Friday, December 5, 2008

MOTIVASI PAGI

Mengisi Masa Cuti selepas SPM

oleh OSMAN AFFAN - Creative Questions Eenterprise
www.motivasibelajar.com


Apakah perkara-perkara yang dilakukan supaya mendapat manafaat semaksimum mungkin?

Aktiviti -aktiviti yang boleh dilakukan semasa cuti

Fikirkankan apakah rancangan anda ?

1. Luangkan masa untuk melawat sahabat handai dan saudara mara di tempat lain .
... utk lihat cara hidup orang lain.. ke Johor..ke Pantai Timur ..ke Sabah.. Sarawak .... nak lihat
rutin harian mereka , budaya , cara mereka berfikir ....

Implikasinya : Mendapat pengalaman yang luas dan dapat mengeratkan silaturahim
dikalangan handai taulan dan saudara mara.

2. Buat kerja-kerja kebajikan ... menolong orang-orang tua , rumah kebajikan ,anak-anak yatim ...kehidupan lebih susah pada kita... dapat lihat cara hidup dan insaf akan hakikat diri sebenar dan rasa bersyukur keadaan kamu adalah lebih baik...

Implikasi: Sentiasa rasa bersyukur... dan patut sentiasa memberi sesuatu untu orang lain.. sumbangan kpd orang lian.. buka minda .. kurang rasa penting diri.. sifat nak tolong orang lain dgn ikhlas.. bila keluar ramai yang boleh bantu kita berjaya

3. Cari kerja sementara .. dapat cari pengalaman kerja... bila dapat duit.. rasa untuk menghargaiapa yg diperolehi.. untuk lebih berhati-hati.. untk lebih matang dlm menghadapi kehidupan seharian.. kalau boleh yang dapat membantu kerjaya masa datang.. mereka terdedah ke kehidupan yang sebenar

4. Menghadiri kursus / program kemahiran
..Kursus berkomunikasi.. cara membuat penampilan diri
...kursus perusahaan Internet ( irfan Khairi)... jadi usahawan internet
.. kurang menghadiri kursus bersifat akademik.. dah penat kan..

Impaknya; Pengalaman-pengalaman di atas akan membantu
Perubahan cara berfikir ...

Orang yang merungut ... tak dapat maju ke hadapan..

Anak-anak kita akan dapat menghadapi masalah / cabara

Respons sifu:

Memang tepat apa yang dinyatakan... saya sendiri lepas saje SPM ..tak duduk diam .. zaman trdisional ...belajar menaip dan trengkas.. fikir penting untuk belajar lagi nanti..memang benar .. ia sangat membantu bila saya masuk ke pusat pengajian tinggi..Selepas ITM saya kerja kilang.. partime sebgai RA sebelum sepenuh masa menjadi siswi di UKM..
Implikasinya : Ia membina jati diri , keyakinan dan kekuatan dalaman .. terutama dalam menghadapi apa jua masalah yang mendatang ... sama ada dari bersifat keperibadian ke masalah-salah berkaitan dengan kerjaya saya sebagai cik gu... saya secara tak langsung menjadi kaunselor kepada pelajar-pelajar saya...saya rasa amat bersyukur kerana anugerah yang diberi oleh Allah ini.. sentiasa mendorong untuk dapat pengalaman sebanyk mungkin dan membuat sebanyak perkara ke arah kebaikan... TQ Allah.. for his blessings all the time..

Impak pada anak-anak saya : 9 Saya ada 4 puteri)

Anak pertama saya ..Nurul Yuziana terus ke matrik Kuala Pilah ..belajar kereta ...ke UKM (Bioperubatan .. sambung masters (Bioteknologi) dan kini buat PHd dlm Bioteknologi

Anak kedua saya ..Nurul Zuriaty (saya pernah jadi sifunya dari Ting 1-3 -mengajar sains )
...minat business ...kerja kedai kasut..kedai baju.. Kenny Rogers.. masuk ke KLIUC(Diploma) terus ambil degree Business Management (mou dengan UUM) .. terus dapat kerja sebagai Busuness Manager di Sebuat Syarikat Swasta... dan memang benar kelebihan dari pengalaman yang lepas... membina jati diri, keyakinan dan mempunyai ketrampilan diri yang positif. dan menjadi ayam tambatan / orang kuat/ staf kepercayaan bos syarikat.. selama 2 tahun.

Anak ketiga saya ... Nurul Yumiza ( pernah jadi sifunya Biology T4 dan 5)..
Selepas SPM ...kerja di Klinik Lita Alis .. minat bidang perubatan kut.. 3bulan.. masuk Matrik Pongsu Seribu Pinang .. Mohon Pharmacy semua Universiti .. dapat Pharmacy di UITM Shah Alam... semasa cuti sya gallakkan masuk program motivasi bina insan ... rupanya untuk jadi MPP ( Mjlis Perwakilan Pelajar) ... ramai terkejut kerana anak saya ini berwatakan sangat pendiam boleh hadi MPP.. ramai tak percaya.. hasil dari aktiviti tersebut..berjaya keluar dari kepompong yang menyelaputinya selama ini..bakat kepimpinan terpendam keluar .. jika kena gayanya.. terbukti benar ..bcutu ..belajar kereta ..dah ada lesen..
Kini menunggu ke semester akhir unuk attachment ke hospital.. kes dengan pesakit... Insyaalh bergelar Graduan Lulusan Pharmacy tahun depan..2009... alhamdulillah..

Anak kempat saya ni: Nurul Syahira ..sedang berdebar-debar menunggu keputusan PMRnya selepas Christmas...

...tu pun sejak sekolah rendah saya sentiasa galakkan mengikuti program motivasi/perkhemahan di sekolah ; dan semasa cuti sekolah selepas Tingkatan dua saya daftarkan dia masuk ke Progam AMPAC di Bandar BaruBangi( Anak Syarikat Alzahra)... untuk tempoh 6 bulan hingga dapat sijil... Dalam program ini didedahkan kepada yang 7 kemahiran:
1. Public Speaking, 2Celik IT,3 Celik matematik, 4B.Inggeris 5. Keusahawanan 6. Seni Mempertahankan diri ( AIKIDO) 7. Bijak Minda ( Main Chess)..
Mereka selalau dibawa ke kem Perkhemahan di PD , Sg Tekali..termasuk Universti Angkatan Tentera (ATMA)..
..memang hasilnya lumayan.. berbaloi di atas investmen saya ni..
Nampaknya .. Sifat kepimpinan lebih menyerlah .. Lebih yakin diri , berani bersuara .. kalau senyum sok mo saje (anak saya ni pun reserved juga) dan ... semuda tu dah dapat banyak pengalaman hidup berharga..sbb baru PMR..

Itulah harapan saya sebagai ibu ... bagi saya anak-anak adalah aset yang tiada bernilai untuk keluarga.. bangsa dan negara... Alhamdulillah setakat ni semunya kelihatan berjalan baik dan lancar ..apa yang berlaku dalam kehidupan anak-anak saya ni ...dan akan berterusan.. Insyaallah..
....TQ Allah again.. atas semua anugerahnya ini.

Salam berhenti. Jumpa lagi..

No comments: