Friday, December 19, 2008

Al- Hidayah-21.12.08

Al-Hidayah

oleh Jusuh B. Abdullah

Nilai Taqwa



Orang bertakwa ada 3 prinsip


1. Dihatinya dia merasakan kehebatan Allah..bergantung sepenuhnya kpd Allah... makin banyak

kita bergantung kpd Allah..makin banyak tenang diberikan ..kpd rasul dan orang beriman..

Syurga dikurniakan..


Orang yang tak tenang manusia takut tak ade rezeki.. tak beri rezeki.. tak cukup rezki


2. Rasul yang paling dicintai...lebih daripada yang lain... memangkin menjadi umah yang baik


3. Agama Islam paling mulia dan akan sentiasa ingin diamalkannya .. halal-haram kita jika



Wassallam.



Ust. Bahiyah


Cara ibu membantu supaya anak cemerlang belajar


1Menajam minda melalui makanan yang halal


2Hindari makan buah-bbuahan masam termasuk epal hijau

Makan bawang besar mentah

Organ dalaman binantang.. hati..limpa..peparu

Makan kepala ikan


3Dari segi kerohanian.. selalu baca AlQuran..baca zikir .. ya Rahman ..5x .. Ya Hakim ..5 X ..



4 Suasana ketenangan di rumah ..elak keadaan tak tenang dalam rumahtangga..


Wassallam.

Thursday, December 18, 2008

LAMAN NURANI -19.12.08

LAMAN NURANI
oleh RAHMAT ISMAIL - pakar motivasi
Tajuk : CINTA REMAJA

Tahap CINTA sebenar

1. CINTA kpd ALLAH
2. KASIH & SAYANG kpd IBU BAPA
3. SAYANG kpd yang lain

C.I.N.T.A

C : Ceria ... rasa gembira selalu ..senyum selalu
I : Intim .. rasa sangat rapat
N : Nikmat .. rasa dunia ini begitu indah
T : Tekun / Tabah .. punya ketahanan diri yg amat tinggi..sanggup berkorban apa saje
A : Angan-angan.. boleh terjerat jika tidak dikawal

Jika remaja menjurus CINTA ini kpd tenaga kpd perkara yang berlaku dalam satu hari.. maka menjadi positif

Ciri-ciri pada CINTA

1. Keberanian .. cinta pad Ilmu ..
2. Akrab ..cinta pada Allah.. Buat yang
3. Ikatan..
4. keimanan ... Cinta mealambangkan keagungan kpd yg hak .. buat Qiayamulai
5. Disiplin .. pakaian kemas.. masa tepat
6. Patuh.. Buat apa saje dgn teratur

Dalam kehidupan kita CINTA dalam kehidupan kita.. lagu SUCI dalam DEBU
Cinta dalam matapelajaran

7. Kesungguhan ... I love it.. rasa bertanggungjawab
8. Lahir kejujuran dengan hati yang Ikhlas
9. Setia.. tetap akan setia ppd allah... kesetiaan tak boleh
10. Menuntut Pengorbanan .. sanggup buat apa saje utk yang dicinta

CINTA bukan satu memudaratkan.. fokuskan yang membawa kepada kebaikan

Budaya Cinta

1. Rasa Rindu... rindu dgn kerja
2. Rasa Dendam ..memerlukan untuk dapat dirasai.. akan melakukan sampai dia capai..cuba
daya upaya
3. Kasih... telah abadi kpda kita
4. Cemburu... tak mahu dirampas oleh orang lain

Natijah CINTA akan Membentuk Imej yang menawan..
  • Sentiasa ceria dan ikhlas
  • Sentiasa bersangka baik .. yang ikhlas..
  • Sentiasa senyuman yang ikhlas .. satu sedekah
  • Sentiasa sabar .. bersabar dlm apa saje tindakan
  • Sayang menyayangi.. anggap satu yang lumrah
  • Sentiasa rasa positif dan optimis.. punya hikmah
  • Sentiasa berdoa dan tawakal

Wassallam.

Wednesday, December 17, 2008

MOTIVASI PAGI-Laman nurani -18.12.08

oleh Ust. Nawawi Yusoh

Jom REHLAH ..Jom Bercuti.. Jom Berjalan

..perlu berziarah..berjalan.. mencari ketenangan
..perlu bergerak... berinteraksi dengan dunia luar.. dari rumah kita
.. mewujudkan perbincangan.. mengeratkan silaturahim keluarga

1. Faktor kewangan ..sesuai dengan kemampuan kita .. .. buat perancangan awal
2. Kesesuaian masa ..cuti persekoahan.. Sabtu ...Ahad
3. Tempat mana nak pergi... lokasi yang strategik.. yang selamat

Kenapa perlu ReHLAH ..

1. Elak stress.. tekanan..
2. Memupuk kasih sayang.. menghubung ikatan kekeluargaan

Faedah Rehlah

1. Dapat bangunkan minda kita .. buat perbnandingan dengan tempat kita dgn tempat org
2. Menambahkan rasa bersyukur kita ... ramai minta sedekah.. bahawa beri rezeki
3. Menikmati ciptaan Allah.. Alam semulajadi ..sentiasa bertasbih kpd Allah .. Air yg
mengalir .. gunung ganang.. sbb tu kita rasa tenang bila melihat alam
4. Mengeratkan silaturahim sesama keluarga kita..
5. Menambah kasih sayang kita kpd Allah.. iman ita bertambah... menambah pengalaman
hidup kita selagi usia ada..

Kalau boleh .. jadikan jom rehlah ini sebagai salah satu program dalam kalendar hidup kita.

Wassallam.


LAMAN NURANI

Tajuk : Cara Berfikir

oleh Ariffin Hassan


Startegi berfikir - 3 pendekatan melihat sesuatu masalah

1. Systemic thinking .. berfikiran secara meneluruh ...membenarkan kita berfikir secara
terbuka bukan fokus sesuatu perkara
2. Futuristic Thinking .. berteraskan masa depan ...berdasarkan jangka panjang
3. Strategic Thinking... mempunyai jangkauan ... lebih membawa kejayaan ..mengikut
pilihan kerjaya..industri

Cara meningkatkan Cara Berfikir

1. Pastikan set dlm fikiran ..Meluaskan cara berfikir sesiapa saje menggunakan ketiga
pendekatan
2. Wajib tingkatkan ilmu kita.. supaya ilmu luas melalui pembacaan .. akhbar,
majalah ... internet ..boleh buat keputusan melalui pembacaan kita
3 Hadiri program / seminar .. berkaitan rapat dengan bidang kita ..sebagai networking..
bergerak dgn org lain.. org luar .. budaya yg jadi pemangkin ide ,mencerna ide baru
4. Kita harus bersifat terbuka.. menerima pandangan-pandangan..jgn cepat melenting
5. Guna segala alat komunikas..guna pendengaran aktif .. body language ..yg kita bersifat
terbuka dan ikhlas.
6. Pastikan kita berkongsi pandangan dgn org lain ."No man is an Island ".. gunakan
perbincangan sebaik mungkin..
7. Keputusan yang dibuat mesti berdasarkan yang hak.. the truth will be known to
everybody..


Wassallam.

Tuesday, December 16, 2008

LAMAN NURANI -16.12..08

LAMAN NURANI

oleh Ariffin Hassan - pakar motivasi organisasi

BAHASA BADAN (BODY LANGUAGE)

1. Jarak badan ... boleh merasakan sama ada kita intim, mesra atau sebaliknya... dgn audience
beb. kaki ..mengikut kesuasuaian situasi..

2. Cara kita berkomunikasi .. 70 % bahasa badan ..pandg tepat..

3.Air muka ..ada lebih 100 air muka.. sbb, tu senyuman itu satu air muka yg positif

4.Nada suara ...berbeza-beza ..penekenan suara sama ada setuju..tak setuju...suara menonjolkan
personaliti ..mewakili

5. Cara kita memakai pakaian kita..mengikut kesesuaian majlis

6. Alam sekeliling di mana kita buat temujanji.. bawa tempat yang sesuai dgn keadaan..

7. Sudut badan kita...yang berlainan..tonjolkan kemesraan

Monday, December 15, 2008

MOTIVASI PAGI - LAMAN NURANI -16.1208

MOTIVASI-PAGI
Oleh : datuk Dr Fadzilah Kamsah
Tajuk : Murah pintu rezki

1 Sembahyang lima waktu
2. Selalu solat taubat
3. Bayar hutang
4. Berbuat baik pd semua orang
5.Menyambung silaturrahim
67 Tawakal kpd Allah
8.Bersedekah dengan ikhlas
9. Tolong orang miskin, orang susah, org perlu bantuan
10. Memberi makan pada binatang dgn ikhlas
11. Tunai haji/umrah
12. Berumahtangga
14. Amalkan doa-doa utk murah rezeki


LAMAN NURANI

Oleh :Mohd Nawawi Yusoh

Fadilat Takwa

1. Dapat hidayah ..melihat alam nampak Allah
2. Menjadi prasyarat pada Allah memilih..melihat hati
Orang yang paling mulia..ialah orang yang bertakwa
3. Mesti mecari takwa...untuk ibadah kita diterima
4. Taqwa menjadi pakaian utk kita...boleh tutup aibnya
5. Sesiapa yang bertakwa dapat bantuan daripada Allah...rezeki..ikut kebaikan..
mudah kesian kpd org lain..

"Takwa jauhkan dari kebatilan..kejahatan "

6. Sesiapa yang bertakwa Allah bantu .. muhasabah..selalu betulkan
7. Allah bersama dgn org yag bertakwa.. Allah beri jalan keluar .. beri ide..beri petunjuk..
....dlm selesaikan masalah

Bagimana cara nak dapat Takwa

4 cara nak dapat takwa

1. Muhasabah diri..menghitung diri.. kira amalan yang dibuat..lihat kesilapan
Modal : Iman, Islam , Usia ..anggota badan -jantung , mata

Satu hari ini.. apa aku buat .. taubat dulu

Allah bersama ku
Allah melihat ku
Allah melindungiku

2. Mendekatkan diri kpd Allah

Jaga hati.. buat kerja kerana Allah

Sedekah banyak, sembahyang duha bnayk

3. Disiplin diri ..hukum diri
4. Bersungguh dlm mendapat keredahaan Allah

Wassalam.

Sunday, December 14, 2008

MENTOR JUTAWAN Dr Irfan Khairi

Jika anda berminat untuk mendapat ilmu dan perniagaan ..anda boleh dengan yakin dapat melalui Jutawan muda Dr. Irfan Khairi.. Saya sendiri telah menghadiri kedua-dua bengkel popular beliau :

1. Workshop Jutawan Internet pd 26.10.2008 (Ahad)
2. Woorkshop mini Terhangat di Pasaran pa 22.11.2008 (Sabtu)

Website : http://www.rahsiainternet.com.pakej
http://www.IrfanKhairi.com.

Anda akan dapat apa yang anda inginkan... apatah lagi Dr. Irfan Khairi telah berusaha satu kompilasi e-book bertajuk MENTOR JUTAWAN.. ilmu menjadi kaya dai mentor-mentor jutawan Malaysia anda. boleh klik untuk daftar bagi mendapat e-book terhangat ini.. melalui blog beliau yang berikut:

Laman Nurani - 15.12.08

oleh Datuk Dr Fadilah Kamsah

Apakah Amalan-amalan orang cemerlang

1. Memasang Niat.. mempunyai niat dalam apa saje dilakukan
2. Menjaga ibadah dengan sempurna...
siapa kerja menuju akhirat dunia juga sujud pd kereta
3. Sentiasa husnozon.. sentisa bersangka baik..tabiat baik terbentuk dalam masa 30 hari
..mulut baik..hati baik ..jangan curiga..sanggup bagi markah 10/10 pada semua orang.. put a tenth on everydays head

4. Segera bertaubat apabila buat silap ...beristighfar banyak.. Rasuullulah 100 kali sehari..
Astaghfirullah ul azim ... mata jaga.. hati juga.. berjogging.. zikir...gugur dosa.. solat taubat..mulakan pada bulan Ramadhan

5. Sentiasa memaafkan orang lain.. bila kita mudah maafkan orang lain.. orang lain akan
mudah maafkan kita.. Jangan bertangguh-tangguh.. dia menzalimi dia sendiri..
..akan sembuh sakit kita

6. Program minda setiap malam.. sembahyang tarawih..8 - 20 rakaat ... makan buah
banyak.. baca AlQuran ... doa : program positif ...jadikan aku lebih baik dari semalam ..

7. Bangun pagi senyum ..dan amalkan 3 jenis berdoa ini...

a. doa bangun tidur
b. doa syukur atas nikmat yg dilimpahkan
c. Hindarkan aku dari dukacita dan keluh kesah, takut bakhil.. beban hutang.. gangguan
manusia

8. Banyak berzikir... subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakhbar

9. Banyak tolong orang ...Allah akan sentiasa tolong kita .. banyak bersedekah

10. Banyak mengingati mati .. Allah amat sayang hambanya yg sentiasa bersedia
untuk menemuinya.

Wassallam.

Saturday, December 13, 2008

oleh Dr. Robiah kulop


Ciri-ciri isteri teladan


Saidina Siti Khadijah..cantik rupa paras..menjadi pembantu agung..kpd rasulullah

-sangat

LAMAN -NURANI-AlHidayah-14.12.08

Oleh Ust. Nawawi Yusuf

Tajuk : Takwa

Takwa syarat dapat hidayah
Takwa seiring dengan AlQuran dan hadis

Allah ukur takwa

Orang yang paling mulia disisi Allah orang yang bertakwa

Tidak akan sampai daging korban, tapi takwa


Al-HIDAYAH

Segmen: Basirah

oleh Ust. muhamadzul ramli


Nikmat di dunia
Nikmat -Makniyah .. Hidayah dari Allah

Islam itu satu nikmat ..menikmati ibadah

Pengertian Haji

Haji bermaksud menuju kepada Allah.. satu perlakuan jasadnya..kepada Allah
Mengerjakan Haji kemuncak dari penghayatan islam ..bukan kerana kemegahan

Haji yang mabrur . cukup sekali semur hidup ...beri impak besar dalam hidup .. beri kesan positif sepanjang hidup


Segmen Doa Amalan

oleh Ust Muhd Jazlan Muhammad

Doa untuk dapat anak yang sempurna, soleh & solehah ..bagi ibu yang mengandung

Surah AlImran ayat 8

YaAllah ya Tuhan kami kurniakan dari sisimu yang Allah zuriat

Sesusungguhnya engkau mendengar permohonan kami

Surat Assafa ; Ayat 100

Ya Allah.. Ya tuhan kami..kurniakan kepada kami anak yang soleh/solehah


Soalan : Apakah hukumnya bercukur..berapa kadarnya


Mencukur anak selepas kelahiran ..selepas 7 hari kelahiran.. cukur..timbang ..dapat duit dan sedekah.. adalah sunat.

Hikmah mencukur rambut

1.Lebih Sihat ...Bersih kulit rambut ..Tajam deria
2. Bersedekah pd org lain.. ujud sikap menolong orang lain

Tak boleh cukur sedikit, jambul ..dilarang..kena cukur semua .. ini amalan kebanyakan orang sekarang.

Wassallam.

Friday, December 12, 2008

MOTIVASI PAGI -13.12.2008

Ciri-ciri ibu Cemerlang

Ibu Cemerlang .. tanpa ibu siapa kita

Jawatan ibu ..anugerah Allah .... jawatan yang akan bawa ke syurga

..melahirkan keluraga bahaga

Syurga ditelapak kaki ibu.... mampu dan bahagia


Oleh Dr. Robiah Kulop Hamzah

Tajuk : Ciri-ciri ibu yang cemerlang

1. Wanita solehah.. taat pada Allah.. Nabi....
2. Harus bangun kekuatan mental dan fizikal

Rumahku Syurgaku... menjanjikan keluarga bahagia..

1. Mampu senang menambah ilmu .. dari pelbagai sumber ..ibu tak berhenti belajar

Didiklah berdasarkan masa depan anak tersebut..


2. Mampu membangun kekuatan Emosi / mampu mengurus perasaan .. negatif ke
positif ... elak dari terperangkap deangan tekanan yang negatif.. memotivasi diri.. mampu
urus perasaan di persekitarannya..

3. Mampu untuk menggembirakan dirinya dan orang lain .. boleh kawal emosi
Memahami sehingga tiada stress negatif...

Bagaimana urus fizikal.. kerjayanya..tanggungjawabnya..

Ibu yang gembira ... kehadirannya sangat diperlukan... akan menghasilkan cahaya yang sentisa menggembirakan orang lain /ahli keluarganya..


4. Membangun kekuatan spiritualnya.. harus terasuh melalui agama

Anak-anak yang asuh menjadi anak solehah ..kecintaan kepada tuhan dan nabi..

Ibadah seorang ibu perlu kental..

5. Perlu punya misi dan visi yang jelas..punya kaedah-kaedah yang tertentu.. pengurusan
yang benar-benar cekap.. menjadi hamba Allah yang baik... dan menjadi anak yang
mengenang budi dan membalas jasa
6. Seorang kauselor yang baik .. pasrah kpd Allah.. krn telah berusaha sebaik mungkin untuk
menjadi ibu yang cemerlang.

Wassalam.

LAMAN NURANI - AL-HIDAYAH12.12.08

oleh. Dr Fatima Zehra
Tajuk : Mungkir Janji

3 perkara sifat munafik

1. Jika bercakap .. selalu berdusta
2. Jika berjanji .. mungkir janji
3. Tidak pegang pada amanah


Jika dah ada niat.. tapi ada aral ... boleh dimaafkan


AlHIDAYAH

Sentiasa prasangka baik dengan Allah..

Bagaimana menanam semangat mendalami ilmu .. terutama pada zaman Rasulullah

1. Tujuan mencari ilmu adalah jelas .. tentang wahyu.. mereka nak tahu ilmu..untuk apa
dan apa munafaatnya

2. Nak berjaya dalam hidup .. di dunia dan akhirat.. dapat mempertimbangkan baik buruk

3. Nak jadi bijak... nak jadi lebih baik dari Semalam... siapa yang lebih buruk dari Semalam
akan tidak berjaya dalam hidup.

4. Satu kefardhuan ... bekalan ..menjadi jambatan untuk selamat sampai ke akhirat kelak.

Wassallam.

LAMAN NURANI - 13.12.08

Oleh: Dr Fatima - UIA


Tajuk : Mungkir janji


Salah satu dari dosa besar adalah mungkir janji


Orang yang berjaya .. sifat jaga amanah .. jaga janji


3 perkara orang munafik


1. Cakap bohong .. selalu berdusta

2. Kalau janji..mungkir janji

3. Selalu khianat terhadap Allah .. terhadap manusia


Maka jangan mungkir janji pada Allah dan manusia..


Janji kena tanggungjawab..allah akan soal di akhirat


Jika dah niat ..tapi ada aral.. itu bukan mungkir janji

Boleh berperang kerana mungkir janji..





Thursday, December 11, 2008

LAMAN NURANI -12.12.08


Tajuk :HORMATI IBU BAPA
oleh Mahmud Mad - pendakwah

Bangun saje tidur.. percakapan

Adab kepada ibu bapa

Kelahiran melalui ibu bapa.. bukan dari tempat lain

Adab kepada ibu bapa adalah satu tanggungjawab

Adab anak kpd ibu bapa.. pantang orang melayu
  • Jangan cakap kasar
  • Jangan berjalan di hadapan
  • Jangan duduk di hadapan muka
  • Jangan membantah cakap ibu bapa

** Adab nak temuduga
  • Ketuk pintu
  • Beri salam
  • Tunggu dipersilakan duduk

Betapa kita menjaga .. supaya kita diterima kerja..


Jika ibu bapa tak melarang.. anak melawan..menengking
Anak hormat kawan dari ibu bapa
Ibu/bapa duduk disebelah anak/menantu
Anak-anak akan lari dari ibubapa

Cara bercakap
1. jangan sekali-kali kaya cis..ah... melukakan hati
2. jangan bercakap tinggi suara.. kata-kata kasar..pilih perkataan yg cukup baik

Cara berjalan
Rendahkan mertabat kita di hadapan ibu bapa..turunkan ego
...Ibu melahirkan tuan .. ibu bapa dijadikan pengasuh kepada anak-anak .. diberi upah

Anak yang solehah ..sentiasa berdoa untuk ibu bapa..sentisa jaga hati ibu bapa



Cerita pada Zaman Nabi Musa:

Perihal seorang kanak-kanak dikatakan bakal menjadi ahli syurga..
pergi melihat... apa kelebihannya.. ia memandikan binatang ( khinzir) yang asalnya ibu bapanya... Allah dah tukarnya kerana tak sembahyang... dia tetap memandikan walaupun ibu bapa telah jadi binatang..


Komen: Alhamdulillah .. mempunyai anak dan menantu yang baik.. pandai menjaga hati dan perasaan kami.. ibu / bapa.

Walaupun saya sendiri tidak merasai kehadiran ibu bapa dalam erti kata sebenarnya... bagi saya .. setiap perempuan lebih dewasa adalah ibu saya ... setiap lelaki dewasa adalah bapa.. saya.. saya cuba menghormati dan menjaga hati mereka seboleh mungkin...Moga hidup sendiri lebih diberkati... dan natijah itu yang saya rasakan kini...

Saturday, December 6, 2008

MOTIVASI PAGI

Oleh : Datuk Dr. Fadillah Kamsah
Tarikh: Sabtu ..7.12.2009 ; 7.30 pgi
(Sempena menyambut Hari Raya Aidil Adha esok..Isnin .8.12.2009)

Tajuk : Natijah Amalan Berkorban
Pada hakikatnya tak penting hanya melihat darah merah mengalir selepas suatu sesi penyembelihan ... tapi Allah nak kita pamerkan ketaatan kita kepada Allah .. takwa kpd Allah

Tiada Kejayaan memerlukan Pengorbanan

1. Pengorbaanan ibu bapa untu anak-anaknya ..tiada terbalas pengorbanan ibu bapa

Ibu ku satu..Pesannya beribu-ribu

Untuk pasti Cemerlang di dunia .. Cemerlang di akhirat

Ibu bapa perlu berkorban agar anak-anak tidak terkorban
Didik anak mengikut secara Islam
Pesan-memesan, memberi contoh teladan..

Jangan sampai korbankan syurga ibu bapa.. ada ibu bapa tak tergamak - tegur anak jangan bawa ibu bapa ke neraka ..

2. Pengorbanan suami isteri dalam rumah tangga - org perempuan aras pengorbanan
lebih unggul dari suami

Didik pasangan ke arah keredhaan Allah..
Mengimbangi pasangan..

Benda yang baik kita hebah-hebahkan .. yang buruk disorokkan.
Apapun berlaku .. baliklah kepada Allah.

3. Pengorbanan seorang pemimpin

- perlu yakin, mantap utk memimpin orang lain..
- perlu mencari ..mendidik penggantinya
- pperlu merangsasang , merancang, memantau , bertolak ansur
- perlu jadi makmum

Pemimpin yang adil, berwibawa sama taraf dengan syuhada

4. Pengorbanan Rakyat .. jadi orang yang baik ..warga yang baik
Orang yang terbaik ..banyak memberi munafaat dengan oramg kain .. akan dapat hidayah
melimpah ruah
- wajib dipatuhi segala peraturan yang telah ditetapkan
- hormati pemimpin

"Ikan busuk bermula dari kepala"
Mutiara Kata:
"Melakukan yang betul tidak memadai melakukan dengan betul"
Renungkanlah...
Bagaimana Anda dah banyak berkorban... dan kalau boleh elak jadi mangsa korban terutamanya puncanya dari diri sendiri.. berpatahlah balik ke pangkal jalan.. Balik ke Allah.
Salam Aidil Adha dari saya. Maaf Zahir dan Batin.

Al-HIDAYAH

oleh : RuJMAN MUHAMMED RAZALI - Pendakwah

Tajuk : Membina Moral Remaj

Semua suka kepada BUNGA

Maka setiap manusia ada BUNGA dalam dirinya..

Maka Nabi diutuskan untuk melengkapkan Akhlak

Allah menjadi 2 unsur

1.Unsur lahiriah - Fakta Luaran
2.Unsur kerohanian- Fakta dalaman

Unsur Lahiriah

Nabi suka kepada kebersihan , kecantikan dan wangi-wangian .
. tak salah menjaga ketrampilan diri supaya kita dilihat sebagai insan berkeyakinan diri


Faktor dalaman
1.Akal
2. Hati
3.Nafsu

Akal.
Akal diurus dengan baik. Keperluan utama ialah ILMU adalah makanan kepada Akal

Hati
Kuasa terpendam dalam diri...seketul daging.. kalau baik baiklah semua anggota
Makanan bagi hati adalah IMAN.

Nafsu
Nafsu perlu dididik .. ditadbir dengan tarbiah dan pendididikan. Jangan tunduk atau kalah kepada nafsu yang boleh membawa kehancuran.

Semailah ini ... maka akan kita petik dalam keadaan baik kemudian hari


Segmen doa amalan
oleh : Mohd Jazlan Abdullah

Doa apabila kita lihat keindahan alam ..

Surah Al- Imran ..Ayat 91 ..

YaAllah ya tuhan kami .. ini tidaklah kau cipta alam ni dengan sia-sia

Maha suci engkau peliharalah kami dari azab seksa neraka ...

Segmen Soalan:

Soalan : olehkah membawa orang bukan Islam ke dalam Masjid ?

Jawapan: Masjid adalah rumah ibadah.. Syiar Islam ditegakkan ..

Boleh tapi perlu jaga 5 perkara
1.Adab dan tatacara
2.Tingkahlaku dan perangai
3. Bersih dari Hadath
4. Pakaian tutup aurat
5. Sentiasa menjaga akhlak kita sendiri ..menjaga tutur kata

Ukhwah terletak pada Ingatannya kepada saudaranya

Friday, December 5, 2008

MOTIVASI PAGI

Mengisi Masa Cuti selepas SPM

oleh OSMAN AFFAN - Creative Questions Eenterprise
www.motivasibelajar.com


Apakah perkara-perkara yang dilakukan supaya mendapat manafaat semaksimum mungkin?

Aktiviti -aktiviti yang boleh dilakukan semasa cuti

Fikirkankan apakah rancangan anda ?

1. Luangkan masa untuk melawat sahabat handai dan saudara mara di tempat lain .
... utk lihat cara hidup orang lain.. ke Johor..ke Pantai Timur ..ke Sabah.. Sarawak .... nak lihat
rutin harian mereka , budaya , cara mereka berfikir ....

Implikasinya : Mendapat pengalaman yang luas dan dapat mengeratkan silaturahim
dikalangan handai taulan dan saudara mara.

2. Buat kerja-kerja kebajikan ... menolong orang-orang tua , rumah kebajikan ,anak-anak yatim ...kehidupan lebih susah pada kita... dapat lihat cara hidup dan insaf akan hakikat diri sebenar dan rasa bersyukur keadaan kamu adalah lebih baik...

Implikasi: Sentiasa rasa bersyukur... dan patut sentiasa memberi sesuatu untu orang lain.. sumbangan kpd orang lian.. buka minda .. kurang rasa penting diri.. sifat nak tolong orang lain dgn ikhlas.. bila keluar ramai yang boleh bantu kita berjaya

3. Cari kerja sementara .. dapat cari pengalaman kerja... bila dapat duit.. rasa untuk menghargaiapa yg diperolehi.. untuk lebih berhati-hati.. untk lebih matang dlm menghadapi kehidupan seharian.. kalau boleh yang dapat membantu kerjaya masa datang.. mereka terdedah ke kehidupan yang sebenar

4. Menghadiri kursus / program kemahiran
..Kursus berkomunikasi.. cara membuat penampilan diri
...kursus perusahaan Internet ( irfan Khairi)... jadi usahawan internet
.. kurang menghadiri kursus bersifat akademik.. dah penat kan..

Impaknya; Pengalaman-pengalaman di atas akan membantu
Perubahan cara berfikir ...

Orang yang merungut ... tak dapat maju ke hadapan..

Anak-anak kita akan dapat menghadapi masalah / cabara

Respons sifu:

Memang tepat apa yang dinyatakan... saya sendiri lepas saje SPM ..tak duduk diam .. zaman trdisional ...belajar menaip dan trengkas.. fikir penting untuk belajar lagi nanti..memang benar .. ia sangat membantu bila saya masuk ke pusat pengajian tinggi..Selepas ITM saya kerja kilang.. partime sebgai RA sebelum sepenuh masa menjadi siswi di UKM..
Implikasinya : Ia membina jati diri , keyakinan dan kekuatan dalaman .. terutama dalam menghadapi apa jua masalah yang mendatang ... sama ada dari bersifat keperibadian ke masalah-salah berkaitan dengan kerjaya saya sebagai cik gu... saya secara tak langsung menjadi kaunselor kepada pelajar-pelajar saya...saya rasa amat bersyukur kerana anugerah yang diberi oleh Allah ini.. sentiasa mendorong untuk dapat pengalaman sebanyk mungkin dan membuat sebanyak perkara ke arah kebaikan... TQ Allah.. for his blessings all the time..

Impak pada anak-anak saya : 9 Saya ada 4 puteri)

Anak pertama saya ..Nurul Yuziana terus ke matrik Kuala Pilah ..belajar kereta ...ke UKM (Bioperubatan .. sambung masters (Bioteknologi) dan kini buat PHd dlm Bioteknologi

Anak kedua saya ..Nurul Zuriaty (saya pernah jadi sifunya dari Ting 1-3 -mengajar sains )
...minat business ...kerja kedai kasut..kedai baju.. Kenny Rogers.. masuk ke KLIUC(Diploma) terus ambil degree Business Management (mou dengan UUM) .. terus dapat kerja sebagai Busuness Manager di Sebuat Syarikat Swasta... dan memang benar kelebihan dari pengalaman yang lepas... membina jati diri, keyakinan dan mempunyai ketrampilan diri yang positif. dan menjadi ayam tambatan / orang kuat/ staf kepercayaan bos syarikat.. selama 2 tahun.

Anak ketiga saya ... Nurul Yumiza ( pernah jadi sifunya Biology T4 dan 5)..
Selepas SPM ...kerja di Klinik Lita Alis .. minat bidang perubatan kut.. 3bulan.. masuk Matrik Pongsu Seribu Pinang .. Mohon Pharmacy semua Universiti .. dapat Pharmacy di UITM Shah Alam... semasa cuti sya gallakkan masuk program motivasi bina insan ... rupanya untuk jadi MPP ( Mjlis Perwakilan Pelajar) ... ramai terkejut kerana anak saya ini berwatakan sangat pendiam boleh hadi MPP.. ramai tak percaya.. hasil dari aktiviti tersebut..berjaya keluar dari kepompong yang menyelaputinya selama ini..bakat kepimpinan terpendam keluar .. jika kena gayanya.. terbukti benar ..bcutu ..belajar kereta ..dah ada lesen..
Kini menunggu ke semester akhir unuk attachment ke hospital.. kes dengan pesakit... Insyaalh bergelar Graduan Lulusan Pharmacy tahun depan..2009... alhamdulillah..

Anak kempat saya ni: Nurul Syahira ..sedang berdebar-debar menunggu keputusan PMRnya selepas Christmas...

...tu pun sejak sekolah rendah saya sentiasa galakkan mengikuti program motivasi/perkhemahan di sekolah ; dan semasa cuti sekolah selepas Tingkatan dua saya daftarkan dia masuk ke Progam AMPAC di Bandar BaruBangi( Anak Syarikat Alzahra)... untuk tempoh 6 bulan hingga dapat sijil... Dalam program ini didedahkan kepada yang 7 kemahiran:
1. Public Speaking, 2Celik IT,3 Celik matematik, 4B.Inggeris 5. Keusahawanan 6. Seni Mempertahankan diri ( AIKIDO) 7. Bijak Minda ( Main Chess)..
Mereka selalau dibawa ke kem Perkhemahan di PD , Sg Tekali..termasuk Universti Angkatan Tentera (ATMA)..
..memang hasilnya lumayan.. berbaloi di atas investmen saya ni..
Nampaknya .. Sifat kepimpinan lebih menyerlah .. Lebih yakin diri , berani bersuara .. kalau senyum sok mo saje (anak saya ni pun reserved juga) dan ... semuda tu dah dapat banyak pengalaman hidup berharga..sbb baru PMR..

Itulah harapan saya sebagai ibu ... bagi saya anak-anak adalah aset yang tiada bernilai untuk keluarga.. bangsa dan negara... Alhamdulillah setakat ni semunya kelihatan berjalan baik dan lancar ..apa yang berlaku dalam kehidupan anak-anak saya ni ...dan akan berterusan.. Insyaallah..
....TQ Allah again.. atas semua anugerahnya ini.

Salam berhenti. Jumpa lagi..

Al-HIDAYAH - Teman muhasabah diri

Al-HIDAYAH - teman muhasabah diri
Sabtu; 6.12.2008
Segmen Basirah : Engkar dan Taat
Oleh : Ust. Hafizah T

Allah membawa perumpaan 2 golongan manusia

1. Yang taat pada Allah
2. Yang ingkar kepada Allah


"Sesungguhnya hati manusia mudah berubah-ubah spt gelodak api"
Hati manusia dibawah dua jari Allah - mudah
Tiada jaminan dia terus dilandasan yang benar
Sentiasa saling beringat-ingat ke arah ketaatan
Di dalam jiwa manusia ada 2 kumpulan bisikan :
1. Bisikan malaikat , selalu suruh ke arah kebaikan dan jalan yang benar.. Allah memberi
hidayah.. memberi ketenangan
2. Bisikan syaitan , selalu cuba menghalang buat baik..dan menggalakkan membuat perkara
yang mungkar
Rumusan : Setiap ketaatan , sentiasa berisyghfar... sentiasa mengingati Allah dan minta ampun
padanya.. sentiasa bersih hati..Elak melakukan perkara mungkar
Segmen Doa dan Amalan
Oleh : Ustaz jazlan Mohammad , seorang pendakwah
Doa ketika hujan lebat
Hujan itu rahmat,
"Ya Allah ya Tuhan ku , aku mohon kebaikan hujan , ribut, angin dan kebaikan isi dan misinya
dan
"Ya Allah aku berlindung dari kejahatan hujan, ribut , angin taufan dan dari segala isi dan
misinya.

Soalan : Bolehkah seorang wanita bersolat Jumaat dan apa hukumnya?

Nik Salida Safiah


Kewajipan
1.Orang Islan ..2. Lelaki.. Merdeka...Mesti baligh...mesti berkemampuan

Hak yang wajib

1. Hamba
2. Perempuan
3. Kanak-kanak
4. Kanak-kanak

Hukumnya : Harus.. Kalau buat tak dikeji.. boleh ikut berjemaah bersama kaum lelaki tak perlu sembahyang zohor lagi ...


Kepercayaan pada Tuhan wujud sejak dulu lagi
Kepercayaan kepada Allah tiada jaminan .. kita yang menentukan ketaatan terhadapnya...

Thursday, December 4, 2008

MOTIVASI PAGI - LAMAN NURANI

MOTIVASI PAGI
oleh Mohammad Jazlan Abdullah

tajuk : Kaya Jiwa

1. Sentisa bertawakal keapda Allah
2. Redha dengan segala ketentuannya
3. Sabar dan tenang dalan menghadapi segala ujiannya.
4. Yakin akan segala yang berlaku ada hikmahnya


P.s. Dalam menempuh hidup ini, kita hendaklah sentiasa bersifat redha dan tawakkal.. dan setiap kejadian atau musibah yang menimpa ..pasti ada hikmahnya.. krn. Allah Maha mengasih dan Penyayang.. dia sentiasa berdamping pada orang yang sabar di atas Ujiannya..

Kita jangan terlalu mengharap di atas segala keinginan kita akan dipenuhi.. Allah tak beri semua yang kita inginkan... Kita diuji...sakit, susah, kehilangan,... maka bersabarlah di atas ujiannya ini... sentiasa redha dan tawakkal...Kemenangan berpihak pada orang yang sabar..



LAMAN NURANI
oleh Dato Hassan Din Alhafiz


Siafat tawadhuq

Tawadhuk beerti merendah diri ,iatu sifat mahmudah , sifat terpuji .. sifat nnnabi berlawanan dengan sifat takabur..sifat besar diri.. sifat angkuh..

Dalam solat... melatih diri supaya sentiasa merendah diri

Allah jadikan manusia secantik-cantik kejadian... dan sentiasa bersyukur atas anugerahnya


Cerita mengenai ...Allah perintah iblis untuk sujud pada Adam..

Iblis enggan kerana dia di jadikan dari api .. adam dari tanah.... dia lebih hebat dari Adam
- betapa takburnya Iblis


Kita mempunyai kelemahan...mudah bersifat takabur

Solat jumaah..rukuk...punggung separas,
Sujud..letak kepala di lantai..separas tapak kaki..

Sifat Tawadhak .. ia merupakan sifat mahmudah..sifat terpuji.. sifat rendah diri.. sifat yang amat dihormati.. sifat yang disenangi .. secara automatik akan hilang rasa takabur , angkuh, sombong

Hanya org yg memahami asal usul nya .... akan sentisa rasa rendah diri.. jika ada kelebihan.. baginya adalah anugerah allah


Tanda-tanda orang yang bersifat tawadhuq

1.Suka beri makan pada org lain.. suka berkongsi rezeki
2.Orang yang sanggup memulakan ucapan salam dahulu

Dapat dilihat dari tutur kata , tindak tanduk.. tiada sifat angkuh, besar diri
Penampilan diri...
Cakap tak meninggi.. tak megah denagn kelebihan diri
Nada suara yang lembut ..cakap halus..


Sehebat manusia ,
Akhirnya kita akan masuk ke liang lahad ..kita balik ke asal....


Respons saya :

Memang jelas akebenarannya... jika kita sentiasa amalkan sifat tawadhuk dalam kehidupan seharian.. sentiasa bersifat low profile.. dan syum selalau ..senyum sokmo ..kita akan sentisa dihormati dan disenagi orang..

Kita mesti selalu insaf betapa hebatnya kita... Allah tetap yang paling hebat..

Wassalam.Sifu Bio.

Wednesday, December 3, 2008

MOTIVASI PAGI - LAMAN NURANI

Khamis 4.11.2008

oleh: Ust Mohd Yusuf Zawawi
Tajuk : Berdoa bukan seranah


Sifat marah adalh sifat kemanusiaan yang semulajadi..
tapi kenalah marah bertempat..marah yang terkawal.. jangan ikut nafsu syaitan..

Lidah sgt kecil tapi akibatnya besar

Marah boleh menyebabkan tak boleh kawal cakap iaitu Kawal hati

1. Orang bodoh tak boleh kawal marahnya
2. Jangan marah tak bertempat

Nabi kata:..
Orang yang Kuat sebenarnya yang boleh kawal dirinya bila marah

Bila marah
Caraa fizikal keadaan macam ni :
mata merah
darah naik tinggi dan muka naik merah
muka naik kuning
muka naik pecat
Sebab santan pulut binasa
Sebab mulut badan binasa
Bila marah ubah kedudukan ..
dari duduk ke berdiri
Marah...
1. Jenis dayus macam himar
2. Marah kerana berani untuk mmpertahankan
Marah sehingga menyebbkan kekufuran
Kenapa marah
1. Rasaombong
2. Nak tunjuk hebat .. bergurau senda
3, jangan mengejek.. guna
4. Menghina
5. Mungkir janji
6. Tamak berebut harta
Akibat marah
1. Dendam kesumat ..melahirkan hasad dengki
2. Di bawa ke bawa memutuskan silaturahim ..keluarga .. kawan-kawan
3. Keturunan tak nak memaafkan..
sedangkan nabi mafkan umatnya
Petua untuk merawat marah yang
1.Alhiklma ...ingat kelebihan . Fikirkan nas-nas yang berkaitan dengan sabar
2 Betapa buruk rupa orang marah
Cara amali
1. Minta lindung dari syaitan
2. Doa menghindar marah...
3. Ambil wuduk dengan air sejuk .. kalau
4. Kalau marah guna perkataan berlawanan
5. Kalau marah guna perkataan positif..
Makalah hendaklah :Jaga kata ..Jaga hati
Wasaalam dari penceramah.
Respons sifu : Pun begitu..manusia biasa... tapi kalau saya sangat marah ... saya akan bpergi bawa diri ..keluar rumah.. dah tenang pasti balik
Setahu saya ni jenis yang susah nak marah .. sebab kalau saya tak puas hati dengan perkara saya akn luahkan terus kepada yang ada di sekeliling saya.. saya luahkan berulangkali pada rakan guru yang dapat respons nak mendengar.. thanks kpd mereka mejadi pendengar yang setia... dsn ksdgksls says cakap terus dengan org yg saya marah .. tapi cara berbincang.. ada pernah kalau marah surat.. saya tulis surat cinta dituju orang yg dimarah... itu cara zaya.. atau tulis..tulis.. dan keronyok masuk ke dalam tong sampah..
Of course ... jika dalam keadaan terkawal ... ambil air sembanhyan.. dan sebut banyak nama Allah... memang paling mujarab untuk atasi perasaan amarah ini.
Setuju...komen anda..
LAMAN NURANI
masa 6.00 pgi
Oleh Ustazah Salbiah Omar
Tajuk ada sifat cemburu
Tak masuk syurga jika tidak cemburu
tapi CEMBURU CELIK .. bukan Cemburu Buta
1. Perlu ada sifat untuk bersaing dengan kebaikan
Tak perlu cemburu sesama manusia
Yang paling cantik ialah Orang yang Bertaqwa..
Jangan berkira .. Yang suka meberi kebaikan mestilah pulangannya berganda-ganda
Semua orang ada kelebihan masing-masing.. jangan buat sama denagan orang lain.
2 + 2 = 4 , 2+ 1 +1 = 4 ; 3 + 1 =4......; 1+1+1+1 = 4
Kalau tiada rasa cemburu ... keluarga akan musnah... huru hara masyarakat
dlam adik beradik ...
Kita kena cemburu pada orang alim .. orang berilmu.. otrang cemerlang
Tak cemburu membuat kebaikan dan amal..
Beradap kasih mengikut adap Rasaulullah... lebih selamat
Imfak apa yang dimiliki yang disayangi untuk mambantu Rasulullah dalam
... peluang untuk masuk syurga..
Saidina Abu bakr bagi semua hartanya.. Mereka berlumba-lumba membuat kebaikan..
bersaskan ilmu... berasaskan iman..
Orang yan Berilmu yang boleh hidup harmoni..boleh hidup sejahtera di dinia dan akhirat.
Wassalam dari Ustazah Salbiah..
Komen saya : Memang kita perlu cemburu.. spt saya katakan dulu saya ingin berjaya, boleh ... Orang lain boleh buat .. saya juga boleh insyallah..
Memang .. sebabkan sifat cenburu uuntuk lebih cemerlang ... saya guna tiket SPM untuk Ke ITM kemudian ke UKM (Zoologi) dan ambil Diploma Pendidikan... jadilah saya guru .. Guru Biologi.. dah 24 tahun rupanya saya jadi sifu .. Syukur Alhamdulillah...
Sebab Cemburu positif inilah ... Hidup saya telah banyak berubah dari seorang Anak Miskin.. kini Jadi Guru yang Berjaya...
Oleh itu sentiasalah anda mempunyai perasaan cemburu yang positif bagi meningkatkan potensi diri..
" Saya boleh... Anda Pasti Lebih Boleh"..
.... Yg penting sanggup berjuang tanpa jemu dalam mendapatkan ilmu.
Prinsip hidup saya yang saya sentiasa pegang : Jangan lepas apa saje peluang yang datang... pengalaman yang macam-macam dalam pencarian ilmu ..
Berusaha..Berusaha...Berusaha dan bertawakkal.. The rest let Allah decides...Insyallah.
Salam dari sifu Bio.

Tuesday, December 2, 2008

MOTIVASI PAGI - LAMAN NURANI

MOTIVASI PAGI bersama... Dr. Fadillah kamsah
(Tarikh : 3.12.2008 ; 5.30 pg )

Tip-tip bagaimana untuk membantu anak belajar / membentuk anak untuk berjaya


Anak-anak yang nakal waktu kecil

Langkah.

1.Bentuk persekitaran/suasana kondusif untuk belajarberjaya..
2. Warna di rumah / kenalpasti warna kegemaran anak mempengaruhi sikap
Hijau - ketenangan dan damai
Kuning - ceria
Asbab warna menjadi kondusif , tenang kreatif, damai
3.Suasana yang kemas , tenang akan rangsang belajar dgn berkesan
4. Nisbah unggul untuk pendidikan iaitu 80 :20) : dimana ibu bapa menggunakan
kaedah 80% memberi kasih sayang , cara bersantai ; 20% disiplin.. beri teguran, tegas jika
engkar..
5. Ibu bapa yang sanggup berkorban setakat kemampuan, impak positif ..anak akan belajar
bersungguh-sungguh.. akan di hormati oleh anak dan juga guru. anak anak akan bahagia dan
bersyukur .. natijah pasti cemerlang

Letak pokok kecil di meja anak ..keluar oksigen.
Munafaatkaan suria cahaya ... akan bawa tenaga

6. Menjaga pemakanan yang betul ketika belajar .. beri supplemen .. makanan kalau
boleh seimbang

Orang Cina - tahu
Orang Jawa - tempe

7. Hubungan rapat antara guru dan ibu bapa .. prestasi anak akan meningkat
8. Nasihat anak dengan rakan-rakan sambil bercerita
9. Semua berdoaIbu bapa berdoa , buat sembayang hajat sepanjang masa
10. Beri ganjaran bila anak cemerlang

Alhamdillah ..saya pun sendiri banyak mengamalkan perkara di atas...

Dalam mendidik anak saya mengamalkan sikap lasser faire ... memberi kebebasan tetapi berbatas.. dan sentiasa memberi sokongan apa saje untuk anak belajar.

Alhamdilillah .. saya nampak kebanyakan ibu bapa di Bandar Baru Bangi ini amat prihatin tentang pendidikan anak-anak masing-masing.

Alhamdulillah .. hasilnya lumayan... kebanyakan anak-anak di tempat kami ini cemerlang dalam pelajaran.. termasuk anak-anak murid saya sendiri .. produk dari di SMK Sg Pelek, SMK Yu Hua Kajang dan of course produk SMK Jalan 3 sendiri.. berada merata rata di Malaysia dan seluruh dunia .. Mesir , Jordan, Russia, Germany , Korea , UK , US .....sungguh membanggakan gurunya.. Guru Biologi yang mendidik mereka..

Mungkin salah satu rahsia kejayaan anak-anak murid saya ni ... kami amat rapat .. ini bermakna fakta hubungan mesra antara guru murid amat penting and of course fakta sikap pelajar dan sokongan ibu bapa mereka dan hubungan guru ibu bapa memang sangat penting.

Sebab tu lah saya tetap nak jadi Guru Biasa (Guru Biologi) kerana akan dapat terasa kepuasan dari hasil peluh jerih kita.


Slot LAMAN NURANI
(masa 6.00 pagi)

DR FATMA ALZAHRA - salah seorang pendakwah popular

bersembang-sembang tentang "MALU"

"Satu dari cabang iman kita ialah MALU"
Malu kena bertempat ... jangan cakap bukan-bukan.. cara tegur lemah lembut
Jika Allah buang sifat Malu ... ia akan menjadi manusia membenci dan dibenci orang ... maka tiada amanah .. sudah khianat kat orang .. tiada rahmah .. hati mati .. yang memerintah hatinya adalah syaitan ... sudah tak ada Islam.. segala sifat kemungkaran akan membawa kemungkaran dan kemusnahan hidupnya. Muslim
Maka perlu ada sifat MALU mesti ada... buat tu dan ini ...Allah nampak kamu.. Malu pada Allah ,
Malaikat , Malu pad amanusi
IMAN dan MALU mesti seiring .. Malu tiada .. tiada iman ..tiada Isalam
Amanah terhdap diri amat penting dijaga ..maka hendaklah sentiasa jaga sifat MALU dlm diri
Keburukan.. jangan cakap yang bukan-bukan.. mempamerkan sifat malu..
Respons kpd tajuk di atas:
Sifat malu memelihara kita daripad membuat sesuatu yang tidak baik terutama dalam menenpuh kehidupan kita seharian.
Seingat saya .. semasa zaman persekolahan saya ... susah nak dengar suara saya.. mungkin malu kut.. tapi saya saya ini jenis ligat buat tu dan ni di sekolah.. termasuk menjadi wakil Sekolah untuk pasukan Hoki... mungkin sifat rendah diri saya yang tebal.. menyebabkan saya tak banyak bersuara.. suka bersendirian tapi berkawan denag semua... tapi setelah masuk ke dunia luar spersekolahan barulah saya keluar dari kepompong rasa malu ni.. saya menjadi lebih berani untuk bersuara , beri pendapat... dan peliknya kini saya seorang guru.. yang perlu berhadapan denagan orang ramai selalu..
Saya pernah diajak untuk bekerja di kelab malam.. saya tak mahu.. dan cakap pd diri saya ..saya tak akan jejak tempat sedemikian.Malu pada Allah.
Tapi saya tak malu untuk kerja dikilang sabun, minyak.. RM8.00/hari pendapatan.. kerja RM1.oo/jam di SRM.. tak kisah apa kerja asalkan halal.. Tak patut MALUkan untuk dapat rezeki yang halalkan...
Maka .. MALU itu penting sebagai sebahagian langkah untuk mendapat satu kejayaan... ia umpama perisai yang memelihara diri dari kita tersilap langkah.. betul tak..
Komen anda (jika ada): ...
Salam ukhwah dari saya.

Monday, December 1, 2008

Motivasi Pagi Bersama...

Dengan Pakar Motivasi Pendidikan, Dr. Tengku Asmadi Tg.
Tarikh: 2 Dis.; Hari. Selasa ; Masa : 5.30 pgi;

Bertajuk : " BERUSAHA "


1. Berusaha secara istiqamah , secara berterusan ..
- berusaha bersungguh-sungguh/buat apa saje dengan gigih ....akan terbongkarlah segala
potensi yang ada dalam diri..kelebihan ,bakat , peluang yang selama tidak sedar ada dalam
diri , tersembunyi dalam diri rupanya... tak sangka aku ada bakat jadi pelukis... kerana selama ini memang dok minat lukisan orang... kena cuba nanti.. bakat ini kena cungkil keluar.. krn 2 anak saya hebat melukis .. satu cabaran juga kan..

" Jangan Hangat-hangat Tahi Ayam " ... Bukan melihat air mengalir deras dalam tempoh

2. Berusaha.. kenapasti kekurangan-kekurangan

Jangan berputus asa dari rahmat Allah ... cerita seorang bapa yang berkorban apa saje untuk mengubati anaknya yang mengidap ekzema ...merata dia mencari ... tapi mencari segal punca... apabila berusaha adalah hak kita .. keputusannya adalah hak tuhan..

Jangan sampai menzalimi diri sendiri... kes bunuh diri pelajar kerana gagal..jadikan iktibar!

Kegagalan berlaku kerana kita berhenti berusaha..

Kita belum dapat ... dalam usaha kita

Peristiwa-peristiwa pahit yang terdapat disekeliling kita . spt kehilangan adik shazlin dan lain-lain penganiayaan sebagai satu iktibar / pengajaran untuk jaga keselematan keluarga.

Apa yang menghalang untuk berusaha

1. Sikap kita ....yang mudah mengalah, ....sentiasa bersikap positif

Apabila kita mengejar kejayaan tiada siapa yang boleh menghalang, kecuali diri sendiri... Apabila kita mengejar kegagalan ... ramai yang akan menghalang kan...

2. Cerita kegagalan orang lain - akan terhalang.. kena kaji kenapa dia gagal

3. Apabila kita berusaha kita mudah kepenatan ...

Umpama naik bukit tinggi ....

Bila dah penat usaha gigih ....kita berhenti .... kerana kehilangan FOKUS

Doa /Minta pada Tuhan ... barulah kita Bertwakkal...


Impak pada diri sendiri : Nak kongsi pengalaman..


Ini sangat benar dalam kehidupan saya sendiri... saya lalui sendiri jerih perih , onak duri untuk mendapat kejayaan sekarang..

Ingat..Tiada Jalan Singkat untu Mencapai kejayaan.
Tanpa sokongan dari keluarga sepenuhnya (ibu bapa bercerai..) berbekalkan semagat juang yang saya terus mengorak langkah.. meniti setiap jambatang .. menaiki tangga satu langkah demi langkah tanpa rasa bosan dan jemu...

Enjoy di atas setiap perkara yang dilakukan...pasti dengan penuh
keikhlasan ..

Saya selalu menanam dalam diri saya ; " Aku pun nak berjaya macam orang lain juga.. Orang lain berjaya .. aku pun nak berjaya "... walaupun kurang mendapat restu ... maklumlah hidup susah ... saya mesti kerja selepas SPM.. tapi hati saya sambut dengan...aku akan terus berusaha untuk berjaya seperti orang lain juga... Aku Boleh dan mesti lakukan. Tanam dalam-dalam dalam hati saya.

TQ Allah.. krn sentiasa membimbing saya dan memberikan kelebihan suka dan seronok membaca.. walaupun zaman tu (1960an) bahan bacaan tak banyak .. tapi saya kemaruk suka membaca..pergi mana- mana mesti ada bekalan bahan bacaan .. tak kisah buku apa .. termasuk komik-komik favourite saya..SUPERMAN..BATMAN & ROBIN, SPIDERMAN.. BLONDIE..dan paling best Siri TARZAN !..

Buku Dongeng / Fairy Tales sampai hafal .. sebab tu sinentron sekarang saya tidak ketinggalan dan mengikut dengan setia program SINETRON tersebut... bagi orang crita mengarut.. bagi saya satu lihat dari aspek iktibar dan beri pendidikan ... kerana Hukum Karma akan tetap berlaku..

" Yang Baik tetap akan mendapat balasan yang Baik... Yang Jahat pasti Mendapat Pembalasan yang setimpal di ata s Perbuatan yang jahat dan aniaya"

... and live happily ever after.. ungkapan popular Cerita dongeng tiada... walaupun realiti mengkin lebih teruk .. Kut

Yang Pasti .. Allah is always there for hambanya yang sabar dan tabah dengan
Ujiannya...

Perkara yang saya tak boleh lupakan ketika saya darjah enam dulu... saya digelar sebagai Walking Dictionary .. semasa kelas bahasa inggeris .. apataknya Cg B. Inggeris tersebut (tak nak lah sebut namanya..sensitif)... mesti tanya untk maksud perkataan dalam B. Melayu... mungkin saya aktif menyampuk beri jawapan .. jadi dilantik secara tak resmi... Mungkin cara kebetulan hobi saya suka membaca dan menghafal semua perkataan yang ada dalam Kamus tak canggih zaman dulu.. janganlah bandingkan dengan Kamus Dewan yang terkini... pengsan baca... tupun Kamus Dewan untu mendapat info fauna secara fokus... mungkin bercadang menghasilkan e book berkaitan semua tumbuan yang ada A-Z .. dalam proses perlaksanaan..

Seingat saya semasa sekolah menengah ASSUNTA dulu , masa tingkatan Satu... semua buku cerita / novel habis saya baca... maka kenallah sayaUSMAN AWANG, A.SAMAD SAID..SHAHNON AHMAD , KHADIJAH HASHIM dan beberapa penulis Indonesia.. mungkin hasil natijahnya .. sangat berbaloi... saya pelajar tunggal yang dapat BM A1... sebab ramai gagal krana BM ketika baru bertukar format.. Alhamdulillah.. (SPM 1972)

Ketika SPM result keluar ... saya lompat ditengah jalan berpelukan dengan kawan-kawan... apataknya ..dapat Gred satu dengan agregat yang baik ... yang melayakkan saya ambil sains.. apataknya Matematik yang tak pernah saya lulus ketika sekolah.. dapat C4.. Aduh..

Alhamdullah sangat.. Result SPM saya taklah sehebat pelajar sekarang( 10A1)... dulu tak ada buku rujukan yang melambak di pasaran sekarang... pelajar patut manafaat sepenuhnya yng ada... saya dulu nak dapakkan soalan past years saje ( 10 yr series) tanpa jawapan.. kena menjelajah semua buku kedai di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya... Bayangkan keadaan kami belajar tanpa tusyen.. tanpa apa yg menyokong saya... saya struggle.. Hasilnya lumayn cukup tu menjadi tiket keITM (Institut Teknologi Mara) mengambil course berkaiatan bidang saya minat , Biologi.. " Animal Health & Production ".. 1973 hingga 1977...


Wassalam untuk hari ni...saya tangguh dulu... sambung lain kali ya..