Saturday, July 25, 2009

InfoSIHAT- SPIRULINA

Info SPIRULINA - buat Warga emas - golongan 60 ke atas

-
terutama yang menghadapi masaalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi dan kolestrol.

  • Tumbuhan alga unisel ,yang berwarna hijau gelap, kaya dengan pigmen tumbuhan seperti klorofil, beta-karotena dan fikosianin: yang merangsang sistem imun dan manafaat menangani sesetengah penyakit degeneratif , yang biasa berkait dengan masaalah penuaan.
  • Ia mempunyai banyak jenis asid amino dan kandungan protein yang tinggi, iaitu melebihi 60% yang membantu dalam melengkapkan keperluan protein harian.
  • Ia rendah lemak dan kalori serta tanpa kolestrol.
  • Ia mempunyai dinding sel yang lembut dan memudahkan untuk dihadam dan digunakan oleh tubuh.Teutamanya dikalangan mreka yang mempunyai masaalah penghadaman dan gangguan usus seperti orang-orang tua.
  • Ia membantu mengatasi masalah sembelit di kalangan orang tua.
  • Ia juga kaya dengan mineral zat besi, magnesium , zink dan beberapa lagi
Spirulina dihasilkan secara organik. dijamin mutu dan kebersihannya. - BIOLIFE.


Catatan saya:

Seingat saya ketika zaman remaja dulu , saya ada mengamalkan mengambil Spirulina ini untuk sihat dan jaga diet (nak sentiasa slim).Product dari Jepun.. selain daripada itu saya pernah juga ambil larutan CHLOROPHYL begitu saje...demi kesihatan..terima saje yang dicadangkan masa tu..Mentang-mentang saya amat meminati BIOLOGY .. apa saje tentang Nature , tak tolak...

Peringatan buat yang lupa: " BADAN yang SIHAT datang dari MINDA yang SIHAT "


Kini.. untuk kekal sihat saya amalkan mengambil 1 kapsul sofgel dari PROVITON setiap hari yang mengandungi :

Vit. A,D,E,B1,B2,B6,Acid Ascorbic(Vit.C), Asid Folik, Nikotamid,Biotin,Calsium, Copper, Inositol, Iodine, Iron, Lecithin, Lysine, Magnesium,Phosphorus,Pottasium, Zinc and GINSENG IDB (Ginseng Extract).



Juga secara tradisional saya mengambil satu sudu JUS TOK GURU setiap hari yang mengandungi:

  • Ekstrak -ekstrak KURMA - KISMIS (Anggur Kering)-DELIMA- Minyak Habbatus Sauda- Minyak Zaitun -MADU ASLI (disebut dalam Al-Quran) - ZA'FARAN-Ginkyo biloba, Centella asiatica (Pegaga) , Passiflora ( Buah Markisa) - Perisa Strawberry.

Layari website ; http://www.tokguru.net
email:info@tokguru.net

Tel: 019-989 0010 ; 019-240 4010


of Course :

BADAN - MINDA-OTAK dan HATI yang sihat -----> Insan Manusia SIHAT & SEIMBANG


Wassalam. Jumpa lagi.

Monday, July 20, 2009

KEMaTIAN - Pesan Pak Hamka

Pak HAMKA bermadah...

Ingat kepada MATI ...

  • menghapuskan angan-angan yang tak menentu
  • menghilangkan was-was dan mengenang barang ..akan menghabiskan umur.
Mengingati MATI akan ...
  • menjadikan manusia sabar menerima bahagian yang sedikit
  • tidak tamak akan harta benda lebih dari yang mesti, dan
  • tidak menolak berapa yang diberi
  • tidak terkejut dan tergamam jika harta itu habis.
  • Ingat MATI .. mengajarkan taubat.
  • Ingat MATI ...menghindarkan perbuatan hidup yang membawa khisit, khianat dan tamak haloba.
  • Ingat MATI menghindarkan azab
  • Ingat MATI menghindarkan takbur.

Pak Hamka bermadah lagi...

  • KEMATIAN seorang RAJA yang sedang beradu di atas singgahsana, dijaga oleh ratusan dayang-dayang dan pengawal yang berjaga dipintu gerbang, sebenarnya saja rasanya, dengan KEMATIAN seorang PAPA , yang mati kejang di kaki lima.
  • Kedua-duanya sama sampai diperkuburan.
  • Mayat Raja akan hancur busuk dengan kain suteranya, begitu juga mayat sipapa dengan baju kumal yang melekat pada badannya. Sama-sama busuk, sama-sama hancur.
Hanya AMAL KEBAJIKAN masing-masing tidak akan hancur.

Oleh itu...

Tiap-tiap hari melangkah dalam hidup ini, ingatlah mati sekali, supaya bekal ke sana bertambah banyak disediakan.

- Pak Hamka.

Dari saya ...Maka banyaklah bersedekah dan sentiasa hidup berbuat kebaikan dan berjasa pada orang lain dan kehidupan itu sendiri..hindari diri dari maksiat hati dan lidah apatah lagi maksiat perbuatan.. termasuk senantiasa berprasangka buruk dan jauhilah PHD.. Perasaan Hasad Dengki...

Seperti kata Pepatah Melayu ...


Mati HARIMAU meninggalkan BELANG..
Mati MANUSIA meninggalkan NAMA yang BAIK... disebut orang sepanjang masa..

.. seperti PAK HAMKA... senantiasa disebut-sebut dan dikenang di atas kebaikannya... ketokohannya.. keilmuannya... dan Penulisannya yang sangat menyentuh sanubari...
Hingga kini saya tidak dapat lupakan sentuhan tintanya .. novel-novel hebat beliau:

" Di Bawah Lindungan Ka'abah .. HARTINI ... 'Tenggelamnya Kapal Van De Verjk"..

Innalilla..hira jiun.. kpd saudara Islam yang telah mendahului kita.. Alfatiha buat
pelajar-pelajar kesayangan ku..
  • JAUHARATUL DINI, RITA ROSLINA, RAZLAN AMIR.. NOOR IZMI.. pelajar perintis SMKJ3.. dan juga sahabat seperjuangan
  • Pn. ZAWIAH ...guru perintis SMKJ3..

and .... A tribute to MICHAEL JACKSON.. MIKAIL.

dan bagi Yang Tinggal dan masih diberi peluang untuk menghirup udara segar diBumi ALLAH ini.... Perjuangan HIDUP perlu diteruskan jua.. Sentiasa Bersyukur , Redha dan Bertawakkal..
Amin.. RabulA'lamin.

Salam Maal Hijrah buat kalian semua ...
Semoga HARI INI lebih baik dari SEMALAM.


Wassalam. Jumpa lagi.

Sunday, July 12, 2009

BUDI -MUTIARA KATA - PAK HAMKA

Salam ukhrawi.. rindu sangat nak menulis...


Syair Pak Hamka tentang BUDI....buat renungan kalian yang membaca

Pahlawan budi tak pernah temenggur,
Khidmat hidup sambung menyambung;
Kadang turun kadang membubung,
Sampai istirehat di liang kubur.

Jikalau dasar budimu culas,
Tidaklah berubah kerana pankat;
Bertambah tinggi jenjang ditingkat,
Perangai asal bertambah jelas.

  • Keutamaan budi ialah menghilangkan segala perangai buruk, adat istiadat yang rendah, yang telah ditentukan oleh agama..mana yang mesti dibuang dan mana mesti dipakai. Serta biasakan bersikap terpuji dan mulia yang berkesan dalam pergaulan setiap hari serta rasailah nikmatnya.
  • Membalas sikap buruk ;lawan dengan budi yang baik adalah budi yang paling tinggi..

Kemuliaan sejati yang dianggap bernilai oleh ALLAH, tidak lain daripada ...

  • kemuliaan hati,
  • kemuliaan budi,
  • kemuliaan perangai dan
  • ketaatan kepada Ilahi.

Sekian. Wassalam. Jumpa lagi.

Friday, July 3, 2009

BAHASA HATI - Mutiara Kata

Salam ukhrawi dari saya...

Perihal BAHASA HATI ....

Pujangga Hamka bermadah ....
  • Bahawasanya BAHASA yang diucapkan oleh manusia dengan lidahnya, sama ada disedari atau tidak . timbul dari LIDAHnya.
  • BUDI adalah keadaan rohani manusia atau sifat batinnya. Sifat batin itu dinamakan makna dan kalimat-kalimat yang mengalir dari mulut dan lidah adalah ungkapan daripada makna yang terkandung dalam batin.
  • Lantaran itu bahasa manusia dipengaruhi oleh budinya.
  • Dalam Ilmu kesusteraan Arab , ilmu bahasa yang indah dinamai Ilmu-Adaab. Tegasnya Ilmu bahasa yang indah, kesusateraan yang bermutu merupakan sebahgian daripada budi pekerti yang luhur jua.

" Bahasa adalah salah satu unsur yang membezakan manusia dengan haiwan ".

" 26 buah huruf Rumi (Latin) tidak cukup untuk menggantikan 29 buah huruf Jawi (Arab) "

  • BAHASA HATI dapat dinilai daripada kata-kata yang dituturkan.

Kata orang bijaksana : " LIDAH adalah duta hati kita sendiri ".

Berkata Sayidina Ali r.a., " Bahawasa perasaan yang disembunyikan oleh seseorang itu sering dibukakan oleh kata-kata yang terpancar dari lidahnya dan dibayangkan oleh garis-garis air mukanya"

  • Oleh itu ramai ahli iwa mengatakan bahawa tiap-tiap orang itu mempunyai EMPAT MUKA , iaitu:

1. Muka yang dipandang oleh matanya sendiri

2. Muka yang dipandang oleh sahabatnya

3. Muka yang dipandang oleh musuhnya, dan

4. Muka yang sebenar

Ilmu jiwa manusia dapat memberikan kita panduan untuk mengenal BAHASA HATI seseorang. Dikatakan ada TIGA jenis peribadi manusia, yang hanya dikenali ketika melakukan tiga perkara:

1.Seorang yang lembut hati dikenali ketika berlaku kemarahan.

2. Hati yang berani dikenali sewaktu di dalam perjuangan.

3. Seorang saudara yang sebenar akan dikenali apabila berlaku keperluan/ dalam kesusahan.

  • Kebijaksanaan tidak akan bertunas di hati yang keras, sebagaimana benih tidak subur di atas batu.

Kata-kata pendeta : Hati orang yang bodoh itu dalam mulutnya, tetapi mulut orang bijaksana di dalam hatinya".

  • Orang yang bersih dan mulia hati akan seniasa melakukan perbuatan-perbuatan baik. Orang yang mulia hati mempunyai sifat peribadi yang tinggi. Disamping budi dan akhlak terpuji , ia juga bersifat jujur dan ikhlas , rendah hati, pengasih dan penyayang serta bersifat sabar.
  • Orang yang berhati mulia , tidak akan menaruh perasaan syak wasangka terhadap orang lain, lebih-lebih lagi terhadap sahabatnya.

Pepatah Perancis menyebutkan: " Syak wasangka adalah racun persahabatan".

  • Hati yang mulia tidak menyimpan perasaan hasad dengki dan iri hati kepada sesiapun.

Wassallam. Jumpa lagi.