ke Pusat Sumber SMKJ3 ...melepas rindu terhadap PSS ..dan rindu untuk menulis...
...tatkala mengemaskini bahan-bahan buku di REDSPOT terjumpa buku ini...
tertarik dengan tajuk :
"365 TIP SIHAT GAYA RASULULLAH " oleh Dr. Mohammad Ali Toha (Dr. MAT)
[email: docmat59@yahoo.com. ]
PTS MILLENIA SDN BHD.
(www.pts.com.my)
...Ingin berkongsi ilmu berkaitan isi kandungan secara seimbas lalu...moga kalian yang membaca blog saya ini mendapat munafaatnya..
Tertarik dengan mukadimah buku ini...
" Setiap manusia dambakan kesihatan.
Bukan sekadar kesihatan fizikal, bahkan kesihatan emosi, rohani dan sosial. Ini kerana, badan yang sihat,emosi yang seimbang, jiwa dan rohani yang tenang dan hubungan sosial yang harmoni....dapat menjadi wahana kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.
Sebenarnya, resipi kesihatan yang menyeluruh dan holistik ini sudah diajarkan oleh Rasulullah kepada kita melalui rutin harian kehidupannya sehari-hari."
Penyembuhan Pintar =PP =(Smart Healing)...
.....merangkumi Petua Pintar HIMMAH..
H : Halal
I : Islami ( 3 elemen PP : Islam-Iman- Ihsan)
M: Munafaat
M: Murah
A : Aman = Selamat
H : Holistik
Cara Kerja Penyembuhan Pintar
Langkah- langkah menuju kearah kesihatan Islami adalah seperti berikut:
1. Membentuk tanggapan iaitu:
a. mengubati penyakit hati
b. Menyakini aspek-aspek penting kesihatan islami yang meliputi:
- Allah adalah tuhan sekelian alam,
- Allah melebihi segala sesuatu,
- Allah mencipta dan mengatur perjalanan sistem,
- Quran sebagai panduan hidup,
- Manusia adalah khalifah atau wakil Tuhan di muka bumi,
- Penyakit, rasa sakit dan kesihatan dalam kekuasaan Allah,
- Allah mendatangkan penyakit dan menghilangkannya,
- Allah memberikan rezeki termasuk kesihatan kepada sesiapa yang dikehendakiNya,
- Nabi menonjolkan cara hidup sihat dan memerintahkan kita supaya berubat apabila sakit,
- Memupuk semangat nafs al-muthmainnah supaya selamat dunia dan akhirat.
Kita juga perlu memiliki paradigma berikut:
c. Menjadi sihat itu mudah,
d. Menjadi sihat itu murah,
e. Semua perbuatan harian kita menyihatkan,
f. Penyakit dapat dicegah,
g.Penyembuhan tidak semestinya memerlukan tindakan luaran malah ubat seringkali tidak diperlukan.
h.Kita dapat mengubati diri sendiri menurut cara yang mudah dan murah.
Kaedah penyembuhan pintar termasuklah :
- Menjaga pemakanan
- Mengoptimumkan ibadah
- Berdoa
- Menufaatkan ubat yang diambil daripada ramuan nabi
- Menambah baik persekitaran
- Menyusun langkah bagi menyembuhkan pesakit
- Menyusun langkah bagi meningkatkan kualiti hidup termasuklah program pencegahan dan penyembuhan penuaan sebelum masa dan penyakit degeneratif,
- meyempurnakan kesejahteraan hidup dalam konteks yang lebih luas bagi mencapai kebahagiaan sejati.
365 Kapsul Pintar Nabi ( Kapsul KPN)...
1 Punca kebakhilan...
adalah mencintai dunia secara berlebihan, takut miskin dan hati yang selalu runsing dan tidak bahagia.
Akibatnya: Mudah diserang gangguan seperti nyanyuk dan sukar tidur =insomnia. Kesedihan yang berpanjangan menyebabkan kita mudah diserang penyakit peparu.
2. Marah ...
adalah manifestasi kesedihan dan kesombongan.
Akibatnya: Menyebabkan tangan menggeletar wajah memerah dan jantung berdegup kencang.
Perasaan marah...membebankan otak, pembuluh darah dan jantung. Kemarahan yang berulang-ulang menunjukkan orang itu menderita penyakit hati. Dia juga terdedah kpd risiko penyakit darah tinggi, angin ahmar, kemurungan, penyakit saraf pusat, sakit jantung dan vertigo atau gayat.
Baru 2...ada lagi 363 Kapsul KPN ini ..
Jika berminat nak tahu yang lain... boleh dapatkan buku tersebut. Harga : RM 10.90.
Tak laratlah nak tulis semua...saya sendiri akan berusaha untuk dapatkan buku ini... cukup hanya sebagai mukadimah ya...ok..lagipun Hak cipta terpelihara bagi Dr. MAT...betul tak..betul...
Ok.. setakat ini sahaja ya... jumpa lagi..sekadar melepaskan rindu..
Cg Fuziah Sulaiman.
No comments:
Post a Comment