM MOHD. ZABIDI baru-baru ini untuk mendapatkan pandangan beliau mengenai masa depan dan cabaran BSN.
Dalam temu bual itu yang diadakan di ibu pejabat BSN di Jalan Ampang, Kuala Lumpur yang terletak hanya 100 meter dari Menara Berkembar Petronas, Abdul Azim yang juga Bendahari UMNO membicarakan tentang perancangan yang telah diatur oleh bank itu dan usaha-usaha untuk menjayakan program rasionalisasi BSN.
SOALAN: Sejak menerajui BSN, apakah perubahan yang telah Datuk lakukan?
ABDUL AZIM: Selepas tujuh tahun dilantik sebagai Pengerusi BSN, banyak perubahan telah dilaksanakan. BSN kini berada pada tahap yang kukuh dari segi kewangan dan pentadbiran. Kita sedang menyediakan prasarana untuk membawa BSN ke tahap yang lebih tinggi dalam sektor kewangan negara.
Apakah kedudukan kewangan BSN pada masa ini?
ABDUL AZIM: Kedudukan kewangan BSN pada tahun 2006 merupakan yang paling baik dalam tempoh tujuh tahun lalu sejak saya mula mengambil alih jawatan pengerusi. Saya tidak dapat memberikan angka rasmi kerana terikat dengan peraturan berkaitan perisytiharan akuan. Bagaimanapun, saya boleh katakan ia merupakan pencapaian terbaik BSN.
Apakah masalah yang pernah dihadapi oleh BSN?
ABDUL AZIM: Ketika saya mula-mula mengambil alih jawatan ini (pengerusi), BSN berhadapan dengan sedikit masalah berkaitan produk Mikro Kredit. Skim itu diperkenalkan secara tergopoh-gapah.
Oleh kerana itu, ada proses tertentu yang BSN terlepas pandang dan akhirnya kita berdepan dengan masalah Pinjaman Tidak Berbayar (NPL) yang agak besar.
Kini kita hendak perkenalkan semula Skim Mikro Kredit dengan memastikan proses yang lebih ketat diperkenalkan dan kita tidak akan gopoh lagi.
Kita gopoh dahulu kerana kita diberi masa yang sedikit sebelum melaksanakan skim tersebut.
Tetapi kali ini kita akan periksa sama ada peminjam mempunyai perniagaan atau tidak, bentuk komitmen mereka terhadap perniagaan dan kedudukan akaun mereka dengan BSN.
Proses memberi pinjaman yang lebih teratur akan diperkenalkan bagi membendung masalah NPL.
Kita perlu ingat bahawa BSN bukanlah bank industri kecil dan sederhana (SMI) yang memberi pinjaman kepada pengusaha industri kecil dan sederhana.
BSN merupakan bank yang menyediakan kemudahan pinjaman kepada golongan peniaga kecil seperti pengusaha gerai makan.
Apabila seseorang peniaga itu membuka restoran atau membesarkan perniagaan kepada rangkaian restoran, mereka lazimnya akan meminjam daripada bank-bank komersial.
Tetapi sebelum mereka membesar, mereka ialah peniaga kecil yang mengusahakan gerai makan, dan kepada siapakah mereka akan meminta pinjaman? Kita di BSN akan menyediakan kemudahan bagi golongan seperti ini.
Tadi Datuk ada menyebut mengenai NPL, apakah usaha untuk mengatasinya?
ABDUL AZIM: Walaupun masalah NPL di BSN agak tinggi pada satu ketika, tetapi kita telah dapat mengatasi masalah itu secara perlahan-lahan.
Saya bangga dengan pencapaian BSN dalam hal ini dan ingin mengucapkan tahniah kepada seluruh kakitangan bank ini yang telah bekerja bertungkus-lumus mencari jalan menangani isu tersebut (NPL).
Kejayaan itu adalah hasil perubahan budaya kerja di BSN. Sejak lima tahun lalu, kita telah berjaya mengubah minda dan falsafah kerja kakitangan BSN.
Dahulu kakitangan BSN tidak berapa agresif memasarkan produk-produk BSN berbanding pegawai-pegawai di bank-bank lain. Dahulu mereka suka ambil mudah sesuatu perkara.
Tetapi mereka kini telah berubah. BSN telah memperkenalkan skim insentif, misalnya dengan memberi komisen kepada mereka (kakitangan BSN) bagi meningkatkan motivasi mereka untuk bekerja lebih kuat.
Usaha mengubah budaya kerja mengambil masa yang agak panjang. Mulanya, saya ingat ia boleh dilakukan dalam tempoh antara setahun hingga dua tahun, tetapi usaha menukar budaya kerja mengambil masa tiga setengah tahun.
Pada masa yang sama, kita juga mahu mengubah pandangan orang ramai terhadap BSN. Ada pandangan kononnya perkhidmatan BSN lembap dan cawangan-cawangannya tidak berapa menarik.
Kita kini dalam proses mengubah tanggapan itu.
Berapa ramaikah jumlah pemegang akaun BSN?
ABDUL AZIZM: Kini BSN mempunyai tujuh juta pemegang akaun. Secara purata, 26 peratus daripada rakyat negara ini mempunyai akaun dengan BSN.
Purata simpanan mereka adalah kurang daripada RM2,000 untuk setiap akaun. Profil pemegang akaun pula terdiri daripada golongan berpendapatan rendah, penduduk luar bandar, pesara, pelajar sekolah dan penuntut universiti.
Kami kini bercadang untuk menukar profil pemegang akaun BSN kepada golongan yang mempunyai pendapatan yang lebih tinggi.
Untuk membolehkan orang ramai nampak manfaat membuka akaun dengan BSN, kita mesti menawarkan produk dan perkhidmatan yang lebih canggih daripada bank lain. Itulah cabaran kami.
Bagaimana pula dengan Skim Mikro Kredit BSN?
ABDUL AZIM: Kita dapati terdapat satu segmen dalam ekonomi negara yang sukar mendapat pembiayaan.
Kalau seseorang terlibat dalam perniagaan seperti gerai makan, mereka tentu mahu meningkatkan perniagaan mereka kepada restoran dan seterusnya rangkaian restoran.
Bagaimanapun, peniaga dalam segmen ini susah mendapat pembiayaan.
Bagi pengusaha kecil dan sederhana, mereka boleh mendapat pinjaman daripada bank komersial dan apabila perniagaan sudah besar, mereka boleh memperoleh pembiayaan daripada bank saudagar. Bagi peniaga kecil yang ingin mengembangkan perniagaan, mereka sukar mendapat pembiayaan.
Pembiayaan di bawah Skim Tekun hanya sehingga RM35,000, manakala pinjaman Majlis Amanah Rakyat pula tidak banyak, sedangkan peniaga perlukan pinjaman antara RM50,000 hingga RM100,000 untuk membesarkan perniagaan daripada gerai makanan kepada restoran.
Segmen ini yang tidak ada dalam perkhidmatan perbankan akan diberi penekanan oleh BSN.
Dari mana datangnya peruntukan untuk Skim Mikro Kredit BSN?
ABDUL AZIM: Dulu kerajaan beri peruntukan untuk kita laksanakan Skim Mikro Kredit. Di bawah pembiayaan Skim Mikro Kredit yang baru ini pula, peruntukan datang daripada dana BSN sendiri.
Kita tidak menetapkan had peruntukan. Sebagai contoh, jika RM200 juta disediakan untuk Skim Mikro Kredit, kita akan memproses pemberian pembiayaan RM200 juta itu. Kalau terdapat lebihan permohonan, ia lebih bagus.
Pada tahun depan kita akan sediakan lagi bajet RM200 juta dan begitulah ia berterusan setiap tahun.
Jika bajet RM200 juta disediakan dan had maksimum pinjaman ialah RM50,000, kita dapat memberi pinjaman kepada 4,000 peniaga kecil dan sederhana dalam setahun.
Bilakah Skim Mikro Kredit ini akan dilancarkan?
ABDUL AZIM: Pada suku pertama tahun ini. Ia akan dilaksanakan dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM) yang akan menjadi pakar rujuk.
Berbalik kepada isu NPL, berapa peratuskah NPL BSN yang telah dapat diatasi?
ABDUL AZIM: Kita dapat kurangkan NPL sebanyak 50 peratus. Kita dapati sesetengah NPL itu berlaku kerana ada penipuan. Kita tidak akan berdiam diri dalam menyelesaikan isu NPL ini. Kita kena kejar peminjam itu sepanjang masa. Mereka kena bayar. Jika perlu, kita akan ambil tindakan undang-undang.
Selain Skim Mikro Kredit, apakah produk lain yang akan BSN perkenalkan?
ABDUL AZIM: BSN ada menawarkan skim pinjaman peribadi. Ia merupakan skim yang terlaris di BSN kerana kadar faedah yang ditawarkan rendah. Pinjaman peribadi perbankan Islam BSN juga kompetitif.
Apakah perancangan masa depan BSN?
ABDUL AZIM: Kita akan laksanakan pembaharuan, menerusi pengenalan program rasionalisasi BSN. Kita akan besarkan cawangan BSN yang maju dan akan tutup cawangan-cawangan kecil. Tidak guna ada cawangan mini yang kecil dan terpencil, walhal dalam jarak tujuh hingga lapan kilometer dari situ kita ada cawangan lain BSN.
Apakah produk-produk baru BSN?
ABDUL AZIM: Kita ingin menawarkan perkhidmatan yang menyeluruh. BSN ada anak syarikat yang bekerjasama dengan Prudential bagi menawarkan skim takaful.
Dalam kes Amanah Saham BSN, kita sudah dapat kelulusan untuk melancarkan dana baru dalam bentuk dana saham amanah Islam.
Dengan pelancaran skim takaful dan dana saham amanah Islam, kita ingin jadikan cawangan-cawangan BSN sebagai Pusat Perkhidmatan Kewangan selain menjadi pusat sehenti kewangan.
Pada masa ini BSN mempunyai 436 cawangan dan bilangan ini akan berkurangan kerana kita akan tutup cawangan-cawangan tertentu bagi melaksanakan program penggabungan cawangan-cawangan.
Pada masa yang sama BSN mempunyai 60 buah cawangan di lokasi-lokasi yang bank- bank lain tidak ada cawangan. BSN diminta membuka cawangan di lokasi-lokasi tersebut sebagai satu bentuk perkhidmatan kepada penduduk kawasan itu. Inilah tanggungjawab sosial yang diamanahkan kepada BSN dalam Akta BSN. Kita tidak akan tutup cawangan- cawangan di kawasan itu.
Kewujudan BSN merupakan keistimewaan kepada program simpanan rakyat Malaysia. Kita mempunyai institusi kewangan yang begitu prihatin kepada keperluan rakyat dan institusi seperti BSN tidak ada di negara-negara di Afrika, Amerika Utara, Eropah malah di Amerika Syarikat sekalipun.
Di Malaysia, hampir setiap orang ada akaun dengan bank terutama dengan BSN. Kita tidak selalu bercerita mengenai pencapaian ini tetapi inilah kejayaan kerajaan.
Apakah kedudukan Skim Simpanan Premium (SSP) BSN yang merupakan antara skim simpanan yang popular di Malaysia?
ABDUL AZIM: Orang Melayu paling banyak membeli sijil simpanan premium (SSP) dengan nilai simpanan kira-kira RM1 bilion. Pemegang SSP kini melebihi 16 juta orang. Secara nisbahnya peluang setiap penyimpan SSP untuk menang ialah 1 dalam 16 juta.
Skim ini popular kerana ia menawarkan hadiah kereta, dan banyak lagi hadiah-hadiah menarik. Walaupun dividen yang ditawarkan agak rendah iaitu antara setengah dan satu peratus tetapi ia merupakan antara skim yang popular. Orang ramai membeli SSP sebab mereka ada duit simpanan lebih.
Boleh Datuk jelaskan mengenai program rasionalisasi BSN?
ABDUL AZIM: Belanja untuk tujuan rasionalisasi cawangan BSN tidak banyak. Peruntukannya tidak berapa tinggi iaitu hanya kira-kira RM7 juta.
Perbelanjaan rasionalisasi itu kecil kerana sewa pejabat cawangan BSN di Lembah Klang dan kawasan luar Lembah Klang kecil. Di negeri-negeri seperti Kedah dan Kelantan, sewa premisnya jauh lebih rendah dan nilai hartanah juga tidak tinggi.
Pada tahun 2007, bajet banyak diperuntukkan untuk meningkatkan sistem teknologi maklumat selain meningkatkan kemudahan mesin wang automatik (ATM) milik BSN.
Pada suatu ketika dulu BSN merupakan bank yang paling banyak mempunyai mesin ATM yang tidak dihubungkan dengan perkhidmatan rangkaian pembayaran elektronik (MEPS). Kita mempunyai 611 mesin ATM iaitu rangkaian yang tertinggi di Malaysia.
Setelah kita menghubungkannya dengan perkhidmatan MEPS baru-baru ini, BSN kini telah berjaya meningkatkan rangkaian ATM sebanyak 30 peratus lagi. Kini pemegang kad ATM bank-bank lain boleh mengeluarkan wang melalui mesin-mesin ATM BSN.
Kini kita bercadang untuk memperkenalkan pula mesin simpanan deposit (CDM) di lokasi-lokasi ATM BSN. Program rasionalisasi BSN ini tidak akan melibatkan pemberhentian kakitangan. Mereka yang terlibat dalam program itu akan digunakan untuk tujuan lain seperti jualan dan pemasaran.
Setelah dilaksanakan program rasionalisasi, secara keseluruhan kami menjangkakan akan berlaku tambahan 20 peratus bilangan penyimpan dan jumlah deposit dalam tempoh tiga tahun selepas pelaksanaan rasionalisasi.
Apakah sasaran BSN melalui program rasionalisasi?
ABDUL AZIM: BSN ialah sebuah bank simpanan. Memandangkan kita tidak boleh memperkenalkan perkhidmatan akaun semasa kerana halangan dalam Akta BSN, tetapi kita berpeluang memperkenalkan saham amanah Islam.
Kami menetapkan sasaran untuk menerbitkan 150 juta unit saham dana Islam itu yang berharga RM1 seunit. Kita juga akan bekerjasama dengan pengurus dana Islam dalam pelaburan ini.
Walaupun terdapat risiko memperkenalkan produk pelaburan ini tetapi kita melihatnya sebagai satu pembaharuan dalam produk-produk kewangan BSN.
Dari segi hubungan dengan kerajaan, Kementerian Kewangan selalu memberi sokongan kepada BSN dan kami mengucapkan terima kasih kepada Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan atas sokongan tersebut.
Berbalik kepada isu NPL, pada pendapat Datuk mengapakah masyarakat kita mempunyai sikap suka meminjam, tetapi susah hendak bayar balik pinjaman?
ABDUL AZIM: Sikap itu mungkin ada kaitan dengan mentaliti subsidi. Bila kerajaan umumkan Skim Mikro Kredit, peminjam beranggapan peruntukan itu adalah duit kerajaan, dan mereka tidak perlu bayar balik.
Sikap seperti ini perlu diubah. Untuk mengubah sikap ini, bank-bank kena mengambil tindakan yang tegas. Kita kena memastikan orang ramai faham bahawa apabila kita membuat pinjaman, kita kenalah bayar balik pinjaman itu.
Apakah pandangan Datuk mengenai masa depan BSN sebagai bank kerajaan dalam konteks persaingan dengan bank-bank komersial lain?
ABDUL AZIM: Persaingan BSN bukan datang daripada bank-bank komersial. Kita tidak boleh tawarkan perkhidmatan seperti bank komersial. Sebagai contoh, BSN tidak ada akaun semasa. Bila kita tidak ada perkhidmatan seperti itu, tidak ramai orang berminat berurusan dengan BSN.
Persaingan BSN datang daripada bank- bank simpanan seperti Bank Rakyat dan bank-bank yang seumpama itu.
Apakah BSN akan menimbangkan cadangan untuk bergabung dengan bank-bank milik kerajaan seperti Bank Pertanian dan Bank Rakyat?
ABDUL AZIM: Tidak. Kita tidak boleh bergabung. Kita bukan sahaja terikat dengan akta penubuhan BSN, tetapi juga kena mengambil kira aktiviti perniagaan BSN yang berbeza.
Misalnya, fokus aktiviti Bank Pertanian adalah bidang pertanian. BSN pula merupakan bank simpanan. Fokus kedua-dua bank tidak sama.
Falsafah BSN adalah untuk menyediakan kemudahan kewangan daripada ‘buaian hingga ke liang lahad’.
Pada masa ini kita sudah pun memulakan program untuk menjayakan falsafah itu dengan mengambil 1,500 buah sekolah sebagai sekolah angkat dengan tujuan utamanya menggalakkan budaya menyimpan sejak dari kecil di kalangan para pelajar sekolah.
Kita kena berbalik kepada aktiviti perniagaan asas BSN. Kita kena perkenalkan semula produk asas kita supaya pelanggan yang dahulu menyokong kita akan kembali semula bersama dengan kita. Kerana itu kita perkenalkan semula Skim Mikro Kredit BSN.
Dalam proses itu, kita kena perkukuhkan semula produk insurans BSN, amanah saham, pinjaman peribadi, pinjaman perumahan dan pinjaman kereta supaya para pelanggan yang mengenali BSN sejak mereka kecil akan kembali menyokong bank ini.
Kongsi Konten di :

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0201&sec=Rencana&pg=re_02.htm#ixzz3pFpp5dqo 
© Utusan Melayu (M) Bhd



Bank Simpanan Nasional
From Wikipedia, the free encyclopedia
Bank Simpanan Nasional
savings bank
Industrybanking
Founded1 December 1974
HeadquartersKuala Lumpur, Malaysia
ProductsBanking and Finance
Headquarters in Kuala Lumpur
Bank Simpanan Nasional (English: National Savings Bank) (BSN) is a government owned bank in Malaysia.

History[edit]

BSN was incorporated on 1 December 1974 under the Minister of Finance at that time, Tengku Razaleigh Hamzah. With its incorporation, BSN has taken over all the duties and responsibilities of the Post Office Savings Bank.
BSN’s mission is to encourage savings, investments and smart financial management among Malaysians to increase their quality of life. BSN has more than 5,100 employees, 382 branches and 621 automatic teller machine (ATM) nationwide. BSN has more than 7 million customers spread throughout the length and breadth of the country and with savings of more than RM 8 billion. BSN is continuously enhancing its services as well as expanding its range of products for the benefit of its customers. BSN’s main products include Personal Financing,mortgage loans, Premium Saving Certificate (SSP), Islamic Banking Scheme, Giro Savings Account, BSN Matrix and Matrix-i Debit Card as well as VISA andMastercard credit card.[1]

3 comments:

Unknown said...

Adakah anda memerlukan pinjaman segera? Adakah anda pernah ditolak oleh mana-mana institusi, bank-bank kewangan dan syarikat kewangan yang lain? Jika ya, bimbang lagi kerana @ JESSICABROWNFINANCEFIRM kita memberi pinjaman mudah percuma untuk individu, syarikat, korporat dan syarikat awam pada kadar faedah 2%. Semua yang anda perlu lakukan adalah Hubungi kami melalui e-mel: jessicabrownfinancefirm@gmail.com

DATA PEMOHON

1. Nama penuh
2. Negara
3. Alamat
4. Jantina
5. Pekerjaan
6. Jawatan di tempat kerja
7. pendapatan bulanan
8. Jumlah yang diperlukan
Tempoh 9. Pinjaman
10. Agama
11. Adakah anda memohon sebelum dan telah menolak? Jika ya
12. Nyatakan sebab ..........................................
......................................................... ...
......................................................... ...
............................................................
......................................................... ...



Seseorang sedang menunggu untuk bercakap dengan anda

Unknown said...

BERITA BAIK!!!Nama saya Kezia Arjuna, saya ingin menggunakan media ini untuk mengingatkan semua pencari pinjaman supaya berhati-hati, kerana terdapat penipuan di mana-mana, mereka akan menghantar dokumen perjanjian palsu kepada anda dan mereka akan mengatakan tidak ada bayaran pendahuluan, tetapi mereka adalah Idle orang, kerana mereka akan meminta pembayaran yuran lesen dan yuran pemindahan, jadi berhati-hati dengan Syarikat Pinjaman yang palsu.Beberapa bulan yang lalu saya terkejut dari segi kewangan dan terdesak, saya tertipu oleh beberapa pemberi pinjaman dalam talian. Saya hampir kehilangan harapan sehingga Tuhan menggunakan kawan saya yang merujuk saya kepada pemberi pinjaman yang sangat handal bernama Puan Kathleen, yang meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebesar Rp. 900,000,000 (900 juta) dalam masa kurang daripada 24 jam tanpa tekanan atau tekanan dan kadar faedah hanya 2%.Saya sangat terkejut apabila saya memeriksa baki akaun bank saya dan mendapati bahawa jumlah yang saya gunakan telah dihantar terus ke akaun bank saya tanpa berlengah-lengah.Kerana saya berjanji bahawa saya akan berkongsi berita baik, jadi orang boleh mendapatkan pinjaman dengan mudah tanpa tekanan. Jadi, jika anda memerlukan sebarang pinjaman, sila hubungi ibu yang baik melalui e-mel sebenar: kathleenloancompany1@gmail.com dan WhatsApp Only: {+12093480782}. Dengan rahmat Tuhan, dia tidak akan pernah mengecewakan anda dalam mendapatkan pinjaman jika anda mematuhi perintahnya.Anda juga boleh menghubungi saya di email saya: keziaarjuna@gmail.com dan Bulan yang memperkenalkan dan memberitahu saya mengenai Puan Kathleen, dia juga mendapat pinjaman baru dari Cik Kathleen. Sekarang apa yang saya akan lakukan adalah cuba untuk memenuhi bayaran pinjaman saya yang saya hantar terus ke akaun mereka setiap bulan.Satu perkataan cukup untuk orang bijak.

Mohammad Ismali said...

kesaksian nyata dan kabar baik !!!

Nama saya mohammad, saya baru saja menerima pinjaman saya dan telah dipindahkan ke rekening bank saya, beberapa hari yang lalu saya melamar ke Perusahaan Pinjaman Dangote melalui Lady Jane (Ladyjanealice@gmail.com), saya bertanya kepada Lady jane tentang persyaratan Dangote Loan Perusahaan dan wanita jane mengatakan kepada saya bahwa jika saya memiliki semua persyarataan bahwa pinjaman saya akan ditransfer kepada saya tanpa penundaan

Dan percayalah sekarang karena pinjaman rp11milyar saya dengan tingkat bunga 2% untuk bisnis Tambang Batubara saya baru saja disetujui dan dipindahkan ke akun saya, ini adalah mimpi yang akan datang, saya berjanji kepada Lady jane bahwa saya akan mengatakan kepada dunia apakah ini benar? dan saya akan memberitahu dunia sekarang karena ini benar

Anda tidak perlu membayar biayaa pendaftaran, biaya lisensi, mematuhi Perusahaan Pinjaman Dangote dan Anda akan mendapatkan pinjaman Anda

untuk lebih jelasnya hubungi saya via email: mahammadismali234@gmail.comdan hubungi Dangote Loan Company untuk pinjaman Anda sekarang melalui email Dangotegrouploandepartment@gmail.com