Monday, May 16, 2011

Hari AIDS sedunia...2011

Hari AIDS Sedunia..

Kesian mereka yang ditakdirkan hidup dengan virus HIV ini... yang paling kesian bayi- kanak-kanak yang terjebak dengan penyakit ini..

Kita yang bernasib baik terhindar daripada penyakit ini...perlu berasa amat bersyukur kerana kita bukan mangsa AIDS...

Nanti ingin nostalgia balik berkaitan dengan sejarah AIDS di Malaysia.. one day.. and the latest statistics..

Kepada Mereka yang malang ini..hadapilah ujian ini setabah mungkin..ada hikmah disebalik apa yang berlaku....memang...Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...

Adios. Wassalam. Cg Fuziah.


SELAMAT HARI GURU 2011

Selamat Hari guru buat insan bernama GURU - SIFU - TEACHER...
termasuk diri saya sendiri..sejak tahun 1984 hingga kini..CG BIO-SAINS..dah nak bersara ...2013
walaupun asalnya saya seorang veterinar...ambil kursus Diploma Animal Health & Production di ITM (1973).. tapi tak menyesal jadi cg ...kerana mendapat kepuasan sesungguhnya melihat kejayaan anak didik...

Mula mengajar di SMK Sg Pelek Sepang ..24 April 1984 - 1985.. dapat bertukar ke SMK Yu Hua Kajang hingga 1994... dan bermula episod saya sebagai perintis SMKJ3 BBB hingga sekarang....Lebih daripada 26 tahun ..seusia TV3..

Kalau nak cerita pengalaman...boleh buat sebuah buku..mungkin satu hari ..akan terbit sebuah buku berjudul.." Memoir seorang GURU ...Cg FUZIAH " .., Tunggu bersara dulu kut... Insyaallah..

Semalam.. sekolah kami menyambut Hari Guru peringkat sekolah...nanti gambar-gambar ... saya letak difacebook ya... sederhana tapi meriah.. yang penting..semua pihak terutama pelajar bersungguh-sungguh dan ikhlas meraikan kami ..warga Guru..rasa amat dihargai.. Terima Kasih ya..

Tema hari Guru : Guru Penjana Transformasi pendidikan Negara..

dan paling best dapat berita baik- buah tangan dpd PM... dinaikkan taraf Guru ke
1Guru Biasa
2Guru Kanan
3 Guru Cemerlang-
4 Guru Pendita

Anyway.. Selamat Hari Guru ... buat semua Guru di Malaysia

Wassallam. Cg Fuziah.

Sunday, May 8, 2011

La' Tahzan ...Jangan bersedih

La' Tahzan ..Jangan Bersedih

Karya Fenomenal ..Dr 'Aidh al-Qarni

..Dikatakan buku terlaris di Timur Tengah


Katanya...Buku ini untuk semua orang, yakni siapa saje yang ingin hidup bahagia!


Kutanamkan didalamnya mutiara, hingga tiba saatnya ini dapat menyinari tanpa mentari
dan berjalan di malam hari tanpa rembulan..

Kerana kedua matanya ibarat sihir dan keningnya laksana pedang buatan India..

Milik Allah-lah setiap bulu mata, leher dan kulit yang indah mempesona.


- Nukilan 'Aidh al-Qarni.


Terima kasih kepada sahabatku Mastura Abdullah kerana sudi meminjamkan buku ini...ia amat berharga buat diriku..yang sering dilanda kesedihan..Ujian Allah sepanjang hayatku...Tqvm.

Jumpa lagi. Wasallam.





Hari Ibu..

Selamat Hari Ibu buat semua wanita bergelar ibu termasuklah diriku...punya empat permata hati...

Sepanjang hari ini ..dari subuh ke malam..ku lalui...

Bermula dengan Coretan pagi ..tentang Jasa ibu dari radio IKIM..radio favourite
.. lagu Mawar Putih buat Mama.. dendangan Sharifah Aini ...bagaikan trademark.. selain dari lagu Ayah & Ibu dari Sudirman Hj Arshad ..

Ku hayati lagu Allaryarham P. Ramlee... tersasar ke U-tube untuk semua lagu IBU..nama pun Hari IBU...tetapi banyak lagu ...Lagu Kasihnya Ibu dendangan Sharifah Aini amat menusuk kalbu kan...

..Kasihnya Ibu..membawa ke syurga..Kasihh ayahnya berkorban nyawa..


Bukan apa... saje hiburkan hati sendiri..sempena Hari Ibu..sambil mengenang Ibu yang telah pergi 5 tahun yg lepas ....termasuk mak-mak saudara yang telah menyusul... dan giliranku..entah bila ya..

Itu kan lumrah hidup... Kematian itu adalah pasti... sempat juga menjengah kisah di alam kubur...sungguh menginsafkan... Subhanallah...

Amin. Yarabula'lamin. Wasallam. Jumpa lagi ya..