Saturday, June 6, 2009

HIDUP -KEHIDUPAN - Suatu teka teki

KEHIDUPAN - suatu Teka TEki

Memang kehidupan didunia ini, kadang-kadang dirasakan sebagai suatu TEKA TEKI.


  • Kadang-kadang kita tidak mendapat apa yang diharap tetapi menerima apa yang tidak diharapkan.
  • Banyak perkara yang menyimpang daripada kebenaran berlaku kerana manusia sendiri suka dan rela menerima apa yang tidak benar.
  • Ada orang-orang yang mengeluh sukar mendapat wang tetapi setelah mendapatnya mudah pula membazirkan wangnya.
  • Kata orang bijaksana:

" Dunia adalah satu komidi kepada orang yang berfikir dan satu tragedi kepada orang yang merasa."

  • Shakespeare mengibaratkan :

" Hidup ini laksana sebuah sandiwara, dunia sebagai pentas dan manusia dan manusia sebagai pelakonnya ".

  • Untuk menjadi pelakon yang berjaya, seseorang itu mesti mampu membawakan watak yang dibeerikan dengan berkesan.
  • Oleh itu untuk mencapai hidup yang sempurna dan bahagia seseorang itu perlu perlu memiliki sifat yang baik. Kata orang bijaksana :

" Hidup pokok berbuah, hidup manusia berfaedah"

  • Seorang ahli falsafah pula menyatakan :

"Kengganan melakukankebaikan sama dengan melakukan kejahatan".

  • Peribahasa kita mengingatkan :

" Buat baik berpada-pada , buat jahat jangan sekali."

PAKAIN HIDUP yang utama ialah budi pekerti yang baik.

  • Peribahasa kita : " Bahasa menunjukkan Bangsa"
  • Peribahasa juga mengatakan ": Sebab buah berkenalan pokoknya"
  • Benar kata pepatah : "Hidup tidak kerana doa , mati tidak kerana kaul ."

Irama Hidup akan sumbang jika kita bersikap :

" Seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing."

  • Agar irama hidup dapat beralun mengikut nada yang harmoni dan indah , maka hidup kita hendaklah bersikap seperti kata peribahasa:

"Hidup sandar-menyandar bagai aur dengan tebing " dan

" Bagai telur sesangkar, pecah sebiji pecah semuanya"

Manusia perlu BERAGAMA.

  • Dengan pimpinan Agama sahajalah peribadi manusia dapat diisi dengan nilai-nilai hidup yang baik dan sempurna.
  • ISLAM adalah agama suci yang memimpin manusia kepada jalan hidup dan tujuan hidup yang sebenar..
  • Islam mengatur rukun-rukun hidup manusia untuk kehidupan di dunia dan di akhirat kelak.
  • Ia juga membentuk manusia ke arah berbudi pekerti mulia serta membersihkan jiwa manusia daripada segala kekotoran dan memimpin manusia kepada keutamaan berperibadi yang tinggi.
  • Menurut ahli falsafah:

" Maksud ISLAM ialah memperbaiki masyarakat manusia supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan sesama manusia. Salah satu pekerjaan yang wajib dikerjakan dalam rangka beragama ialah ' Amar maaruf nahi mungkar' ertinya menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah membuat keburukan".

  • Sayugia kita dikehendaki menjalani hidup mengikut jalan dan arah yang sebaik-baiknya , iaitu yang mengikut jalan yang diredahai oleh Allah.
  • Berbakiti kepada Allah, kepada manusia dan negara...
  • Itulah jalan hidup menuju tingkat kehidupan yang sejahtera dan bahagia dan ...

..... Itulah IRAMA HIDUP yang INDAH.

Catatan saya:

Sepanjang hayat saya...amat banyak onak dan duri yang harus saya lalui dan tempuhi.. sebelum saya sampai ke tahap ini... walaupun sehingga kini Ujian kehidupan amat getir ..masih sedang ditempuhi....

Sebagai insan yang kerdil.. senjata yang paling penting.. adalah keteguhan Iman.. Berpendirian teguh ....Kecekalan hati.. sentiasa redha akan Ujiannya dan Bertawakal di atas segala ketentuannya. Saya selalu berpegang dengan kata-kata :

"Que sera-sera .. Let it be,it be ... Come What May.. the rest leave it to Allah .. He knows best.. and

" There is always a silver lining within the clouds... There is A Blessing in Disguise ..Ada Hikmah disebalik kesemua kejadian yang berlaku.. Kita sebagai hamba Allah sentiasalah bersyukur diatas segala anugerah dan nikmat yang dikurniakan.. dan tabah serta sabar di atas segala Ujannya. Jadilah ANAS yang terbaik.... Amin. Yarabul a'lamin.

Sekian .. Wassallam.. Izin berhenti buat seketika... banyak tugasan lain sedang menunggu.

Friday, June 5, 2009

Hidup- Kehidupan - Hidup berpendirian

Hidup mesti ada pendirian.

  • Orang yang tidak mempunyai pendirian hidup , diibaratkan seperti lalang bergerak mengikut angin.
  • Seorang sarjana Muslim pernah berkata:

" Bersungguhlah tegak menguatkan pendiriannmu selama hidup. Ketahuilah bahawa kehidupan itu hanya berharga kerana keyakinan yang teguh dan tetap serta usaha yang bersungguh-sungguh."

  • Dengan suatu pendirian yang betul kita perlu berusaha dengan tekun dan sabar.
  • Lidah pendeta ada menyatakan :

" Rajin dan Usaha Tangga Kejayaan"

  • Sebuah peribahasa Barat pula menyebutkan :

" Rajin bekerja senang belanja"

  • Serangkap syair kita mengenai rajin:

Rajin itu besar faedahnya,

Dengan dialah mulia jadinya,

Gunung yang tinggi dapat diruntuhnya,

Bahkan laut kering ditimbanya.

  • Perjalanan hidup merupakan irama kehidupan yang sentiasa bergerak dan mencabar.
  • Dalam menghadapi hidup , kita tidak harus berputus asa.
  • Sepatah kata Mustafa Kamal "

" Tidak ada erti hidup kalau berputus asa dan tidak ada alasan untuk putus asa kalau masih hidup".

  • Kegagalan adalah cubaan yang lumrah dalam kehidupan manusia. Oleh itu harus menjadikan cubaan itu sebagai cermin kehidupan ( " Mirror of Life"....cantik ungkapan ini.)
  • Kata seorang pujangga Barat:

" Kesusahan dan kesulitan adalah laksana musim dingin,basah dan lembab, tidak disukai oleh insan. Tetapi sesudah musim sejuk itulah tumbuh bunga-bunga yang harum dan buah-buahan yang subur".

  • Confucius, ahli falsafah China yang termasyhur pernah menyatakan :

" Kehidupan itu adalah suatu nikmat bagi orang yang menghargai dan menyedarinya. Orang yang mengelamun laksana bermimpi ; kita sering menikmati keindahan di dalam mimpi, tetapi setelah mata terbuka semua sinarnya hilang".

Catatan saya:

Sesungguhnya ... hidup ini bagaikan satu mimpi.. kadangkala kita bermimpi yang indah-indah .. sungguh gembira dan mengasyikkan... kadangkala kita mengalami mimpi buruk dan kadangkala mimpi ngeri ("nightmares" ) .... petanda kita kena senantiasa muhasabah diri... perlu "contercheck" dan imbangbalik .. whatever perkara yang kita dah tempoh sepanjang hidup kita selama ini... kalau boleh biarlah hidup kita banyak yang positif... hidup banyak berbakti dan membuat kebaikan sesama insan dan makhluk tuhan yang lain.. termasuklah fauna dan floranya serta Alam itu sendiri... Love Nature.. dan banyak bersyukur di atas segala nikmat yang limpah ruah ... yang diberikan... everything will be fine.. everything will be balanced ... in and out... I hope you know what i mean....

Wassallam. Audios. Jumpa lagi.

Tuesday, June 2, 2009

HIDUP -KEHIDUPAN - Irama Hidup Manusia

Falsafah HIDUP -KEHIDUPAN - Alam Mutiara Kata

  • HIDUP bukan sekadar tarikan nafas (inhalation) dan tarikan keluar (exhalation).
  • HiDUP manusia mempunyai ERTI , HAKIKAT dan TUJUAN.
  • Untuk mengenal semuanya , kita mesti mempercayai dan beriman kepada ALLAH Yang Maha Esa.
  • Ilmu pengetahuan dan agama penting bagi mengenali erti dan hakikat hidup.
  • Ahli-ahli fikir mempunyai berbagai pendapat tentang hidup. Di antaranya;

" HIDUP bukanlah suatu kemenangan tetapi suatu perjuangan, "

  • Pendapat lain pula;

" HIDUP di dunia ini laksana mengharungi samudera -lautan yang sentiasa bergelombang. Kesanggupan menempuh gelombang itulah dikatakan perjuangan hidup."

  • Dan dikatakan pula bahawa penentu haluan hidup terletak pada tujuan hidup.
  • Ramai ahli falsafah dan ahli jiwa memperkatakan tentang " KEHIDUPAN" ,iaitu cara dan irama hidup manusia.
  • Pujangga Hamka pernah mengungkapkan,

" KEHIDUPAN itu adalah laksana tenunan yang selalu bersambung. Semua manusia di muka bumi ini tidak kelihatan di dalam tenunan itu kerana sangat kecil."

  • Selanjutnya dikatakan pula bahawa akal dan budi , ilmu dan kepandaian, ditambah dengan kekuatan jiwa menempuh kehidupan tidak sama antara seorang anak Adam dengan anak Adam yang lain.
  • Tidak ada manusia yang ingin menjadi orang miskin dan hidup melarat, Namun ada juga yang terpaksa menghadapi kemelaratan hidup.

KEHIDUPAN seorang insan bermula sejak lahir sehinggalah mereka kembali kepada hidup yang abadi itu MATI.

  • Seorang ahli falsafah ada menyebut .....

" HARI LAHIR adalah hari bahagia , HARI MATI adalah hari mulia".

  • Seorang lagi ahli falsafah mengkiaskan kehidupan manusia seperti keadaan sebuah perahu di samudera yang bergelora ( Anda bayangkan...)

" PERAHU akan terumbang-ambing apabila dipukul gelombang. Yang menetapkan haluan adalah tujuan hidup. Walaupun seseorang itu pandai melayarkan bahteranya, namun dia tetap terkena percikan air, kerana tiada manusia yang bersifat sempurna di dunia ini. Setiap manusia mempunyai kelemahan diri. "

  • SABAR menghadapi penderitaan dan BERSYUKUR menerima Anugerah Tuhan , merupakan inti imbangan dalam Pelayaran Hidup.

So ... kita sentiasa perlu redha dan tawakkal serta banyak berdoa sepanjang detik hidup kita...disamping tidak putus asa untuk berusaha..berusaha...berusaha...dan IKHLAS ..dan yang paling penting Nawaitu dalam menjalani kehidupan kita itu betul. Barulah kita akan rasa HARMONI, KEMANISAN HIDUP dan KEBAHAGIAAN yang sejati. Betul ...Betul.

Apa pendapat Anda ... BAHAGIA ada di dalam HATI.. tak payah bersusah payah mencarinya di mana-mana ..betulkan.. betul.

Wassallam. Jumpa lagi. Insyaallah.

Monday, June 1, 2009

Mutiara Kata HIDUP & KEHIDUPAN - Pujangga Pak HAMKA

Pujangga Pak HAMKA bermadah :
(Petikan dari Alam Muiara Kata)
  • Bangsa yang tidak bercita-cita akan berkata:"Biar tidak merdeka asal cukup makan". Hidup yang begini sama harga hidupnya dengan binatang. Tetapi bangsa yang subur rohaninya akan berkata: " Biar kurang makan asal tetap meredeka".
  • Orang yang hendak hidup sendiri itu ertinya hendak membunuh diri. Dan takut mati itu adalah kematian sejati.
  • Susah dan senang adalah dua perhiasan dunia yang yang silih berganti. Kesenangan dan kesusahan itu masing-masing ada ajalnya, ajal yang tidak dapat ditentukan benar kejadiannya, disangkakan panas hingga ke petang, kiranya hujan ditengah hari.
  • Kesalahan dalam pandangan hidup seorang Islam harus dituruti dengan kebajikan. Walau bagaimanapun naik dan turun, benar dan salah ketika hidup ; belum boleh diambil sebagai kesimpulan, melainkan pada saat akhir.
  • Kehidupan adalah satu giliran , di antara senyum dan ratap. Air mata itu pula adalah masin, kerana ia adalah garam kehidupan.
  • Di antara dasar kepercayaan hidup dengan perjuangan; hidup laksana jalinan tali dipukat, berpadu laksana paduan minyak dan air dalam susu.
  • Hidup tidak selalunya manis, melainkan pergantian di antara pahit dan manis. Kalau manis saja yang bertemu, tentu kita tidak akan sabar dan bosan.
  • Alangkah baiknya jika badan sedang sihat , otak segar, kita akan mengingati kampung yang kita diami sekarang ini. Kalau Kampung itu dapat diingati, nescaya kita tidak akan menegakkan gedung angan-angan yang menjulang langit, di atas tanah kenyataan yang penuh rawa.
  • Kehidupan ini seluruhnya diikat dengan janji. Mengakui sebagai hamba Allah, ertinya akan menepati janji dengan Allah. Mungkir janji dengan manusia pun bererti memungkiri janji dengan Allah.
  • Tujuan hidup itulah yang menentukan nilai hidup , bukan berapa lama hidup yang dipakai.
  • Orang yang tidak mengingati hari depan iatu akhirat, akan habislah hidupnya dalam rasa tidak puas.
  • Hidup sesuatu umat dinyawai oleh 'nilai hidup' umat itu sendiri, oleh naik turun atau runtuh akhlaknya.
  • Kehidupan adakalanya naik dan adakalanya turun, kumpulan itulah yang dinamakan irama hidup.
  • Banyak bekerja badan sakit. Banyak berfikir otak penat. Banyak berjalan kaki penat. Sebab itu, disamping bekerja wajib istirehat. Hidup ini sendiri adalah satu kepenatan.
  • Hidup itu adalah pergantian hujan dan panas, suka dan duka, senang dan susah.
  • Ada beberapa pengalaman dalam hidup kita ini, mulanya kita sangka buruk , tetapi telah sampai kepada penghujungnya barulah kita mengerti bahawa awal yang buruk itu adalah berakhir yang baik.
  • Orang yang berfikir dan merenungkan diri dan menilai hidup, mudah memperbaiki tujuan hidupnya sendiri.
  • Pertukaran haluan hidup daripada kejahatan kepada menurut suara batin yang murni adalah kesenangan batin yang tiada taranya.
  • Kehidupan adalah pergantian hidup dan senang, naik dan turun. Mana yang tertentu buat kita, tidaklah dapat dipindahkan kepada orang lain dan yang tertentu bagi orang lain tidaklah akan pindah kepada kita.
  • Islam menyatakan bahawa perjalanan yang ditempuh dalam hidup ini , bagaimana baik maksud dan tujuannya, jika Allah tidak mengizinkan, tidak akan tercapai.

( Sebab itu disarankan kita banyak berdoa kpdNya.. supaya dapat diubah takdir yg telah ditetapkan olehNya ..betulkan..Betul. )

  • Kehidupan di dunia ini adalah laksana lautan yang jarang tenang. Airnya beriak terus, bergelombang dan berombak. Kesusahan terletak dalam kemudahan dan kemudahan pun terletak dalam kesusahan.
  • Hidup adalah perjuangan, sekali ombak naik , sekali ombak turun. Kadang-kadang kita memukul dan kadang-kadang kita dipukul:

Tiba giliran menjadi palu, hendaklah pukul habisan-habisan;

Tiba giliran jadi landasan, tahan pukulan biar bertalu.

  • Hidup di dalam dunia ini laksana orang keenakan dalam kapal besar belayar di samudera luas ( The Titanic ! ) . Terasa indahnya ombak yang bergulung-gulung itu. Maka rasailah kelazatan pelayaran. Tetapi keindahan yang dirasa itu sangat terbatas yakni sebatas kapal. Tak usah kita lompati laut itu kerana hendak merasai lazatnya kehidupan laut, lebih baik lihat saja!

( Yang Benar dan Nyata tiada siapa boleh menduga .. kapal Titanic yang begitu gah tu.. akhirnya musnah , tenggelam , hanya disebabkan satu ketulan ais....kerana keangkuhan manusia mengatasi Maha PenciptaNya... tentu kita boleh dapat iktibar dari musibah ini.. kan.. ada hikmah disebalik suatu kejadian . ..)

  • Bahawa manusia itu bukanlah didatangkan Tuhan ke dunia ini hanya untuk semata-mata datang. Bahkan ditunjukkan pula kepadanya jalan mana yang mesti ditempuhnya, agar dia selamat. Kerana hidup pasti diakhiri mati. Dan perjalanan bukanlah semata-mata sehingga mati sahaja. Selepas mati ada lagi sambungan hidup iaitu hari kebangkitan, yang bernama Hari Kiamat.

- Hamka , Tafsir Al-Azhar.

Catatan saya :

Saya bolehlah dikatakan peminat setia kepada Prof. Dato' Hamka - Pak Hamka.. ulama tersohor berasal dari Indonesia .. pada zaman remaja saya... tak ketinggalan mengikuti kuliah 'secara life 'di Masjid Negara , K. Lumpur... sentiasa mengikuti perkembangannya melalui tulisannya termasuk beberapa novel yang begitu menyentuh perasaan.. ............. seingat saya novel HARYATI dan " Tenggelammya Kapal Van de Verjk" (Kapal belanda kut..) sehingga beliau meninggal dunia ... mungkin dia adalah salah satu idola ulama saya..

Sebelum mengundur diri.. Tarikh keramat : 1hb. Jun 2009...

Tak lupa juga .. 1hb Jun juga adalah " Hari SUSU sedunia" ..

...amalan meminum susu adalah amalan yang sihat.. terutama bagi golongan Warga Emas dan Yang Sakit...dan tentunya " Susu Ibu adalah yang terbaik buat Baby" kerana susu awal ( the first 3 month ) yang dipanggil kolustrum itu.. sangat berkhasiat dan kaya dengan antibodi semulajadi.. betul..

Catatan tambahan....

Selamat Ulangtahun pada TV3 yang ke 25 tahun .. sama tarikh Hari lahir dengan Serena -yg ke 26tahun (anak Chef Wan- WHI- ) .

Dok baca tentang Nostalgia TV3 .. dari mula pelancaran - 1hb Jun.1984 ... seusia saya menjadi GURU .. 24hb.April 1984... Peminat setia stesyen TV3 sampai sekarang...

Nostalgia benar seiring dengan apa yang diungkapkan oleh Personaliti popular TV3 ketika itu.. pengalaman berharga... dari Mahadzir Lokman, Razak Abdullah, Ezzah Aziz Fawzi ( Jiran setaman ,seksyen 3 , Bandar Baru Bangi,..mungkin anaknya sekolah kami kut.., SMKJ3BBB.. tak pasti ).. Wan Zaleha Radzi.. nama yang tak asing lagi... saya tak boleh lupa kisah anak murid saya ketika mengajar di SMK YUHua (sek . Cina) , pelajar lelaki Ting. 6.. mereka tengok Majalah TV3 sebab Wan Zaleha Radzi !..... sungguh menakjubkan.. rasa terharu pulak.. anak-anak Cina dok minat kat Wan Zaleha Radzi..

--hingga kini saya adalah peminat setia stesyen TV3 .. dari dulu hingga sekarang.. dan mengikuti segala perubahannya.. spt. Hari ini.. sebelum Malaysia Hari Ini (MHI).. Dimulakan dengan Negara Ku.. diikuti dengan Jam menunjukkan masa..tepat 6.30 pagi..sebab dulu tak ada..

Sekian. Wassalam.