Saturday, April 17, 2010

HIDUP umpama IRAMA dan LAGU

Tajuk Motivasi Pagi TV3 hari ini oleh Ahmad Fitri Yahya dgn tamu undangan beliau...

Hidup umpama IRAMA dan LAGU
..Agak Catchy juga tajuknya..

IRAMA ...lembut , mengasyikkan,... keras, memberangsangkan..meniup semangat..

LAGU..nasyid..asli..zapin..inang... rock..yg terkini ..Lady Gaga .. apapun..I prefer Michael Jackson.. walaupun rock.. ada kelembutannya..

Bagi saya...yg penting kita menghadapi hidup ini dengan rentak irama dan lagu ciptaan naluri masing-masing...kita sendiri sebenarnya yang menentukan corak rentak irama dan lagu yg kita ingin dendangkan dalam kehidupan kita..

PUTIH bersih...
HITAM gelap...
BIRU..haru biru
KUNING ..menceriakan..

Kita sendiri masing-masing yg mencorakkan Irama dan Lagu kehidupan kita..

Semua Insan di Alam ini sentiasa ingin yang terbaik ..ceria, bahagia.. di dunia dan akhirat..
Untuk menjadi Insan yang Terbaik bukanlah mudah tau.. perlu menghadapi ranjau..onak dan duri kehidupan..Kita kan sentiasa di skrin melalui berbagai ujian kehidupan.. supaya kita akan menjadi Insan yang kuat , tabah dan Kamil..

Kitalah sendirilah yang memilih aura lagu dan irama dalam mengharungi rencah kehidupan yang hakiki..

Bagi saya..apapun keadaan.. saya tetap memilih rentak ..lagu yg iramanya sentiasa mengalunkan ketenangan dan keinsafan..moga kan jadi insan yang terbaik..tabah dan redha dengan segala ujian Allah.

Tarikh keramat - Sabtu :17 Apri1 2010

Temasya SUKAN TAHUNAN Kita....

Menghasilkan Irama dan lagu yang beraneka dan bercampur baur rasanya di kalangan warga SMKJ3 ketika itu..

Yang tinggal ceria-bangga-gembira bagi yang berjaya.. SYABAS & TAHNIAH..
Sedih dan kecewa bagi yg kurang berjaya...Jangan putus asa sih..

Itulah dikatakan rencah kehidupan ..asam garam kehidupan...

Bahagia dan bersyukur bagi mereka yang terpilih Menjadi yang terbaik
Tabah dan kuat semangat bagi mereka yang kurang bernasib baik..

Adat bertanding..ada kalah dan menangnya..walaupun ditewaskan hanya angka 1.

Yang penting Semangat Perjuangan bagi semua Pasukan Rumah...

Bagi Saya.. Semua Rumah adalah Juara ..Tiada yang tewas..sebab semua nya telah berjuang habis-habisan kan..

BIRU - BENDAHARA ..rumah saya (penolong ketua) ..berbagai ranjau kami terpaksa hadapi sebelum dinobatkan sebagai Juara keseluruhan..tempat kedua bagi Perbarisan (Maskot-Robot)..itupun macam-macam cerita terdapat semasa latihan.. bukan senang nak jadi juara..
Syabas Bagi Pasukan Rumah Biru..Syabas dan Tahniah buat bos Pn.NORAZIZAN SAPAR (sesi pagi) dan Pn. LATIFA MOHIDIN (sesi petang) ..kalian amat tabah menghadapi kerenah anak-anak buah yamg berbagai kisah..selamba aje..Syabas dan tahniah . Both of you deserve it..Berbaloi..titik peluh yang tertumpah kan..

HIJAU..MERAH dan KUNING .. bukan calang hebat komitmen yang diberikan oleh bos dan anak-anak buah masing-masing ... cuma angka nombor yang terpaksa membezakan..

Bagi saya.. kalah menang itu tidak penting.. yang penting adalah kejayaan menghasilkan suatu temasya sukan yang mantap dan profesional..nampak sungguh semangat juang yang amat tinggi di kalangan athlete... tak lupa komitmen yang tinggi masing-masing rumah memberi yang terbaik untuk Perbarisan Rumah..semuanya bersungguh memberi yang terbaik..
Yang penting Semangat KESUKANAN yang tinggi..ok

Yang bestnya tahun ini.. ada Pancaragam tentera yang diimpotkhas ole YDP En. Roslan..kehadiran mereka memeriahkan lagi temasya sukan tahun ini..

Terima Kasih Daun Keladi ..Lain tahun boleh lagi..

Yang best lagi..Tanda Terima kasih Pengetua kami, Tn.Hj Surimin terhadap kita semua ..ISNIN diistihar cuti... hooray.. bersyukur dapat rehat setelah kami bertungkus lumus esp. pada saat-saat terakhir ..irama dgn pitching terlalu tinggi dan ... alhamdulillah..satu kisah
kehidupan sekolah dah selesai...

lepas ni..Akademik SMKJ3..PMR..SPM....irama naik pitching semula..itulah salah satu irama kehidupan..yang pasti mesti dilalui oleh semua warga sekolah..

Saya ingin akhiri celoteh saya ini dengan gurindam favourite saya ni.. hayatilah Irama dan lagu dalam bait-bait yang diberikan..Nyanyi sendiri ya..

Tuai Padi antara masak.
Esok jangan layu-layuan..

Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan...

Pantun dua kerat ini pula..

Gendang gendut tali kecapi..
Kenyang perut senang hati.

Nashid ini pula..

Sepohon kayu daunya rimbun...

Selimut putih...Bila Israfil datang memanggil..

Nasyid tinggalan Ust. Azri (Rabbani)..

Semua yang ada.. bukan milik kita..
Semuanya Allah Yang Punya...


Gambar sekitar temasya ..saya akan attached pada facebook.


Sekian. Wassallam.

Tuesday, April 6, 2010

Peristiwa penting- Perkahwinan Nurul Zuriaty -Azizul Azman

Pembuka Tirai April : kronologi menerima Menantu ke 2 ..

1 April -Khamis : Hari terakhir edar kad jemputan di kejiranan
2April - Jumaat: Ambil Cuti Rehat Sebelum Majlis -Diadakan Majlis Tahlil & Doa selamat -
lepas I'sya...Jemput Qariah Surau Almadani..Alhamdulillah
3April- Sabtu : Majlis pernikahan Anak ke2 -Nurul Zuriaty (Oya) -Azizul Azman (Jijoi)
- Selamat diijabkabulkan lepas A'sar pada jam 5.15..disakskan ramai ahli
keluarga , jiran dan sahabat handai..Alhamdulillah.
4April - Ahad : Majlis Resepsi- Persandingan kedua mempelai- 11 pagi hingga 4 ptg..diiringi
dengan Kompang Al-Madani -
Gabungan kedua-dua pihak : Pihak Perempuan berbaju Turkois dan pihak lelaki
- Berbaju Purple.. Tema Majlis :Gold-White - Alhamdulillah..meriah suasana
krn ramai jemputan -ahli keluarga- jiran kedua pihak hadir sahabat
handai...Semuanya dah selamat..Alhamdulillah..walaupun diselit dengan
beberapa peristiwa dan Kenangan Mengusik Jiwa ( That is confidential...)

5April - Isnin : Ambil Cuti Rehat Ke2 - Lepas Majlis- Kemas-kemas...

6April- Selasa - Back to School.

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan - Perkahwinan akan Add di Facebook...Ok

Wassalam. Jumpa lagi.