Perihal BAHASA HATI ....
Pujangga Hamka bermadah ....
- Bahawasanya BAHASA yang diucapkan oleh manusia dengan lidahnya, sama ada disedari atau tidak . timbul dari LIDAHnya.
- BUDI adalah keadaan rohani manusia atau sifat batinnya. Sifat batin itu dinamakan makna dan kalimat-kalimat yang mengalir dari mulut dan lidah adalah ungkapan daripada makna yang terkandung dalam batin.
- Lantaran itu bahasa manusia dipengaruhi oleh budinya.
- Dalam Ilmu kesusteraan Arab , ilmu bahasa yang indah dinamai Ilmu-Adaab. Tegasnya Ilmu bahasa yang indah, kesusateraan yang bermutu merupakan sebahgian daripada budi pekerti yang luhur jua.
" Bahasa adalah salah satu unsur yang membezakan manusia dengan haiwan ".
" 26 buah huruf Rumi (Latin) tidak cukup untuk menggantikan 29 buah huruf Jawi (Arab) "
- BAHASA HATI dapat dinilai daripada kata-kata yang dituturkan.
Kata orang bijaksana : " LIDAH adalah duta hati kita sendiri ".
Berkata Sayidina Ali r.a., " Bahawasa perasaan yang disembunyikan oleh seseorang itu sering dibukakan oleh kata-kata yang terpancar dari lidahnya dan dibayangkan oleh garis-garis air mukanya"
- Oleh itu ramai ahli iwa mengatakan bahawa tiap-tiap orang itu mempunyai EMPAT MUKA , iaitu:
1. Muka yang dipandang oleh matanya sendiri
2. Muka yang dipandang oleh sahabatnya
3. Muka yang dipandang oleh musuhnya, dan
4. Muka yang sebenar
Ilmu jiwa manusia dapat memberikan kita panduan untuk mengenal BAHASA HATI seseorang. Dikatakan ada TIGA jenis peribadi manusia, yang hanya dikenali ketika melakukan tiga perkara:
1.Seorang yang lembut hati dikenali ketika berlaku kemarahan.
2. Hati yang berani dikenali sewaktu di dalam perjuangan.
3. Seorang saudara yang sebenar akan dikenali apabila berlaku keperluan/ dalam kesusahan.
- Kebijaksanaan tidak akan bertunas di hati yang keras, sebagaimana benih tidak subur di atas batu.
Kata-kata pendeta : Hati orang yang bodoh itu dalam mulutnya, tetapi mulut orang bijaksana di dalam hatinya".
- Orang yang bersih dan mulia hati akan seniasa melakukan perbuatan-perbuatan baik. Orang yang mulia hati mempunyai sifat peribadi yang tinggi. Disamping budi dan akhlak terpuji , ia juga bersifat jujur dan ikhlas , rendah hati, pengasih dan penyayang serta bersifat sabar.
- Orang yang berhati mulia , tidak akan menaruh perasaan syak wasangka terhadap orang lain, lebih-lebih lagi terhadap sahabatnya.
Pepatah Perancis menyebutkan: " Syak wasangka adalah racun persahabatan".
- Hati yang mulia tidak menyimpan perasaan hasad dengki dan iri hati kepada sesiapun.
Wassallam. Jumpa lagi.
1 comment:
Assalamualaikum cikgu,
nice blog,
Cikgu pon mengikuti arus globalisasi mase kini..dunia tanpa sempadan...huhu~
Post a Comment