Berbagai
ungkapan bahasa Inggris tentang perubahan suasana hati umum melibatkan
penyebutan warna seperti: I’m having the blues atau I am seeing red
right now!
Banyak yang tidak menyadari betapa warna memiliki peran besar sehingga ekspresi perasaan bisa diwakili oleh mereka.
Warna memiliki energi tertentu di dalamnya, semacam kemampuan untuk menentukan perasaan kita.
Berdasarkan
hal tersebut, terapi warna (chromotherapy) telah lazim dilakukan
masyarakat sejak zaman dahulu untuk memperbaiki suasana hati.
Warna pakaian atau bahkan dinding rumah bisa mengatakan banyak tentang kepribadian seseorang.
Lihatlah pelangi dan pikirkan bagaimana perasaan Anda tentang masing-masing warna.
Setiap warna kemungkinan akan membangkitkan emosi yang berbeda dalam diri Anda.
Warna
mempengaruhi bagaimana kita merasa dan juga terkait dengan banyak
emosi. Terapi warna mendasarkan dirinya pada keyakinan bahwa warna juga
memiliki sifat penyembuhan.
Penggunaan warna sebagai terapi telah
mulai dilakukan sejak jaman Mesir kuno. Mereka menggunakan warna yang
berbeda untuk memperoleh efek yang diinginkan.
Di era modern, awal tahun 1900-an merupakan masa popularitas uji warna Max Luescher.
Namun, terapi warna masih termasuk kategori pseudosains dengan hasil yang masih diragukan.
Hanya
saja, terdapat banyak orang masih menjalaninya dan menggunakan
prinsip-prinsip terapi warna untuk membawa perubahan positif dalam hidup
mereka.
Berikut adalah daftar berbagai warna dan signifikansi mereka dalam terapi ini:
Warna ini dikenal mewakili kekuatan dan kreativitas.
Merah melambangkan kekuatan dan juga membawa kehangatan pada sekitar.
Merah dikenal mampu merangsang otak dan meningkatkan percaya diri seseorang.
Keseimbangan yang tepat atas warna merah berguna untuk membuat kita merasa ceria pada hari yang suram!
Hijau diketahui memiliki efek menenangkan dan membantu membawa perasaan rileks serta rasa harmoni.
Warna ini sering digunakan pada interior karena efek menenangkan yang dimilikinya.
Orang yang suka memakai warna hijau menunjukkan sifat petualang dalam dirinya.
Warna ini terkait dengan perasaan bahagia dan percaya diri serta memiliki efek energi nyata pada seseorang.
Namun,
orange harus digunakan secara moderat karena seperti warna merah,
cenderung membuat seseorang merasa terlalu gelisah jika terlalu
berlebihan.
Kecerahan dari warna
kuning mampu membawa kejernihan berpikir. Warna ini juga dianggap
memberi energi serta merangsang nafsu makan.
Jika Anda cenderung
memiliki banyak warna kuning dalam lemari pakaian, hal ini menjadi
indikator keterampilan komunikasi yang sangat baik.
Namun, jangan gunakan warna kuning pada dinding karena bisa memicu perasaan stres.
Biru
melambangkan pengetahuan dan dikenal memiliki efek menenangkan. Ketika
digunakan secara moderat, biru mampu menenangkan dan juga meningkatkan
komunikasi antara orang-orang.
Warna ini dikaitkan dengan energi imajinatif serta membantu sisi spiritual.
Indigo lazim digunakan untuk menenangkan seseorang serta sebagai cara untuk menginduksi tidur.
Warna ini dikenal membantu membangun kekuatan batin serta merupakan simbolisme dari kreativitas dalam diri seseorang.
Violet masuk dalam kategori warna dingin sehingga mampu mengurangi orang yang mengalami stres di tempat kerja.[]
Terapi Getaran Warna (CVT) mengkaji dan menemui 4 unsur sebagai rahsia
alam yang paling besar atau dominan dan menyesuaikan dengan diri manusia
sebagai pengimbang secara keseluruhan iaitu:-
• Angin - sebagai rahsia Nitrogen (Warna diri putih)
• Api - sebagai rahsia Oksigen (Warna diri merah jambu)
• Air - sebagai rahsia Hidrogen (Warna diri hijau)
• Tanah - sebagai rahsia Karbon (Warna diri biru)
Carta Warna Diri
Setiap
manusia memegang satu daripada rahsia di atas sebagai kekuatan tenaga
yang melengkapkan kejadian alam. Ia disebut “Level”(Tahap) atau “Warna”
diri.
CVT juga menemukan rahsia tenaga bunga-bungaan, garam dan
ais yang berperanan besar dalam keseimbangan alam semesta termasuk
manusia.
CVT dengan terapi getaran warna adalah menyingkap
berbagai rahsia cahaya dan bunyi. Dua unsur cahaya iaitu bulan dan
matahari amat banyak menemukan jawapan berbagai persoalan yang relevan
dengan tenaga yang kita miliki. Unsur atom dalam cahaya dapat
mengaktifkan sel-sel tubuh dengan cara meneutralkan gelombang
elektromagnetik dan elektrokimia yang tercemar daripada berbagai radiasi
dan keracunan.
CVT dalam rawatannya menangani penyakit adalah
dengan mengenali warna dalam perspektif penyakit. Ragam, perangai,
tingkah laku, cara berfikir, perasaan, semangat, perlakuan dan tindak
tanduk setiap individu berkait rapat dengan inspirasi warna. Umpamanya
ramai yang menyukai warna-warna tertentu sebagai warna kegemaran tetapi
tanpa disedari itulah lambang kelemahan tenaga yang sedang dilaluinya.
Dimensi Aura Menurut Definisi CVT
Aura
ataupun digelar juga sebagai gelombang elektromagnetik, jaluran tenaga
atau wap-wap air dalam warna-warna pelangi yang diserap dan tidak
kelihatan dalam cahaya nampak tetapi sebenarnya ia wujud di persekitaran
tubuh manusia, haiwan dan tumbuhan yang hidup.
Aura berbentuk
seperti sebuah telur raksasa. Aura adalah sebuah medan energy atau
tenaga yang hidup. Setiap sel berbeza tenaga atau frekuensinya untuk
membentuk organ-organ yang berlainan dengan fungsi yang berlainan juga.
Sel-sel itu mempunyai tugas masing-masing. Organ hanya berfungsi
sebagai satu alat yang membentuk sistem seperti ginjal, perut, pankreas
dan sebagainya. Namun demikian, yang menggerakkan tenaga (daya hidup)
sistem tubuh ialah kerja-kerja sel yang dikawal oleh kelajuan cahaya
pelbagai warna dengan frekuensi tertentu.
Aura adalah gelombang cahaya yang mengandungi medan elektrik yang mempunyai gerakan tegak dan lurus terhadap rambatan gelombang.
Walau
bagaimanapun gerakan cahaya aura ini tidak tetap dan sering
berubah-ubah mengikut keadaan fizikal, suhu tubuh, psikologi, tenaga dan
pemakanan seseorang. Keadaan ini menyebabkan cahaya dalaman diri
seseorang berkemungkinan menjadi tidak stabil atau tidak terkutub lalu
mengubah keadaan auranya.
Untuk mendapat imej aura yang bermutu
tinggi, gerakan dalam sembahyang menerusi rahsia berdiri tegak dan
gerakan rukun yang lain akan memerangkap cahaya daripada gelombang yang
bergerak dan terpancar di dalam satu garisan lurus melalui tulang
belakang. Justeru ibadah sembahyang atau solat di dalam Islam yang
dipelihara rukun menurut kedudukan tegak dan lurus pada sudut-sudut yang
tepat (contohnya ketika rukuk) amat relevan dengan kajian dan
pendedahan dimensi aura sebagai salah satu juzuk atau elemen cahaya yang
mengisi ruang alam semesta. Inilah sedikit rahsia atau hikmah ibadah
yang amat bernilai kepada manusia yang menghayatinya.
Wap-Wap Air Dan Cahaya Terang-Benderang
Hukum
cahaya terang-benderang di dalam alam bumi ini berbanding dengan
planet-planet lain sebenarnya terletak di dalam rahsia kandungan air
(laut) yang memiliki unsur oksigen, nitrogen, hidrogen dan karbon
dioksida. Unsur-unsur ini sebenarnya terdapat dalam pusingan lengkap
tubuh manusia yang dicipta daripada air dan tanah.
Wap-wap air
atau aura di persekitaran tubuh manusia yang cantik, terang dan
bercahaya adalah seumpama kejadian pelangi yang cantik sebagai
menggambarkan tubuh manusia yang sejuk di sebelah luar dan panas di
bahagian dalamnya sebagai tanda aura atau warna-warna keceriaan. Akan
tetapi aura-aura atau pelangi yang malap tidak bercahaya dan pudar
bermakna air di luar tubuh bertukar menjadi panas manakala suhu darah
bertukar menjadi sejuk. Itu adalah tanda kesihatan yang kurang baik.
Kesan semula jadinya didapati suhu tulang turut bertukar menjadi panas.
Sistem
suhu mengikut lapisannya yang normal, sepatutnya darah bersifat panas
dan tulang bersifat sejuk. Aura di bahagian luar tubuh juga harus dalam
keadaan sejuk untuk menggetarkan pusingan elektron mengikut landasannya
yang tepat.
Kesan Psikologi dan Ketidakseimbangan Aura
Untuk
melihat sendiri bagaimana rupanya aura diri atau seseorang, salah satu
kaedah moden ialah melalui penggunaan kamera aura yang digunakan oleh
mereka yang menggunakannya secara komersial iaitu pengusaha kedai-kedai
kristal namun, komen atau hasil laporan yang dikemukakan tidak menepati
maksud yang lebih jelas dan konkrit, atau hanya untuk mendapatkan
keuntungan material. Justeru anda dinasihatkan untuk hanya mengambil
gambar aura diri anda dan dapatkan komen daripada mereka yang
benar-benar pakar dan memahami khususnya dalam penerangan secara
Islamik. Biarpun begitu, terpulanglah kepada anda untuk melihat aura
diri anda atau memahaminya menerusi penjelasan di ruangan ini.
Dalam
CVT sekiranya warna aura kelihatan terlalu banyak pada diri seseorang,
itu bermakna organ-organ dalamannya sedang mengalami kebocoran tenaga
atau mengalami penyakit. Ini amat bertentangan dengan pendapat golongan
atau kumpulan lain yang menjelaskan aura menurut definisi mereka
sendiri, atau mungkin menurut kajian di dalam ruang keagamaan
masing-masing.
Di dalam Islam, setiap diri manusia merupakan
kumpulan cahaya atau 'nur' yang memiliki ukuran gelombang tersendiri
yang dizahirkan sebagai watak, tingkahlaku, perangai dan psikologi
dirinya. Manakala setiap psikologi itu pula bernaung pada organ-organ
tubuh kita yang tertentu. Ada di kalangan individu yang diberikan
anugerah mampu melihat aura orang lain, tetapi secara asasnya keadaan
ini bukanlah sesuatu yang normal, kerana sekiranya seseorang terlalu
kerap terlihat aura orang lain, maka yang sebenarnya ia turut mengalami
kebocoran tenaga, atau lebih mudah, berpenyakit. Haiwan adalah makhluk
pada tahap 'spiritual' yang dapat melihat aura manusia, sebahagian
daripadanya cukup cepat mengesan aura seseorang yang cukup hebat,
bertenaga, dalam kawalan diri dan sihat secara keseluruhannya.
Apabila
cahaya dalaman diri seseorang tidak stabil atau seimbang, bermakna
terdapat organ tubuh yang sedang menghadapi masalah/penyakit lalu
menghasilkan aura yang berlebihan di sekeliling tubuhnya dan memberi
kesan psikologi sepertimana berikut:-
Putih
– jika berlebihan (menyelubungi orang itu), ia bererti hilang kemahuan
diri, tiada semangat meneruskan kehidupan, lesu yang amat sangat, tiada
ketahanan diri, mudah tercemar. Ia juga tanda akan meninggal (jika
tiada warna lain selain putih). Putih seharusnya berada di luar di
bahagian atas kepala berlatarkan gelap.
Pink/Merah Jambu
– jika berlebihan bererti kesepian, sedang dilamun cinta, kerinduan
yang mendalam, trauma bercinta atau putus cinta yang meninggalkan kesan
penderitaan. Mengambil sedikit makanan yang pahit dapat membantu
mengimbangkan pink.
Violet/Ungu
– jika berlebihan bererti mempunyai nafsu makan dan tidur yang kuat.
Rahsia emosi - tahap otak. Kesunyian, bernafsu tinggi, sensitif,
perasa, murung, tidak bernasib baik, sentiasa dirundung malang, tidak
menghargai diri sendiri dan tidak fokus – mengutuk diri sendiri, boleh
jadi hancur dengan pujian.
Indigo – jika berlebihan dia berada dalam tekanan, tidak tenteram.
Biru
– jika berlebihan, cita-cita yang tidak kesampaian tetapi jika biru itu
seimbang, ia mempunyai visi yang tinggi dan luas, cita-cita yang
tinggi, mempunyai kebijaksanaan, penuh pengharapan, jauh pandangan serta
fikiran yang terbuka.
Hijau
– menandakan perasaan rendah diri keterlaluan. Amat pemalu ataupun
sebaliknya. Tidak yakin diri sendiri ataupun sebaliknya. Perasaan
berani dan penyabar tetapi apabila ia terguris perasaan, akan menjadi
pendendam, bengis serta geram.
Kuning – bekisar pada logik,
material (kebendaan). Banyak menggunakan kuasa, akal, bijak, cerdik,
berkira-kira, cermat atau terlalu boros. Jika kuning berlebihan,
orangnya penuh dengan perasaan was-was, syak wasangka, dengki khianat
atau penyakit pada hati.
Oren
– jika berlebihan, dia bersikap melulu, gelojoh, panas baran yang
cepat. Amat cepat menyesal dengan perbuatan yang lepas. Terlalu mudah
hilang pertimbangan pada diri. Suka kepada makanan masam atau langsung
tidak suka pada makanan masam. Terlalu asidik (berlebihan), kedinginan
seksual, lemah hormon seksual dan cepat klimaks. Banyak terjadi pada
wanita. Haruslah waspada dengan sikap-sikap yang negatif seperti
dinyatakan kerana jika berlarutan, ia akan memakan diri sendiri.
Merah
– warna merah yang berlebihan ruang dalaman dan atasan bererti tanda
keletihan, hilang tenaga, lemah pergerakan, cepat lenguh, kesakitan,
hilang deria sentuhan, bisa-bisa otot, saraf serta tulang. Amat berkait
rapat dengan fizikal. Berlebihan merah juga menandakan ketakutan yang
luar biasa, gemuruh, panik dan panas baran. Petanda ada masalah gout,
darah tinggi, otot, tulang, saraf dan penyakit seperti buasir.
Warna Diri
Mengenali Diri
CVT
dalam rawatannya menangani penyakit adalah dengan mengenali warna dalam
perspektif penyakit. Ragam, perangai, tingkah laku, cara berfikir,
perasaan, semangat, perlakuan dan tindak tanduk setiap individu berkait
rapat dengan inspirasi warna. Umpamanya ramai yang menyukai warna-warna
tertentu sebagai warna kegemaran tetapi tanpa disedari itulah lambang
kelemahan tenaga yang sedang dilaluinya.
Pemakaian warna-warna
kegemaran ini akan menambahpendamkan getaran warna dalaman sama ada
berlebihan atau berkurangan yang menimbulkan berbagai simptom atau
gangguan tenaga (penyakit) menjadi terlalu tinggi atau rendah. Penyakit
adalah salah satu bentuk tenaga, manakala tenaga adalah cahaya dan
cahaya itu adalah warna.
Dengan menjadikan konsep warna dalam
kehidupan anda, anda sebenarnya mengenali diri anda dan akan mula
mengenali personaliti anda. Perhatikan dengan mata hati dan minda yang
terbuka luas tentang warna dalam pengertian penyakit dan banyak lagi.
Kenalilah warna diri anda.
Anda tergolong dalam warna diri yang
mana? Adakah anda dinaungi warna Putih, Merah Jambu, Hijau atau Biru?
Warna-warna ini adalah warna luaran atau dikenali sebagai Aura yang
tidak kelihatan yang bertindak sebagai perisai halus atau benteng diri
bagi setiap individu. CVT mengkategorikan warna-warna tersebut mewakili
empat level diri manusia iaitu Level Spiritual (putih), Level Emosi
(merah jambu), Level Mental (hijau) dan Level Fizikal (biru).
Level
diri ini secara umumnya menggambarkan keadaan kekuatan dan kelemahan
diri pemiliknya. Dengan mengetahui rahsia level diri ini, kita boleh
mengenal pasti kekuatan, kelebihan diri serta kelemahan yang dialami
atau yang akan dilalui pada masa hadapan. Melaluinya juga kita dapat
mengenali sikap personaliti psikologi positif dan negatif kita dan dapat
membantu untuk mengeksploitasi kelebihan pada diri kita dan mengelakkan
penyakit yang mungkin kita alami.
Perlu dijelaskan bahawa
penyakit yang dialami adalah berpunca daripada ketidakseimbangan sel
yang berlaku di dalam sesuatu organ tubuh. Mengawal keseimbangan
kesemua sel-sel di dalam organ ini secara berkesan dapat mengelakkan
diri daripada dijangkiti penyakit.
Bagi memahami istilah di
atas, kelebihan bermaksud kekuatan yang wujud secara semulajadi dalam
diri. Kelemahan adalah penyakit yang sedang dialami atau akan dialami
pada masa hadapan sekiranya simptom awal penyakit tidak dikawal.
Sikap
personaliti psikologi (positif) adalah sifat semulajadi yang diwarisi
pada diri dan perlu dibentuk (elok dieksploitasi). Manakala sikap
negatif perlu diusahakan supaya hilang dari diri. Ini perlu kerana
sikap negatif ini adalah menjadi punca bermulanya penyakit pada diri.
Penyakit sebenarnya bermula dari tahap simptom, kemudian menjadi
penyakit minor sebelum menjadi major (kronik). Apabila ini berlaku akan
memakan masa yang agak lama untuk penyembuhan.
Carta Warna Diri
Spiritual (Warna Diri - Putih)
Anda
merupakan seorang yang amat peka dengan suasana dan bijak membaca
situasi sehingga anda mampu menjadi seorang perancang dalam pelbagai
bidang. Mempunyai keyakinan yang tinggi dan berpotensi menaikkan
semangat orang lain. Layak menjadi ketua kerana mempunyai karisma
sebagai seorang pemimpin. Cekal serta tabah dalam mengharungi
perjuangan hidup. Amat berminat dalam seni muzik. Anda sentiasa ingin
mendahului orang lain. Boleh memegang amanah.
Gaya Berfikir
Individu
bertahap spiritual bersifat mengambil bahagian dalam mana-mana
aktiviti, pemberi galakan, berkebolehan dalam memahami dan berkongsi
perasaan dengan orang lain (empati), interpersonal, idealistik dan
beremosi. Ia mempunyai tahap sensitiviti yang tinggi dan cenderung ke
arah kesenian dan kerohanian. Ia sangat bagus dalam membangunkan
sesuatu yang ideal dan merealisasikan imej-imej yang bersepadu. Mereka
juga cenderung ke arah memotivasi rakan-rakan. Mereka suka melawan
pandangan-pandangan yang konvensional dan tradisional dan lebih berminat
berfikir secara spekulatif.
Elemen - Angin;
Unsur - Nitrogen;
Sifat - Hening;
Golongan - Syariat
Emosi (Warna Diri - Merah Jambu)
Anda
merupakan seorang yang periang dan mempunyai pemikiran yang terbuka.
Anda memahami perasaan orang lain dan begitu rasional dalam membuat
sebarang keputusan yang lebih menguntungkan dan bertahan dalam jangka
masa panjang. Anda juga seorang yang matang dalam kehidupan dan
mempunyai sifat pemurah. Anda tersendiri dan meminati bidang kreatif.
Anda mempunyai kuasa membuat berbagai jenis perubahan demi perubahan
yang drastik dan berterusan.
Gaya Berfikir
Individu-individu
bertahap emosional bersifat imaginatif, inovatif, intuitif, artistik
dan berfikir berasaskan visual. Mereka sangat bagus dalam
kebolehan-kebolehan sintesis dan konseptual. Mereka juga mempunyai
pandangan yang bersepadu dan lebih komprehensif di dalam apa-apa keadaan
/ situasi dan masalah. Mereka berkebolehan dalam membuat pertimbangan,
mempunyai pandangan luas dan berfikir secara strategik. Mereka bagus
dalam mengumpul, menggabung, membanding dan menyusun semula idea-idea
yang membolehkan mereka melahirkan konsep-konsep yang unik dan dinamik.
Mereka lebih suka bekerja secara bebas, mengikuti cara mereka sendiri
berbanding melihat penyelesaian yang telah sedia ada dan sering
mengambil risiko dan memecah tradisi yang menghalang / melembabkan
kemajuan.
Elemen - Api;
Unsur - Oksigen;
Sifat - Sabar;
Golongan - Tariqat
Mental/Minda (Warna Diri - Hijau)
Anda
seorang yang kuat berfikir dan mempunyai daya ingatan yang tinggi.
Anda bijak dalam membuat analisa dan merangka objektif sesuatu gerak
kerja. Selain dari itu, anda bijak dalam membuat perkiraan dan
untung-rugi dalam jangka masa yang dekat. Dari segi pergaulan anda
mudah bergaul dengan sesiapa sahaja kerana anda seorang yang peramah
tetapi berhati-hati dengan tutur kata.
Gelongan mental yang
dikuasai oleh elemen air ini amat peka atau sensitif terhadap sesuatu
getaran luaran. Begitulah proses pembelajarannya juga begitu cepat
tetapi perlu berhati-hati dengan telatahnya yang melulu.
Gaya Berfikir
Individu
yang bertahap mental dikategorikan sebagai individu yang berfikiran
logik, analitik, rasional, objektif dan kritikal. Mereka ini amat
berbakat dalam bidang-bidang teknikal dan kuantitatif. Mereka
menggunakan keputusan yang praktikal dan mempunyai pandangan yang
empirik dan jelas terhadap sesuatu masalah dan situasi. Mereka sangat
bagus dalam mengendalikan situasi-situasi yang konkrit dan ketepatan
yang kuantitatif.
Elemen - Air;
Unsur - Hidrogen;
Sifat - Ihklas;
Golongan : Hakikat
Fizikal (Warna Diri - Biru)
Anda
seorang intelektual dan berjaya dalam akademik. Anda juga seorang yang
agresif dan mempunyai pandangan jauh dan berwawasan. Keterampilan anda
penuh gaya dan kemas serta mempunyai cita-cita tinggi dalam kerjaya dan
hidup. Anda layak menjadi ketua kerana ketegasan serta sifat
penguasaan anda. Selain dari itu anda mempunyai kebolehan fizikal yang
mengagumkan terutama bersukan serta kerja berat. Anda seorang yang kuat
bekerja.
Gaya Berfikir
Individu bertahap fizikal bersifat
praktikal, pragmatik, membuat keputusan, realistik, tersusun dan
berasaskan terperinci. Mereka mencari penyelesaian yang memenuhi
keperluan terkini, bijak dalam mengatur taktik dan suka mencari jalan
singkat untuk berjaya. Mereka sangat bagus dalam menyusun agenda dan
suka membangunkan jadual-jadual dan plan-plan tindakan. Mereka biasanya
menerima nilai-nilai konvensional dan menyediakan kestabilan dan
struktur di dalam organisasi mereka.
Elemen - Tanah;
Unsur - Karbon;
Sifat - Hening;
Golongan - Makrifat
http://bloggiler4u.blogspot.my/2008/07/mengenali-diri-seseorang-menerusi-warna.html