Saturday, February 27, 2010

PETUA dari ALAM

PETUA KOSMETIK dari ALAM


Hari ini 28 hb.FEBRUARI sebagai penutup tirai bulan FEBRUARI....

...Ingin saya berkongsi sama beberapa petua menggunakan bahan-bahan semulajadi yang terdapat di sekeliling kita..petikan dari beberapa akhbar-majalah - bukan ciptaan sendiri.

Adunan bahan-bahan semulajadi sememangnya menjadi ramuan turun temurun untuk kecantikan paras rupa dan kesegaran badan dan lebih selamat- tiada kesan sampingan yang boleh memudaratkan.

1. Menyegarkan wajah dan anti-kedutan.

Bahan : Pisang masak

Cara:
  • Kisar pisang hingga menadi seperti krim.
  • Sapu diseluruh muka dan biarkan selama 20 minit.
  • Cuci dengan air suam diikuti dengan air sejuk.
  • Lap perlahan-lahan hingga kering.

2. Menghilangkan pigmentasi pada kulit

Bahan: Lobak merah / Carrot

Cara:

  • Ambil jus lobak merah menggunakan bahan pengeksrak jus/ blender.
  • Sapukan ekstrak jus lobak di bahagian muka yang bermasaalah pigmentasi.
  • Amalkan setiap hari untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

3. Menghilangkan Lingkaran mata gelap.


Bahan : Ubi kentang

Info: Kentang mengandungi enzim yang di kenali sebagai catecholase yang digunakan
dalam kosmetik untuk mencerahkan kulit.

Cara:
  • Kisar kentang dan letakkan di atas sehelai kain.
  • Sapukan perlahan-lahan di bawah mata. Berhati-hati supaya tidak terkena mata.
  • Biarkan ramuan tersebut selama 15 ke 20 minit sbelum dibersihkan.

4. Menghilangkan warna gelap di bawah ketiak dan leher.

Bahan : Limau, Timun, Kunyit

Cara:

  • Perah limau dan kisar timun untuk mendapatkan ekstarakknya.
  • Campurkan kedua-dua bahan bersama kunyit yang telah ditumbuk.
  • Sapu adunan bahan tersebut di leher atau di bawah ketiak setiap hari selama 20 minit.
  • Kemudian bilas dengan menggunakan air suam.

4. Merawat kaki

Bahan: 1 cawan jus limau , kayu manis, 2 sudu minyak zaitun, 1/4 cawan susu

segar , air.

Cara:

  • Campurkan semua bahan.
  • Rendamkan kaki anda sambil urut perlahan-lahan.
  • Kemudian keringkan kaki dan bilas dengan air biasa.
  • Campuran bahan tersebut boleh digunakan untuk mandian secara berendam.

5. Menegangkan payudara

Bahan : Minyak Vitamin E , 1 sudu yoghurt , sebiji telur

Cara:

  • Campurkan semua bahan dan urutkan dipayudara.
  • Pakai baju dalam sekurang-kurangnya 20 minit sebelum payudara dibersihkan.
  • Amalkan selalu untuk membolehkan kulit di sekeliling payu dara tegang dan padat.

Petikan Tip kecantikan : Slot Buat sendiri di rumah- KESIHATAN-Mingguan Malaysia- Ahad 21022010

Catatan : Akan di jadikan satu kompilasi dari Sumber Alam untuk e-book. Insyaaallah.

Wassallam. Jumpa lagi. CG FUZIAH SULAIMAN

Friday, February 26, 2010

Salam MAULIDURRASUL

Salam Maulidururrasul buat kalian yang menatap pada hari ini, 26Februari2010.

SMJ3 telah menyambutnya pada 19 Februari 2010 yang lalu dengan menjemput Penceramah yang agak "Catchy" personalitinya, Ust. HASHIM HARUN - pakar taranum - Johan Qari Selangor.Memang hebat orangnya. Melihat pada wajah luarannya... ia menepati pepatah..
Diam-diam Ubi Berisi... Air tenang jangan sangka tiada buaya... begitu keletah dan bersahaja celotehnya... bagi saya dia boleh dikatakan diantara mutiara di antara mutiara-mutiara hebat dalam menyampaikan ceramahnya..

Beliau to the point.. mengupas satu demi satu tentang sifat Rasululullah (s.a.w) sebagai contoh dan teladan.. dan pengorbanannnya.

Di akhir ceramah, ustazah memberi pesanan-pesanan berikut sebagai renungan dan panduan utk meneruskan perjuangan hidup di bumi Allah ini (in bold) :

1. Go and have fun in the meadows - Nikmatilah anugerah Allah yang melimpah ruah ini.
Rezeki ada di mana-mana.. jangan sekali berputus asa dengan rahmat Allah.

2.Avoid Bad Habits - Untuk hidup bahagia hindarkan melakukan perkara -perkara yang
negatif yg boleh menggugat ketenteraman jiwa dan kehidupan itu
sendiri. Senantiasa muhasabah diri.

3.Always listen to good Advice- Selalu buka hati dan minda kepada kata -kata nasihat
orang-orang sekeliling kita yang mengarah kepada kebaikan. Berbaloi mendengar leteran
seorang ibu kepada anaknya... Ingatan alim ulama kepada umah Muhammad (saw)..

4. Always take the trouble to be Alert, and then wait.- Senantisa sanggup memberi pengorbanan terutama dalam semua aspek yang menguji keteguhan hati dan waspada di atas semua tindakan yang nak diambil.

5. Perhaps what you've are looking for, will find you. Jangan mudah mengalah dengan apa juga situasi terutama yang menguji kesabaran .. pasti ada hikmahnya.

6. Always be ready for any SURPRISES in life : Bersedia untuk segala kemungkinan yang berlaku- di luar dugaan dan jangkaan kehidupan .. senantisa reda dan bertawakkal di atas segala ujian dan musibah yang menimpa.

7. Always look at where you are going.. Senantiasa berwaspada dan berhati-hati terutama
terhadap bisikan-bisikan dalam (Syaitan ) dan luar ( manusia)

8. Be DETERMINED in achieing your goals.. jangan mudah berputus asa dlm menempuh Ujian Allah. Percaya sepenuhnya kpd Qada' dan Qadar sepenuhnya.

9. Don't let the situation CONFUSE you. .. Senantiasa berpandukan kepada Allah dan
Rasulnya. Jangan tersasar di jalanan.. hidup di dunia dan di akhirat.

10.Don't stop your CURIOSITY.. don't stop yourself from learning...learning..learning..
Untuk berjaya di Alam Dunia dan di AKhirat...mesti ada Ilmu.

11.Always COMB your hair and look SMART.. and most of all .. always SMILE.

SENYUMAN yang IKHLAS adalah sedekah.. dan mahal harganya..Ia adalah TERAPI terbaik bagi MINDA & JIWA INSAN bernama MANUSIA Muslim.


Pesan Ustaz Hashim Harum : PROGRAM REALITI KITA bukan AKADEMI FANTASIA di
dunia tetapi ALAM AKHIRAT

Untuk hidup tenang minda dan jiwa : Senantiasa Amalkan baca ...

SELAWAT 80 kali setiap hari

Ganjarannya: Diampunkan Allah dosa 1 tahun.


Salam Ukhrawi. Wassallam.

CG FUZIAH SULAIMAN.





Friday, February 5, 2010

SUNTIKAN ATT - buat warga T3SMKJ32010

Salam pada kalian..

Sejak hari Rabu (3 Feb2010) hingga hari Jumaat ( 6Feb2010) seramai 465 pelajar telah diberi Suntikan ATT = AnteTetanus Toxoid - khas untu perlindungan kepada Kancing Gigi terutama jika terdedah kepada luka. 11 Kelas terlibat iaitu : 3A,3B,3C,3D,3E,3F,3G,3H,3I, 3J dan 3M.

Macam-macam hal..macam-macam kerenah.. ada yang menangis sakan.. takut sangat kut.. dikalangan lelaki pun ada.. yang berkaca mata mereka..tetapi kebanyakan tak sabar-sabar nak kena suntik.macam satu pesta pulak.. Alhamdulillah semuamya dah selesai tentang
  • Agenda Kesihatan 1 : Suntikan ATT..
  • Agenda 2 : Pemeriksaan /Rawatan gigi untuk semua pelajar - Ting.1 hingga ting.5 ..
  • Agenda 3 : Suntikan khusus mencegah kanser Rahim di kalangan pelajar perempuan Tingkatan 1 sahaja...

Kena ucap tahniah dan berasa bersyukur betapa kerajaan mengambil berat tentang Kesihatan Rakyatnya .. Dengar khabar suntikan vaksin HINI diberi percuma kepada semua rakyat... spent so much also on poster, banner and risalah HINI... kena rasa amat bersyukur kalian..jangan dipersia-siakan pemberian dan pengorbanan kerajaan terhadap anda..

Dalam ramai-ramai pelajar tingkatan 3..terdapat beberapa kes terpencil masalah kesihatan yang kena juga diambil perhatian terutama oleh pihak sekolah, iaitu:

  • Penyakit Jantung - 3 pelajar dikesan ada pemyakit jantung (diruk ke IJN)
  • Asthma =lelah
  • Obesiti
  • Hidrosefalus = Kepala besar (1org)

Yang lain ok... ada yag demam selepas suntikan.. tak ape .. utk kebaikan..tahan sikit la kut...

Nanti saya akan sentuh lagi tentang penyakit-penyakit di atas utk dikongsi bersama.

Setakat ini saje. Adious.

Wasallam. CG Fuziah.