Saturday, May 1, 2010

HARI PEKERJA = LABOUR DAY

HARI PEKERJA =LABOUR DAY = 1 MEI 2010 ..Pembuka Tirai bulan MEI..

Tarikh keramat buat semua Insan bernama PEKERJA...

Tak kisah anda dalam profesion apa..yang penting kita telah memberi sumbangan kepada :
  • Diri-sendiri-Keluarga-Organisasi- Bangsa dan Negara-Antarabangsa..

Kita adalah ASET yang sangat berharga ..dan memang patutlah kita diberi penghargaan Cuti Umum=Hari Pekerja . Betul tak..Betul.

" Janganlah jadi PENGANGGUR TERHORMAT ( latar lagu "Aku Penganggur" dendangan Allym. Sudirman Hj Arshad..cara kebetulan berkumandang ketika sedang menulis blog ini ).

Semalam Hari Sabtu : 1 Mei 2010 - Slot Motivasi Pagi TV3- Ahmad Fitri Yahya

dimana tajuk agak catchy juga :

" Kerja Ikhlas Bersulam Berkat"

Kata Motivator Undangan tersebut (yg sempat saya catatkan) ..

Intipatinya : Apa sahaja Usaha yang dilakukan mestilah berlandaskan dua perkara asas dalam kehidupan:

1. Hardware nya : merujuk kepada JASAD yang berasal daripada TANAH

2. Softwarenya : merujuk kepada HATI ,seketul daging ,anugerah Allah..

Justeru itu..untuk Menguatkan HATI..perlu amalkan 3 perkara (JZS) berikut..

1.Jaga Solat : talian hayat Allah dgn hambanya

2. Zikrillah : Ayat-ayat CINTA dari zikir dan Al-Quran

3. Silaturrahim : hubungan erat dan ikhlas sesama insan manusia -lebarkan senyuman di mana saje anda berada

MUTIARA KATA :

" BAHAGIALAH mereka yang dapat :

  • menjadi TUAN kepada dirinya sendiri
  • menjadi PEMANDU pada nafsunya
  • menjadi NAKHODA dalam melayari bahtera hidupnya . "

Pada harikeesokannya AHAD 2 Mei..dpd MoTivasi Pagi TV3 -..masih lagi tajuk cacthy ciptaan Ahmad Fitri Yahya .. berkaitan dengan PEKERJA..

" Bila KERINGAT berbalas RINGGIT"

Intipatinya : Satu perkara lumrah dalam kehidupan kita..

  • Kita Berusaha dan dengan sendirinya kita akan dapat ganjaran dalam bentuk CASH.. itu namanya ..mencari rezeki untuk sesuap nasi..
  • Kita berusaha untuk mendapat KEPUASAN hakiki ..yg tidak dapat dinilai dengan wang ringgit..
  • Kita berusaha kalau boleh dapat semuanya..CASH dan KEPUASAN hakiki itu .tetapi dengan syarat melalui landasan yang betul , benar dan berkat..maka barulah kita boleh dapat apa yang kita inginkan..iaitu KeBAHAGIAAN yang hakiki..

Kita seharusnya proaktif..sentiasa merebut peluang untuk mencapai suatu kejayaan terutama melalui KERINGAT MINDA..gunakan Akal dengan penuh hikmah..dan waras..

Untuk mencipta Kebahagiaan kita perlu miliki 3 TI..

1. PopulariTI..cara yang berhemah dan rendah hati

2. SimpaTI...tapi berbatas..Buat baik berpada-pada ..buat jahat jangan sekali

3. KreativiTI.. dalam brbagai aspek kehidupan..supaya hidup ini senantiasa ceria dan bermakna

MUTIARA KATA :

" Esok Pasti Ada..

Tentu Esok akan memberi kepastian..jika kita Berusaha bersulamkan Keikhlasan

Beringat-ingat dalam apa jua yang difikirkan dan dilaksanakan..

Untuk mempastikan yang Esok akan tetap memberi Harapan dan Kebahagiaan hakiki. "

Catatan saya : Walaupun apapun yang kita lakukan di muka bumi ini..kita seharusnya :

  • snantiasa bersederhana...
  • senantiasa muhasabah diri..dan
  • snantiasa bersangka baik dengan Maha Pencipta dan Makhluk Ciptaannya.

Itulah sebenarnya Kebahagiaan yang Hakiki.

Hakikatnya: Kita Insan biasa..yang tak terlepas dari kelemahan diri..dan Ujian Allah. Maka Kita mest Kuat dan Tabah dlm menghadapi onak duri kehidupan ini..Betul tak..Betul.

Wassalam. Jumpa lagi