Thursday, June 10, 2010

JUN yg telah Muncul

Jun yang telah muncul.. ..banyak perkara berlaku semasa bulan Mei.. tak dapat nak catatkan..
Peperiksaan Pertengahan tahun dah lepas.. kini sekolah cuti untuk pengggal ke2 ..
12 jun hingga ke 19 Jun -- 2 minggu...boleh tumpu sepenuhnya memeriksa .... kertas
f3 sains - 45 + 43 ; f4 Bio (4B).- 36 ; f5 Bio (5D) - 40 = 164 pelajar..Saya Yg Menurut perintah...

Wasallam. Nanti tulis lagi..

Saturday, May 1, 2010

HARI PEKERJA = LABOUR DAY

HARI PEKERJA =LABOUR DAY = 1 MEI 2010 ..Pembuka Tirai bulan MEI..

Tarikh keramat buat semua Insan bernama PEKERJA...

Tak kisah anda dalam profesion apa..yang penting kita telah memberi sumbangan kepada :
  • Diri-sendiri-Keluarga-Organisasi- Bangsa dan Negara-Antarabangsa..

Kita adalah ASET yang sangat berharga ..dan memang patutlah kita diberi penghargaan Cuti Umum=Hari Pekerja . Betul tak..Betul.

" Janganlah jadi PENGANGGUR TERHORMAT ( latar lagu "Aku Penganggur" dendangan Allym. Sudirman Hj Arshad..cara kebetulan berkumandang ketika sedang menulis blog ini ).

Semalam Hari Sabtu : 1 Mei 2010 - Slot Motivasi Pagi TV3- Ahmad Fitri Yahya

dimana tajuk agak catchy juga :

" Kerja Ikhlas Bersulam Berkat"

Kata Motivator Undangan tersebut (yg sempat saya catatkan) ..

Intipatinya : Apa sahaja Usaha yang dilakukan mestilah berlandaskan dua perkara asas dalam kehidupan:

1. Hardware nya : merujuk kepada JASAD yang berasal daripada TANAH

2. Softwarenya : merujuk kepada HATI ,seketul daging ,anugerah Allah..

Justeru itu..untuk Menguatkan HATI..perlu amalkan 3 perkara (JZS) berikut..

1.Jaga Solat : talian hayat Allah dgn hambanya

2. Zikrillah : Ayat-ayat CINTA dari zikir dan Al-Quran

3. Silaturrahim : hubungan erat dan ikhlas sesama insan manusia -lebarkan senyuman di mana saje anda berada

MUTIARA KATA :

" BAHAGIALAH mereka yang dapat :

  • menjadi TUAN kepada dirinya sendiri
  • menjadi PEMANDU pada nafsunya
  • menjadi NAKHODA dalam melayari bahtera hidupnya . "

Pada harikeesokannya AHAD 2 Mei..dpd MoTivasi Pagi TV3 -..masih lagi tajuk cacthy ciptaan Ahmad Fitri Yahya .. berkaitan dengan PEKERJA..

" Bila KERINGAT berbalas RINGGIT"

Intipatinya : Satu perkara lumrah dalam kehidupan kita..

  • Kita Berusaha dan dengan sendirinya kita akan dapat ganjaran dalam bentuk CASH.. itu namanya ..mencari rezeki untuk sesuap nasi..
  • Kita berusaha untuk mendapat KEPUASAN hakiki ..yg tidak dapat dinilai dengan wang ringgit..
  • Kita berusaha kalau boleh dapat semuanya..CASH dan KEPUASAN hakiki itu .tetapi dengan syarat melalui landasan yang betul , benar dan berkat..maka barulah kita boleh dapat apa yang kita inginkan..iaitu KeBAHAGIAAN yang hakiki..

Kita seharusnya proaktif..sentiasa merebut peluang untuk mencapai suatu kejayaan terutama melalui KERINGAT MINDA..gunakan Akal dengan penuh hikmah..dan waras..

Untuk mencipta Kebahagiaan kita perlu miliki 3 TI..

1. PopulariTI..cara yang berhemah dan rendah hati

2. SimpaTI...tapi berbatas..Buat baik berpada-pada ..buat jahat jangan sekali

3. KreativiTI.. dalam brbagai aspek kehidupan..supaya hidup ini senantiasa ceria dan bermakna

MUTIARA KATA :

" Esok Pasti Ada..

Tentu Esok akan memberi kepastian..jika kita Berusaha bersulamkan Keikhlasan

Beringat-ingat dalam apa jua yang difikirkan dan dilaksanakan..

Untuk mempastikan yang Esok akan tetap memberi Harapan dan Kebahagiaan hakiki. "

Catatan saya : Walaupun apapun yang kita lakukan di muka bumi ini..kita seharusnya :

  • snantiasa bersederhana...
  • senantiasa muhasabah diri..dan
  • snantiasa bersangka baik dengan Maha Pencipta dan Makhluk Ciptaannya.

Itulah sebenarnya Kebahagiaan yang Hakiki.

Hakikatnya: Kita Insan biasa..yang tak terlepas dari kelemahan diri..dan Ujian Allah. Maka Kita mest Kuat dan Tabah dlm menghadapi onak duri kehidupan ini..Betul tak..Betul.

Wassalam. Jumpa lagi

Saturday, April 17, 2010

HIDUP umpama IRAMA dan LAGU

Tajuk Motivasi Pagi TV3 hari ini oleh Ahmad Fitri Yahya dgn tamu undangan beliau...

Hidup umpama IRAMA dan LAGU
..Agak Catchy juga tajuknya..

IRAMA ...lembut , mengasyikkan,... keras, memberangsangkan..meniup semangat..

LAGU..nasyid..asli..zapin..inang... rock..yg terkini ..Lady Gaga .. apapun..I prefer Michael Jackson.. walaupun rock.. ada kelembutannya..

Bagi saya...yg penting kita menghadapi hidup ini dengan rentak irama dan lagu ciptaan naluri masing-masing...kita sendiri sebenarnya yang menentukan corak rentak irama dan lagu yg kita ingin dendangkan dalam kehidupan kita..

PUTIH bersih...
HITAM gelap...
BIRU..haru biru
KUNING ..menceriakan..

Kita sendiri masing-masing yg mencorakkan Irama dan Lagu kehidupan kita..

Semua Insan di Alam ini sentiasa ingin yang terbaik ..ceria, bahagia.. di dunia dan akhirat..
Untuk menjadi Insan yang Terbaik bukanlah mudah tau.. perlu menghadapi ranjau..onak dan duri kehidupan..Kita kan sentiasa di skrin melalui berbagai ujian kehidupan.. supaya kita akan menjadi Insan yang kuat , tabah dan Kamil..

Kitalah sendirilah yang memilih aura lagu dan irama dalam mengharungi rencah kehidupan yang hakiki..

Bagi saya..apapun keadaan.. saya tetap memilih rentak ..lagu yg iramanya sentiasa mengalunkan ketenangan dan keinsafan..moga kan jadi insan yang terbaik..tabah dan redha dengan segala ujian Allah.

Tarikh keramat - Sabtu :17 Apri1 2010

Temasya SUKAN TAHUNAN Kita....

Menghasilkan Irama dan lagu yang beraneka dan bercampur baur rasanya di kalangan warga SMKJ3 ketika itu..

Yang tinggal ceria-bangga-gembira bagi yang berjaya.. SYABAS & TAHNIAH..
Sedih dan kecewa bagi yg kurang berjaya...Jangan putus asa sih..

Itulah dikatakan rencah kehidupan ..asam garam kehidupan...

Bahagia dan bersyukur bagi mereka yang terpilih Menjadi yang terbaik
Tabah dan kuat semangat bagi mereka yang kurang bernasib baik..

Adat bertanding..ada kalah dan menangnya..walaupun ditewaskan hanya angka 1.

Yang penting Semangat Perjuangan bagi semua Pasukan Rumah...

Bagi Saya.. Semua Rumah adalah Juara ..Tiada yang tewas..sebab semua nya telah berjuang habis-habisan kan..

BIRU - BENDAHARA ..rumah saya (penolong ketua) ..berbagai ranjau kami terpaksa hadapi sebelum dinobatkan sebagai Juara keseluruhan..tempat kedua bagi Perbarisan (Maskot-Robot)..itupun macam-macam cerita terdapat semasa latihan.. bukan senang nak jadi juara..
Syabas Bagi Pasukan Rumah Biru..Syabas dan Tahniah buat bos Pn.NORAZIZAN SAPAR (sesi pagi) dan Pn. LATIFA MOHIDIN (sesi petang) ..kalian amat tabah menghadapi kerenah anak-anak buah yamg berbagai kisah..selamba aje..Syabas dan tahniah . Both of you deserve it..Berbaloi..titik peluh yang tertumpah kan..

HIJAU..MERAH dan KUNING .. bukan calang hebat komitmen yang diberikan oleh bos dan anak-anak buah masing-masing ... cuma angka nombor yang terpaksa membezakan..

Bagi saya.. kalah menang itu tidak penting.. yang penting adalah kejayaan menghasilkan suatu temasya sukan yang mantap dan profesional..nampak sungguh semangat juang yang amat tinggi di kalangan athlete... tak lupa komitmen yang tinggi masing-masing rumah memberi yang terbaik untuk Perbarisan Rumah..semuanya bersungguh memberi yang terbaik..
Yang penting Semangat KESUKANAN yang tinggi..ok

Yang bestnya tahun ini.. ada Pancaragam tentera yang diimpotkhas ole YDP En. Roslan..kehadiran mereka memeriahkan lagi temasya sukan tahun ini..

Terima Kasih Daun Keladi ..Lain tahun boleh lagi..

Yang best lagi..Tanda Terima kasih Pengetua kami, Tn.Hj Surimin terhadap kita semua ..ISNIN diistihar cuti... hooray.. bersyukur dapat rehat setelah kami bertungkus lumus esp. pada saat-saat terakhir ..irama dgn pitching terlalu tinggi dan ... alhamdulillah..satu kisah
kehidupan sekolah dah selesai...

lepas ni..Akademik SMKJ3..PMR..SPM....irama naik pitching semula..itulah salah satu irama kehidupan..yang pasti mesti dilalui oleh semua warga sekolah..

Saya ingin akhiri celoteh saya ini dengan gurindam favourite saya ni.. hayatilah Irama dan lagu dalam bait-bait yang diberikan..Nyanyi sendiri ya..

Tuai Padi antara masak.
Esok jangan layu-layuan..

Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan...

Pantun dua kerat ini pula..

Gendang gendut tali kecapi..
Kenyang perut senang hati.

Nashid ini pula..

Sepohon kayu daunya rimbun...

Selimut putih...Bila Israfil datang memanggil..

Nasyid tinggalan Ust. Azri (Rabbani)..

Semua yang ada.. bukan milik kita..
Semuanya Allah Yang Punya...


Gambar sekitar temasya ..saya akan attached pada facebook.


Sekian. Wassallam.

Tuesday, April 6, 2010

Peristiwa penting- Perkahwinan Nurul Zuriaty -Azizul Azman

Pembuka Tirai April : kronologi menerima Menantu ke 2 ..

1 April -Khamis : Hari terakhir edar kad jemputan di kejiranan
2April - Jumaat: Ambil Cuti Rehat Sebelum Majlis -Diadakan Majlis Tahlil & Doa selamat -
lepas I'sya...Jemput Qariah Surau Almadani..Alhamdulillah
3April- Sabtu : Majlis pernikahan Anak ke2 -Nurul Zuriaty (Oya) -Azizul Azman (Jijoi)
- Selamat diijabkabulkan lepas A'sar pada jam 5.15..disakskan ramai ahli
keluarga , jiran dan sahabat handai..Alhamdulillah.
4April - Ahad : Majlis Resepsi- Persandingan kedua mempelai- 11 pagi hingga 4 ptg..diiringi
dengan Kompang Al-Madani -
Gabungan kedua-dua pihak : Pihak Perempuan berbaju Turkois dan pihak lelaki
- Berbaju Purple.. Tema Majlis :Gold-White - Alhamdulillah..meriah suasana
krn ramai jemputan -ahli keluarga- jiran kedua pihak hadir sahabat
handai...Semuanya dah selamat..Alhamdulillah..walaupun diselit dengan
beberapa peristiwa dan Kenangan Mengusik Jiwa ( That is confidential...)

5April - Isnin : Ambil Cuti Rehat Ke2 - Lepas Majlis- Kemas-kemas...

6April- Selasa - Back to School.

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan - Perkahwinan akan Add di Facebook...Ok

Wassalam. Jumpa lagi.

Monday, March 29, 2010

Peristiwa Penting hari ini-29MAC 2010

Hari ini 29MAC 2010..Hari Isnin

....tarikh keramat buat insan yang bernama FUZIAH SULAIMAN

HAPPY BIRTHDAY TO ME..

Harapan ... dapat buat semua yang terbaik..sebaik mungkin..
bagi ALAM dan semua makhluk ciptaan Allah ini..


Rasa amat bersyukur di atas segala anugerah dan limpahan nikmat yang dikurniakan di sepanjang hayat ini.. Sekurang-kurangnya bila dimbas semula 55 tahun hidup ini... berbaloi juga menjadi insan dan hamba Allah..

Moga lebih bahagia..lebih dilimpahi rezeki..
Alhamdulillah dapat hadiah Harijadi yang besar... akan terima menantu ke 2 pada 3April dan cucu ke 2...dalam perkembangan.. Insyallah Disember 2010 ..

Terima kasih di atas ucapan selamat yang diberikan dalam facebook oleh.....

Terima kasih Putera Arief.. di atas kad ucapan yg agak touching tu..
Terima kasih kepada Puteri-puteriku, Menantu ku..cucuku satu-satunya..siap nyanyi lagu Happy Birthday untuk nannynya ....di RESTORAN TUPAI-tupai...not bad the place and the food...Ranking 8/10..

Life is ..Que Sera Sera... Redha, Berserah dan Bertawakkal kepada Allah sepanjang masa.. hingga ke akhir hayat..

Life is a Many Splendoured Things..Hargailah dia.
Life is to keep up to the challenges...Whatever and Never give Up.
Life is ...senantiasa bersyukur di atas anugerah dan nikmat yang diberikan.
Life is....whatever in the mind and soul that is to be reveal and done..


Wassalam. Jumpa lagi.

Friday, March 19, 2010

SPM 2010- Syabas SMJ3

11 Mac 2010 ...

SPM2010 - peratus 99.1% - 1 peningkatan yang membanggakan..

Syabas bagi mereka yang cemerlang.. tak pasti - 9 pelajar dapat straighy A's..

Detail tak pasti..

Kami warga smj3 tumpang bangga...

Pasti paling gembira kita ialah Tn. Hj Surimin - Tn Pengtua kita.. boleh senyum bangga..

Moto SMj3 : SMJ3 Terus Cemerlang... masih terpahat..

Tahniah bagi semua warga SMJ3..termasuk saya.. tumpang semangkuk..

Wassallam.

Monday, March 1, 2010

PETUA dari ALAM - MAyonis/Mayonnaise

PETUA dari ALAM - MAYONIS=Mayonnaise

Selamat tinggal FEBRUARI dan Selamat datang MAC

Sebagai Pembuka tirai bulan MAC saya susuli dengan ....

Khasiat Mayonis rawat KECANTIKAN dan membuang kotoran

Info: Bahan asas mayonis terdiri dari telur dan perasa berasaskan minyak
menawarkan kelebihan sendiri untuk kesihatan dan kecantikan.


1. Kegunaan kesan panahan matahari

Info: Selepas berjemur lama di bawah sinaran matahari, sapu sedikit mayonis pada kulit dan
anda akan dapat rasa kesan kelegaan.
  • Mayonis juga mengandungi CUKA yang membantu mengurangkan kesan kulit terbakar akibat sinaran terik cahaya matahari.
  • Mayonis yang disimpan dalam peti sejuk apabila di sapu pada kulit ,mampu menyejukkan kesan terbakar pada kulit.

2.Melembabkan bahagian siku , lutut dan tumit kaki

  • Sapu mayonis di bahagian yang kasar dan kering terutama pada siku , lutut dan tumit kaki.
  • Biarkan selama 10 minit dan selepas itu bersihkan menggunakan tuala lembap.

3. Sebagai Pelembab kulit

  • Sapu mayonis di permukaan kulit dan urut secara lembut. selepas itu bilas bahagian berkenaan.

4.Perapi rambut

  • Lumur mayonis pada rambut hingga kekulit kepala sekurang-kurangnya 10 minit sebelum dibilas.

Info: Sebagai pelembab dan membuat rambut sihat bersinar.

5. Rawatan kuku

  • Sapu sedikit mayonis pada kuku dan biarkan selama 10 minit.
  • Cuci dan keringkan kuku.
  • Amalkan selalu. Kuku akan jadi kuat dan sihat, selain nampak natural.
Mayonis dan Kesan Kotoran

1. Hapuskan kesan krayon pada perabut berasaskan kayu.
  • Ambil sedikit mayonis dan sapukan pada krayon.
  • Biarkan selama 10 minit. Lap menggunakan kain pelembap.
2.Hilangkan kesan tar pada kereta
  • Sapu mayonis pada kesan tar dan tunggu beberapa minit.
  • Gunakan kain lembut untuk hilangkan kesan kotoran itu.

Catatan diari : Bulan Mac bagi kehidupan saya .. banyak peristiwa dan kenangan:

3Mac: HariLahir Ayah kpd Anak-anak saya

22 Mac: Hari pulangnya kerahmatullah ibu mertua saya

29Mac : HariLahir Saya / Hari Persaraan saya (nanti)

31Mac: Hari Ulangtahun Perkahwinan/ Hari Pernikahan

Menurut Datuk DrFadullah Kamsah- Mereka yang dilahirkan pada bulan Mac..sangat istimewa..harap betul. ( Saya dah hilang Info- Ciri-ciri Personaliti mengikut Bulan..Kalau jumpa.. akan saya paparkan ..untuk mengenal diri- siapa anda..]

Cara kebetulan: Tahun lepas .. bagi saya menyambut Hari Lahir terasa amat istimewa.. ikut bulan Islam 16 Rabiulawal.. bulan yang sama dgn kelahiran Nabi Muhammad (S.A.w) - 12 RabiulAwal... Rasa best pulak dapat lahir pada bulan yang sama.. bukan apa.. harap dapat mencontohi banyak sifat Rasulullah..Amanah..Jujur..Penyayang..Pengasih..dan sangat BERIMAN kpd Allah...Insyaallah.

Yg sangat sama.. suka dan sayang pada KUCING..itu ketara sama.

Tahun ini ..Rasa jauh pulak.. bulan Rabiul Akhir kut ..tak tetap ya..kalau ikut bulan kalender Masehi-MAC.

Yang jelas..apa pun dalan perjalanan hidup ini.. saya suka berpandukan cara hidup Rasulullah.. BerSederhana dan Mudah Memaafkan orang . Harap sangat boleh..krn saya ini agak keras hati- degil sikit..mungkin sebab itu dapat mengharungi segala pancaroba hidupi ni sejak zaman kanak-kanak hingga ke kini dengan tabah..harap betul .. dan terus betul..Alhamdulillah.

Ok. Wassallam. Jumpa lagi.

Saturday, February 27, 2010

PETUA dari ALAM

PETUA KOSMETIK dari ALAM


Hari ini 28 hb.FEBRUARI sebagai penutup tirai bulan FEBRUARI....

...Ingin saya berkongsi sama beberapa petua menggunakan bahan-bahan semulajadi yang terdapat di sekeliling kita..petikan dari beberapa akhbar-majalah - bukan ciptaan sendiri.

Adunan bahan-bahan semulajadi sememangnya menjadi ramuan turun temurun untuk kecantikan paras rupa dan kesegaran badan dan lebih selamat- tiada kesan sampingan yang boleh memudaratkan.

1. Menyegarkan wajah dan anti-kedutan.

Bahan : Pisang masak

Cara:
  • Kisar pisang hingga menadi seperti krim.
  • Sapu diseluruh muka dan biarkan selama 20 minit.
  • Cuci dengan air suam diikuti dengan air sejuk.
  • Lap perlahan-lahan hingga kering.

2. Menghilangkan pigmentasi pada kulit

Bahan: Lobak merah / Carrot

Cara:

  • Ambil jus lobak merah menggunakan bahan pengeksrak jus/ blender.
  • Sapukan ekstrak jus lobak di bahagian muka yang bermasaalah pigmentasi.
  • Amalkan setiap hari untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

3. Menghilangkan Lingkaran mata gelap.


Bahan : Ubi kentang

Info: Kentang mengandungi enzim yang di kenali sebagai catecholase yang digunakan
dalam kosmetik untuk mencerahkan kulit.

Cara:
  • Kisar kentang dan letakkan di atas sehelai kain.
  • Sapukan perlahan-lahan di bawah mata. Berhati-hati supaya tidak terkena mata.
  • Biarkan ramuan tersebut selama 15 ke 20 minit sbelum dibersihkan.

4. Menghilangkan warna gelap di bawah ketiak dan leher.

Bahan : Limau, Timun, Kunyit

Cara:

  • Perah limau dan kisar timun untuk mendapatkan ekstarakknya.
  • Campurkan kedua-dua bahan bersama kunyit yang telah ditumbuk.
  • Sapu adunan bahan tersebut di leher atau di bawah ketiak setiap hari selama 20 minit.
  • Kemudian bilas dengan menggunakan air suam.

4. Merawat kaki

Bahan: 1 cawan jus limau , kayu manis, 2 sudu minyak zaitun, 1/4 cawan susu

segar , air.

Cara:

  • Campurkan semua bahan.
  • Rendamkan kaki anda sambil urut perlahan-lahan.
  • Kemudian keringkan kaki dan bilas dengan air biasa.
  • Campuran bahan tersebut boleh digunakan untuk mandian secara berendam.

5. Menegangkan payudara

Bahan : Minyak Vitamin E , 1 sudu yoghurt , sebiji telur

Cara:

  • Campurkan semua bahan dan urutkan dipayudara.
  • Pakai baju dalam sekurang-kurangnya 20 minit sebelum payudara dibersihkan.
  • Amalkan selalu untuk membolehkan kulit di sekeliling payu dara tegang dan padat.

Petikan Tip kecantikan : Slot Buat sendiri di rumah- KESIHATAN-Mingguan Malaysia- Ahad 21022010

Catatan : Akan di jadikan satu kompilasi dari Sumber Alam untuk e-book. Insyaaallah.

Wassallam. Jumpa lagi. CG FUZIAH SULAIMAN

Friday, February 26, 2010

Salam MAULIDURRASUL

Salam Maulidururrasul buat kalian yang menatap pada hari ini, 26Februari2010.

SMJ3 telah menyambutnya pada 19 Februari 2010 yang lalu dengan menjemput Penceramah yang agak "Catchy" personalitinya, Ust. HASHIM HARUN - pakar taranum - Johan Qari Selangor.Memang hebat orangnya. Melihat pada wajah luarannya... ia menepati pepatah..
Diam-diam Ubi Berisi... Air tenang jangan sangka tiada buaya... begitu keletah dan bersahaja celotehnya... bagi saya dia boleh dikatakan diantara mutiara di antara mutiara-mutiara hebat dalam menyampaikan ceramahnya..

Beliau to the point.. mengupas satu demi satu tentang sifat Rasululullah (s.a.w) sebagai contoh dan teladan.. dan pengorbanannnya.

Di akhir ceramah, ustazah memberi pesanan-pesanan berikut sebagai renungan dan panduan utk meneruskan perjuangan hidup di bumi Allah ini (in bold) :

1. Go and have fun in the meadows - Nikmatilah anugerah Allah yang melimpah ruah ini.
Rezeki ada di mana-mana.. jangan sekali berputus asa dengan rahmat Allah.

2.Avoid Bad Habits - Untuk hidup bahagia hindarkan melakukan perkara -perkara yang
negatif yg boleh menggugat ketenteraman jiwa dan kehidupan itu
sendiri. Senantiasa muhasabah diri.

3.Always listen to good Advice- Selalu buka hati dan minda kepada kata -kata nasihat
orang-orang sekeliling kita yang mengarah kepada kebaikan. Berbaloi mendengar leteran
seorang ibu kepada anaknya... Ingatan alim ulama kepada umah Muhammad (saw)..

4. Always take the trouble to be Alert, and then wait.- Senantisa sanggup memberi pengorbanan terutama dalam semua aspek yang menguji keteguhan hati dan waspada di atas semua tindakan yang nak diambil.

5. Perhaps what you've are looking for, will find you. Jangan mudah mengalah dengan apa juga situasi terutama yang menguji kesabaran .. pasti ada hikmahnya.

6. Always be ready for any SURPRISES in life : Bersedia untuk segala kemungkinan yang berlaku- di luar dugaan dan jangkaan kehidupan .. senantisa reda dan bertawakkal di atas segala ujian dan musibah yang menimpa.

7. Always look at where you are going.. Senantiasa berwaspada dan berhati-hati terutama
terhadap bisikan-bisikan dalam (Syaitan ) dan luar ( manusia)

8. Be DETERMINED in achieing your goals.. jangan mudah berputus asa dlm menempuh Ujian Allah. Percaya sepenuhnya kpd Qada' dan Qadar sepenuhnya.

9. Don't let the situation CONFUSE you. .. Senantiasa berpandukan kepada Allah dan
Rasulnya. Jangan tersasar di jalanan.. hidup di dunia dan di akhirat.

10.Don't stop your CURIOSITY.. don't stop yourself from learning...learning..learning..
Untuk berjaya di Alam Dunia dan di AKhirat...mesti ada Ilmu.

11.Always COMB your hair and look SMART.. and most of all .. always SMILE.

SENYUMAN yang IKHLAS adalah sedekah.. dan mahal harganya..Ia adalah TERAPI terbaik bagi MINDA & JIWA INSAN bernama MANUSIA Muslim.


Pesan Ustaz Hashim Harum : PROGRAM REALITI KITA bukan AKADEMI FANTASIA di
dunia tetapi ALAM AKHIRAT

Untuk hidup tenang minda dan jiwa : Senantiasa Amalkan baca ...

SELAWAT 80 kali setiap hari

Ganjarannya: Diampunkan Allah dosa 1 tahun.


Salam Ukhrawi. Wassallam.

CG FUZIAH SULAIMAN.





Friday, February 5, 2010

SUNTIKAN ATT - buat warga T3SMKJ32010

Salam pada kalian..

Sejak hari Rabu (3 Feb2010) hingga hari Jumaat ( 6Feb2010) seramai 465 pelajar telah diberi Suntikan ATT = AnteTetanus Toxoid - khas untu perlindungan kepada Kancing Gigi terutama jika terdedah kepada luka. 11 Kelas terlibat iaitu : 3A,3B,3C,3D,3E,3F,3G,3H,3I, 3J dan 3M.

Macam-macam hal..macam-macam kerenah.. ada yang menangis sakan.. takut sangat kut.. dikalangan lelaki pun ada.. yang berkaca mata mereka..tetapi kebanyakan tak sabar-sabar nak kena suntik.macam satu pesta pulak.. Alhamdulillah semuamya dah selesai tentang
  • Agenda Kesihatan 1 : Suntikan ATT..
  • Agenda 2 : Pemeriksaan /Rawatan gigi untuk semua pelajar - Ting.1 hingga ting.5 ..
  • Agenda 3 : Suntikan khusus mencegah kanser Rahim di kalangan pelajar perempuan Tingkatan 1 sahaja...

Kena ucap tahniah dan berasa bersyukur betapa kerajaan mengambil berat tentang Kesihatan Rakyatnya .. Dengar khabar suntikan vaksin HINI diberi percuma kepada semua rakyat... spent so much also on poster, banner and risalah HINI... kena rasa amat bersyukur kalian..jangan dipersia-siakan pemberian dan pengorbanan kerajaan terhadap anda..

Dalam ramai-ramai pelajar tingkatan 3..terdapat beberapa kes terpencil masalah kesihatan yang kena juga diambil perhatian terutama oleh pihak sekolah, iaitu:

  • Penyakit Jantung - 3 pelajar dikesan ada pemyakit jantung (diruk ke IJN)
  • Asthma =lelah
  • Obesiti
  • Hidrosefalus = Kepala besar (1org)

Yang lain ok... ada yag demam selepas suntikan.. tak ape .. utk kebaikan..tahan sikit la kut...

Nanti saya akan sentuh lagi tentang penyakit-penyakit di atas utk dikongsi bersama.

Setakat ini saje. Adious.

Wasallam. CG Fuziah.

Sunday, January 31, 2010

FEBRUARY 2010- Pembuka Tirai

FEBRUARY 2010 Selamat datang .. Selamat tinggal JANUARY


LIFE is..

To succed in life, we can't treat obstacles passively.

We must be aggressive and overcome them with ...
FAITH, PRAYER, and PRESERVERENCE.

So much to say.. but not much space of time right now..
Too much commitments right now..

Just to keep the blogs on going and active...just to keep in touch..rasa rindu pulak..

Semalam , 31 JANUARI.. sempat melawat cousin AMELIA yang baru sahaja terpaksa undergo operation "HYSTERECTOMY"..know what is it.. buang rahim + ovari... cos suspected to have cancer..
mudah-mudahan tidak kut.. Pray for the best.. kesian dia..

Tapi kelihatan tenang dan tabah menghadapi ujian ALLAH ..

Cousin AMELIA boleh tahan orangnya.. apa taknya.. GURU CEMERLANG .. Guru pakar Bahasa Inggeris, Netball trainer, Hockey player ..Pengakap.. dan lagi..dan lagi.. Tabik sih..
Saya tumpang bangga sih.. ada kalangan keluarga ada GURU CEMERLANG.. tapi aku sendiri entahlah ENggak.. Hanya suka jadi GURU BIOLOGI BIASA... sampai pencen ..29Mac 2013 !.. soon..

CG JAMALIAH SULAIMAN ..just say goodbye to us.. 27 January 2010.. SELAMAT BERSARA...my time will come soon..menunggu giliran.

Wassallam. CG FUZIAH.

Saturday, January 16, 2010

Messages from 33370

words of wisdom

1. Do gooder tendencies can become addictive. When U see how effective U are at solving problems, U'll want to bring aid to community at large. -150110

2. A person from yr past may make an appearance 2day. welcome them. it seems like casual acquaintances understand u better than your closest friends. -140110- none

3. Take a good look from how far you have come in relating. if you like what you see now, great !
But if you don't, this the opportunity to change it. -130110

4. Yr highly impolite behavi0ur would send wrong signals tp yr partner. Forgive other's follies if something has gone wrong in the relationship. - 120110

5.Commnity activities may fit your schedule this afternoon- this may bring u exciting and intelligent new friends and perhaps meet someone special. -110102

6. Team effort, friends, your social activities bring favourable result. It'll be a realization that'll emerge slowly n you;ll find that life is easier. -090110

7. It'll make sense to think or write on your own about matters which interest you. taking up new studies may be hardwork but the effort will be rewarded.-080110

8. When you look out for interests , your enhance your own. People with whom you've negotiations will be pleased the way u handle yourself. - 070110

9. You are definitely a generous soul, who gives away freely to others and seldom stops to think of yourself.You must be extra careful in this matter.- 060110

10. Others will become annoyed with your uncharacteristics lack of sensible judgement.. Behave yourself : remember that the rules are there for good reasons. -050110.

11. U may have trouble holding it all together. Obstacles will stand in your way . Solve your problems on your own rather than depending on someone else. - 040110


Senarai panjang mesej ini dalam handphone saya-from ST.. tak tau pulak ia jadi macam tok nujum... tapi saya melihatnya sebagai satu ilmu ...yg perlu dikaji..this is part of psychology .. bidang yg sangat saya minati.. dalam mengenal dan mendekati ALLAH.. semua bidang ilmu ada kelebihan dan hikmahnya masing-masing.. jangan sangat PERCAYA .. nanti S..Y..I..R ..I ..K.. nauzubillah min zalik.

Sebenarnya ALLAH yang Maha Pengasih dan PENYAYANG..dan Maha PENGAMPUN dan MAHA MENGETAHUI perkara yang tersembunyi..kepada ALLAH hidup ini diserahkan sepenuhnya.. kan.. Bersyukur kepada ALLAh di atas segala nikmat yang diberi... terutama Udara segar (oksigen) dan AIR untuk keenimbangan kehidupan seterusnya.. of course...
" Bersyukur.. kerana masih memberi ruang masa utk terus berada di bumi ALLAH ini. Amin.

Sebelum berhenti.. peristiwa pada tarikh cantik 10 Januari 2010 ( 100110)...
..Anak Chef Wan - Sarina ..melangsungkan majlis perkawinan dgn Mat Saleh .. jodohnya dah sampai.. boleh bayangkan betapa bersyukur dan kecoh Chef Wan menerima menantu.. tentu resipi BONDA jadi hidangan di Meja Pengantin..
Bukan apa...Suka melihat gelagat beliau Chef Wan .. tabah..tenang..redha dan lucu..

..Nostalgia.. berpeluang bertemu dan bergambar dengan Serina dan krew ketika membuat penggambaran ..ketika membuat lawatan pelancongan bersama pelajar ke Kelantan --di Pasar Besar Khadijah..(nanti masukkan gambar..sebagai bukti...) bukan apa.. rasa seronok dapat berjumpa dan berkenalan anak Chef Wan ..Serina..manis dan ramah orangnya..

Kita tunggu apa pula apa akan berlaku pula ...pada 10ktober 2010..100110 .. Khabarnya Angkasawan Negara glamour kita ,Datuk Dr Sheikh Muzaffar akan melangsungkan perkawinanannya..Kita lihat dan tungguu.. Insyaallah. Amin.

Audious. Wassallam. - cg FUZIAH.





Saturday, January 2, 2010

Sesi Persekolahan 2010.....040110

Sesi Persekolahan akan bermula esok..4 Jan2010 ..040110

Alhamdulillah.. kan bertemu semula..selepas lama bercuti ...
... bersua muka terutama dengan warga guru dan of course..anak-anak didik saya.. rindu juga.. apa khabar mereka ..harap mereka sentiasa ingatkan saya melalui BIOLOGI saya ( 4C - 4D to 5C-5D).. Harap mereka mempunyai sikap dan lebih berazam untuk cemerlang dalam SPM nanti..

Syukur juga kerana anak-anak didik saya dari kelas 3 Damai ( 7org -Sains A) dan 3 Fikrah lulus semuanya.. kecut perut dibuatnya.. terutama kelas 3 Fikrah ... sentiasa menguji kesabaran saya..Alhamdulillah... Moga mereka lebih berazam untk SPM mereka...itu masa depan mereka.

Untuk tahun ini.. masih menjadi Guru PSS (AJK) ... PSS sedang ke arah wajah baru...lantai tukar ke tile..harap pelajar lebih teruja untuk belajar..

..Sebagai Ketua Unit Kesihatan ..utk menjadi penunggu setia di bilik Rawatan.. dan macam-macam aktiviti kesihatan sedang menunggu..H1N1.. Denggi ..Risalah perlu diedarkan kepada semua pelajar ... Ujian Penglihatan menggunakan kaedah Snellen dan yang terkini..guna Mutiara Vision Test Kit (MVTK) ..untuk uji ketajaman penglihatan..Insyaallah akan dilaksanakan..
Mencabar juga nampaknya tugas baru saya ini...positif ..I can Do it..OK

--dilantik juga jadi Penolong Ketua Rumah Biru.. Harap BIRU lebih unggul.. Insyallah..mencabar juga..

Kelas di ajar.. berdebar juga nak tahu ..esok baru dapat Jadual Waktu... siapalah insan-insan terpilih menjadi anak-anak didik ku tahun 2010 ini... Mungkin lebih mencabar kut... tak kiralah apapun... Saya Yang menurut Perintah.. I will just do my Best as their subject teacher..

Mereka adalah AMANAH (Azam 1) untuk dididik menjadi INSAN yang KAMIL ,yang memenuhi JERI- Falsafah Pendidikan Negara.. Ok Bos.. Pengetua..Ingat kata Tn. Hj. Surimin.. Pengetua boleh seyum lebar ..kerana Peratus PMR Meningkat..Tahniah ya...

" SMK Jalan Tiga Terus Cemerlang..Gemilang.. dan ..TERBILANG"
That's all ..right now..about school..
MUTIARA KATA dari TV3 : 030101 (Hari Ahad)
"Kejayaan dalam Kegagalan lebih baik daripada Kemenangan dalam Kehinaan"
Catatan: Format Motivasi TV3 juga berubah...dgn menjemput insan-insan benar yang mengalami dugaan hidup tyang mencabar..
AHMAD FITRI Yahya menebual AISYAH (penyanyi Janji Manis Mu tu...Syurga Di telapak Kaki Ibu.. tentang kehidupan yang beitu getir sebagai Artis dan Ibu Tunggal...
Intipati dari temubual tersebut : Hadapilah hidup ini dalam keadaan senantiasa tersenyum..walaupun hati luka berdarah.. dan sentiasa redha dengan ketentuan Allah.. dan senantiasalah BERSYUKUR dengan segala Kurnia yang Allah berikan .. Sekurang-kurang kita masih diberi Kesihatan ..anak-anak .. dan kehidupan yang lebih baik dari orang lain..yang lagi teruk ujian Allah terhadap mereka..
Dari ST Digi :
1.You will make major changes at home that will benefit all. Your beloved gives immense romatic pressureeven as work pressure mounts up around you. - 030110.
2. Are'nt you tired switching your amazing personality on and off to match what you think people
require from you? It looks so exhausting! - 311209
3. It takes wisdom to exchange one's current lifestyle with another. Others may not share this view and may want you to remain the way you are.-301209
Azam 2 : Akrab Silaturrahim...
Pada Ahad lepas 271209... menerima undangan perkahwinan dari Anak Angah (cucu Mak Uda - arwah ) berlangsung di Port Klang.. jauh.. sampai juga..alhamdulillah.
Lepas memnuhi undangan Sahabat lama semasa di ITM ( Salmiah - Sarmin ) di Bangi Golf Resort.. siap dengan hidangan GHazal dari Muar kut.. best dengar lagu lama-lama..timbul banyak banyak nostalgia.
Semalam (020110 - Sabtu) terima undangan dari Kak Ainan (sepupu) mengahwinkan anak perempuannya di Dewan Bankuet MPSA SHAH ALAM.. dapat souvenenier Balang kaca mini... boleh ketak rempah ratus kut ..kata Yati..lepas tu ke AMPANG ..menerima undangan Majlis Kahwin Sahabat Anak (Oya)..
Well.. sekurang-kurangnya dah tercapai dua azam ini .. dan insyaallah yang lain akan menyusul .... banyak berzikir ( Azam 3) Azam 4 ( A ...dan Azam 5 M...)..
Ok. Adious for now. Wassallam. Ikhlas dari Cg FUZIAH.