Salam THRM.Jom kenali flora KEMBANG COKLAT - Zephyranthes d Laman WOMA
Nama Biasa: Kembang Cokelat
Nama saintifik Zephyranthes grandifora ; Z. rosea
Bahasa Inggeris: Rain Lily, Fairy Lily
Order : Asparagales
Famili : Amary;adeceae
Asal usul:: Cuba , Mexic0, Guatala, Argentina
Kembang cokelat (Zephyranthes candida (Lindl.) Herb.). Kalau dalam bahasa Inggrisnya namanya adalah Rain lily, dan nama cinanya adalah Zhong lan.
Rain lily merupakan sejenis pokokbebawang yang sesuai ditanam di semua
kawasan dan keadaan tanah. Pokok rain lily mudah ditanam dan dijaga.
Terdapat 3 warna yang biasanya dijumpai di negara kita iaitu merah,
kuning dan putih.
Pokok ini berbunga sepanjang tahun dan paling lebat
bunganya diantara Bulan September hingga Oktober.Pokok ini dibiakkan
melalui bebawang.
Bagi penggemar hiasan taman pokok ini amat sesuai
ditanam sama ada di dalam pasu mahupun dikawasan tanah lapang. Ianya
mudah diubah dan tahan kepada serangan penyakit.
Pokok ini selalunya
ditanam di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Melaka. Ianya
akan menjadi lebih cantik jika ia ditanam secara berkelompok.
Efek farmakologis & sifat kimiawi: Rasa agak manis, berfungsi sebagai penurun panas (antipiretik).
Kandungan kimia: haemanthidine, nerinine, Lycorine, dan tazettin.
Bagian yang digunakan: Seluruh Tumbuhan.
Info-khasiat :
Khasiat untuk kesembuhan: ayan (epilepsi), kejang-kejang pada anak, dll.
Dosis Pemakaian:
Pemakaian luar: kejang pada anak:
Caranya: T umbuhan kembang coklat yang masih segar
secukupnya, tambahkan garam secukupnya, ditumbuk hingga halus lalu
ditempelkan pada bagian yang sakit (pelipis).
Pemakaian dalam:Kejang - epilepsi
kejang pada anak: Craanya: 10-15 g daun kembang coklat yang masih segar,
tambahkan gula batu secukupnya, direbus, sesudah matang disaring lalu
kemudian diminum airnya.
ayan (epilepsi): Caranya: 10 g kembang coklat, 30 g sulur ketimun (cucumis sativus), lalu tambahkan gula batu secukupnya.Ddirebus dengan air secukupnya, saring, lalu diminum airnya selagi masih hangat.
Catatan:
Setiap pengobatan dilakukan secara teratur.
Untuk penyakit yang serius sebaiknya tetap konsultasikan ke dokter.
Sumber rujukan: https://manfaatanamanherbal.blogspot.my/2015/08/manfaat-khasiat-tumbuhan-kembang-coklat.html
Salam THRM. om kenali Flora MAHKOTA BERDURI - Euphorbia di Laman WOMA
Nama Tempatan : Mahkota Berduri Nama saintifik :: Euphorbia mili
Sinonim: Euphorbia splendens
B. Inggeris: Crown of Thorns
amili : Euphorbiaceae
Asal-Usul :Madagascar barat
Info-flora :
Tanaman dari family Euphorbiaceae memiliki batang berduri. Jaringan
xylemnya mengeluarkan eksudat putih disebut dengan getah susu (milky
sap).
Daun E. milii berbentuk oval dengan ukuran bervariasi menurut
hibrida dan kultivar. Bunganya kecil berwarna kuning dengan cyathia
bewarna warni sebagai hasil dari hibridasi.
Umumnya tanaman ini memiliki bunga sejati yang sempurna dengan organ
seksual jantan dan betina yang lengkap. Namun, ada juga yang memilki
bunga yang tidak sempurna yang tidak memiliki organ seksual dan bersifat
steril, sehingga tidak dapat digunakan untuk perbanyakan generatif.
Beberapa kultivar memiliki bunga yang keseluruhannya merupakan bunga
yang tidak sempurna.
Adapula tanaman yang sebagian bunganya merupakan
bunga sempurna dan beberapa kondisi tumbuh bunga yang tidak sempurna
Mudah beradaptasi,
meskipun tumbuhan ini menyukai cuaca dan udara yang panas ia mampu
bertahan hidup pada lokasi dengan suhu rendah.
Sebelum menanam bunga
Euphorbia anda harus mengetahui sifatnya yakni:
Euphorbia tidak terlalu menyukai air namun dalam proses
pertumbuhannya tetap memerlukan air. Sebab Euphorbia menyimpan cadangan
air pada bagian batang sehingga boleh bertahan hidup di tanah yang
kering dan tandus.
Suka dengan media porous sehingga sebaiknya ditanam pada tanah mudah mengalirkan air dan kaya akan unsur nutriennya.
Seperti habitat aslinya yaitu tanah yang tandus dan panas, bunga ini
menyukai lokasi yang mendapat sinar matahari penuh paling tidak sekitar
8 jam sehari. Jika Euphorbia kekurangan sinar matahari hingga 70 % maka
bioleh melambatkan pertumbuhannya.
Sumber rujukan.http://situsbunga.com/cara-menanam-bunga-euphorbia-yang-cantik-berduri/
Info-khasiat Pokok Eupghorbia :
Selain digunakan sebagai tanaman hias, ia juga dikatakan berkhasiat sebagai obat. Obat-penawar yang dibuat dari E.milii diantaranya yaitu:
Pendarahan rahim
Bunga sebanyak 10-15 kuntum direbus dengan 50 gram daging sapi tanpa lemak. Kudapan itu boleh dimakan sebagai sup.
Hepatitis
Pucuk batang yang masih segar (9-15 g), diiris tipis dan direbus dengan 3 gelas air sampai tersisa 1 gelas. Air rebusan tersebut boleh diminum dengan madu.
#Luka bakar
Daun dan batang direbus dengan air sampai mendidih, setelah dingin digunakan sebagai pengompres.- tuaman.
#Bisul
Batang diiris tipis dan dibakar dan ditempelkan pada bisul.
Sumber rujukan: http://www.biodiversitywarriors.org/isi-katalog.php?idk=1838&judul=Mahkota-Duri
Salam THRM.Jom kenali POKOK BUTANG - Gomfrena- ornamental di Laman WOMA
Bunga butang jenis ungu
Nama tempatan: Bunga butang
Nama saintifik : Gomphrena Globosa L.
Nama lain: Bunga 40 hari
Bahasa Inggeris:Bachelor Button, Amaranth globe
Famili: Amaranthaceae
Asal-usul: India
Info-flora:
Bunga butang ini bunganya berbentuk bulat, mempunyai banyak bunga,
ditanam melalui pembiakan biji benih, Bunga akan di dapati selepas 40
hari menanamnya. Pokok ini digelar juga dengan nama Bunga 40 hari.
Walaupun bunga ini biasanya berwarna ungu namun ada juga yang berwarna
merah, putih dan pink iaitu daripada jenis kacukan.
Pokoknya pula boleh
tumbuh sehingga hampir 1 meter tingginya.
Pokok bunga butang sesuai ditanam di kawasan yang mendapat banyak cahaya
matahari dan tidak memerlukan banyak air (cukup sekadar menyiramnya
dengan sedikit air setiap hari).
Cara pembiakannya:
Bunga butang jenis putih
Melalui biji benih. Rendam dulu biji benih itu
selama 1 atau 2 hari sebelum disemai. Anak pokoknya akan tumbuh dalam
masa 1 atau 2 minggu.
Selepas itu bolehlah dipindahkan ke adalam pasu
atau ditanam terus ke atas tanah. Boleh dijadikan pokok pagar yang
cantik dengan menanamnya rapat-rapat dalam satu barisan ataupun
dijadikan hamparan bunga dengan mengumpulkannya dalam suatu kawasan.
Di Nepal, bunga butang digunakan sebagai kalungan bunga dan dipakai di
leher untuk mendapat perlindungan daripada bahaya.
Bunga butang versi biru-lavendar
Bunga ini dipilih
kerana sifatnya yang boleh mengekalkan bentuk dan warnanya dalam tempoh
yang agak panjang.
Sedia utk dijadikan biji benih
Sumber rujukan: https://jomtanambunga.blogspot.my/2013/11/butang-orang-bujang.html
##Kelulut dgn bunga butang ungu (gomphrena globosa)... Setiap pagi mesti ada kelulut yg menyinggah di pokok bunga butang baju ini... QuadRiFarm Organik -..
Pokok Bunga Butang Ungu boleh di tanam mengunakan biji benih
Info-Ringkas
pokok herba semusim
berbentuk renek dengan ketinggian 50 -80 sm
daun jenis ringkas
bunga tersusun rapi dalam jambak yang berbentuk bulat
Panjang dan lebar bunga antara 2 - 3 sm.
Ada bunga yang berwarna ungu, merah, merah jambu dan putih.
Ditanam dengan menggunakan biji.
BB jenis hibrid pink
Bunga akan di dapati selepas 40 hari menanamnya. Pokok ini digelar juga dengan nama Bunga 40 hari.
Info- Kegunaan:- khasiat
Daun dan pucuk muda boleh dimasak sebagai lauk.
Daun dan bunganya boleh direbus dan airnya diminum
Selain drp itu bunga butang juga amat sesuai dijadikan "drying flower",
potpouri ataupun "Fresh Flower arrangement".
Bunga ini amat sesuai
ditanam di kawasan yg terdedah kpd cahaya matahari penuh ataupun separa
naungan. Bunga akan kurang dihasilkan jika ditanam di tempat yg redup.
Bunga butang juga memiliki khasiatnya tersendiri,.
TEH BUNGABUTANG. bunga yg x pahit .Mempunyai
sedikit rasa manis.
Teh bunga butang juga boleh diminum utk mengurangkan stress, krn khasiatnya yg menenangkan serta memberikan tenaga kpd saraf, Meningkatkan konsentras
Keletihan otot. eletihan dan keagrassifan juga dpt diatasi,
Baik utk sistem penghadaman. juga.
Cara membuatnya....
Utk secawan teh, hanya gunakan 250ml air panas, rendamkan 2-5 kuntum
bunga butang ungu segar yg telah dibasuh, selama 3-5 minit, tapis dan
bolehlah diminum ketika suam.
Boleh juga dicampurkan bersama2 dgn teh
bunga2an yg lain ataupun dgn teh jenis daun. Juga boleh ditambah dgn 1/2
sudu teh madu asli utk menambahkan sedikit kemanisan.
Info-xtra -Khasiat bunga butang.
Kelopak bunga butang kaya dgn phyto-nutrien, anti-oksidan (anti radikal bebas), Vitamin A, B & kumpulan Vitamin B.
Kelopak bunga butang kering yg dilembabkan dgn sedikit air diletakkan di bahagian bawah mata dapat digunakan utk menghilangkan
eyebag/kantung mata .Memudarkan lingkaran gelap di bawah mata.
Letakkan kelopak bunga butang lembab setiap hari sehingga nampak
perubahannya.
Sebagai ubat utk asma bronkial. Caranya: Ambi 10 Kuntum bunga butang ini direbus dgn 500ml air. Minum sebanyak 3 kali sehari s
Utk mengubati penyakit kencing tak lawas. Caranya: Rebus sebanyak 3-10gm bunga butang (8-15 kuntum bunga butang) , diminum airnya.
Anggota badan yg sakit akibat lebam/bengkak/luka juga dpt diubati .Caranya:. Beberapa helai daun bunga butang dihancurkan sehingga
menjadi pes, ditampal pada bahagian yg sakit. Kemudian ditutupi
dgn daun bunga butang yg masih segar.
Dari segi khasiat perubatan pula, bunga ini boleh direbus dan diminum untuk menyembuhkan batuk dan kencing manis.
Selain itu, bunga yang dihancurkan boleh disapu pada luka dan bengkak untuk menyembuhkannya.
Bunga butang memang berkhasiat, selain drp itu menanamnya di laman rumah
juga dpt memberikan keceriaan serta menambahkan kecantikan di laman
rumah.
Salam THRM :Jom kenali Flora BUNGA TONGKENG di Laman WOMA - Ornamental
Nama Tempatan: bunga Tongkeng
Nama Saintifik : Telosma kordata
Sinonim: Cynanchum odoratissimum, Telosma minor, Pergularia minor, Oxystelma ovatum, Telosma odoratissima, Asclepias cordata, Pergularia odoratissima.
Nama lain: Bunga Stokin, , Fragrant Telosma, Tonkin jasmine, pakalana wine,cowslip creeper,telosoma.
Bahasa Inggeris: Chinese violet , Cowslip sleper
Asal usul : Cina
Famili: Asclepiadaceae.
Info-flora :
Merupakan sejenis tumbuhan memanjat yang mempunyai bunga yang harum.
Batangnya yang berkayu boleh memanjat sokongan boleh memanjang
sehingga 6 meter.
Daunnya berbentuk hati mempunyai tangkai daun yang
panjang.
Bunganya mengeluarkan bau harum yang menyerupai bau harum
oren.
Kelopak bunganya yang berwarna putih kekuningan manakala di tengahnya
pula kuning keemasan tersusun dalam jambak bunga kira-kira 10 kuntum
bunga atau lebih sepanjang batangnya.
Bau harumnya boleh dinikmati siang
dan malam selama seminggu sebelum ianya layu.
Baunya menjadi lebih kuat
di waktu malam.
Di Hawaii bunga ini merupakan antara bunga yang digunakan untuk membuat kalungan bunga yang dipakai di leher .
Pokok Bunga tongkeng ini agak sukar di tanam. Tetapi bila dah tumbuh
melata, banyak pula anak-anak pokoknya.
Habis menjalar memanjat semua
pokok yang dikelilingnya. Adalah llebih sesuai jika dibuatkan para untuk
pokok ini.
Apabila bunga tongkeng layu, kita dapat lihat ianya mengeluarkan
buah, apabila buah itu telah tua dan matang ianya akan menyebarkan biji
benih. Dengan itu agak mudah kelihatan anak-anak pokok di sekeliling
pokok induknya.
Haruman tongkeng dikatakan seolah-olah campuran antara haruman mawar
dan freesia dengn sedikit bau halia.
Menjelang senja harumannya menjadi
semakin kuat dan harumannya yang paling kuat sekitar pukul 9 malam.
Satu kajian menunjukkan sebatian utamanya ialah geraniol yang juga
boleh dijumpai dalam bunga mawar dan Beta-ionone yang boleh dijumpai
dalam violet.Kajian itu juga menunjukkan sifat meruap Beta-ionone
menyebabkan bau wangi bunga tongkeng mudah tersebar ke persekitaran.
Pembiakan
Ia boleh dibiakkan dengan menggunakan keratan batang. Walaupun
bunganya juga menghasilkan biji benih, namun ia jarang-jarang dapat
dibiakkan menggunakan biji benih.
Info-kgunaan-khasiat :
Bahagian Yang Digunakan (Edibel semuanya)
Bunganya dan pucuknya boleh dimakan.
Putik bunga dan pucuknya di
goreng atau dijadikan sup. Bunganya rasa sedap dan kaya dengan
karbohidrat, protein dan vitamin A.
Amalan Tradisi Perawatan
Bunga
tongkeng boleh dibuat ulam atau di buat kerabu. Bunga ini biasanya
digoreng dengan telur atau boleh dimasak sup
. Ia juga digunakan untuk
merawat sakit mata.
## Lagenda Bunga Tongkeng
Terdapat cerita rakyat China lama yang mengisahkan bunga ini. Pada
suatu masa dahulu sekumpulan tentera telah menawan istana pihak musuh.
Menjelang senja , mereka telah terhidu satu aroma yang begitu harum dan
wangi dibawa angin.
Perasaan marah dan semangat juang yang
berkobar-kobar beransur hilang apabila mereka terhidu haruman ini.
Menjelang pagi pihak musuh telah berjaya menawan mereka dan mereka
terpaksa berundur.
Haruman yang dihidu itu ialah haruman bunga tongkeng
yang berjaya menenangkan hati walaupun tentera yang ganas.
Sumber rujukan : https://wannura.wordpress.com/2012/11/15/bunga-tongkeng-telosma-cordata-harum-dan-boleh-dimakan/
_________________________________________________________________________
Respos daripada : http://www.tanamsendiri.com/2012/04/gambar-hari-ini-bunga-tongkeng.html R1: Saya pernah lihat semasa saya ambil kelas hortikultur hiasan. Telosma
cordata berbentuk hati daunya.. Tapi tak tau pulak bunganya boleh dibuat
makan. Terima kasih en Is kerana memberi tau mengenai ini. apa khasiat
bunga ni yea?
Masak Omelet -goreng telur
R2:Terima kasih I wong, saya dah lama
cari nama sains bunga ini. Ya daunnya berbentuk hati. Saya kurang
pasti khasiatnya tapi di Pasar Kajang bunga ini popular. Auntie yang
jual kata kaum cina suka buat sup, kaum india pula suka letak dalam
kari, kaum melayu pula letak dalam gulai. Kira bunga muhibbah ni. Saya
suka letak dalam telur goreng. Memang sedap.
Sumber rujukan : http://malasaad.blogspot.my/2017/10/bunga-tongkeng-tonkin-jasmine.html - utk gambar omelet ni.
R3:Saya beli bunga di pasar,
kebetulan ada ranting sedikit. Saya cucuk, ia hidup dan mula berpucuk.
Inilah hasilnya. Dapatlah bekalan bunga tongkeng yang berpanjangan.
Nanti saya simpan bunga sejambak, tengok dapat bhenih atau tidak. :)
R4:Menurut org Cina,khasiat bunga tongkeng ialah merawat mata rabun.Kalau
selalu makan mata jadi terang.Benih bunga tonkeng boleh didapati dalam
buahnya yang serupa dgn buah pokok kapuk tapi saiz yg lebih
kecil.Rasanya pokok tongkeng jarang berbuah.
R5:Saya pernah tanam pokok ni di pergola rumah saya..ketika dia lebat
berbunga masyaAllah wanginya hingga tak terkata.. tak tahu pula boleh
dimakan apatah lagi berkhasiat.. sekarang dah pindah, benih dah tak
ada.. nak kena tanam balik ni...
Pokok Bunga Tonken saya..tak berbunga lagi..
R6: Saya sendiri ada tanam sepasu..tapi tak fokus. tak ambil berat. Beli dpd serg Chinese men yg menjuak pokok di Amcok Mall 5 tahun yg lepas..Dia maklum juga bunga boleh masak sayur dn telur goreng..tapi tak pernah nak cuba .Pernah nampak berbunga..tapi tak munafaatkan.Lepas dah dapat info ini nak cubalah.
# Saya akan cuba ambil keratan dan cuba utk semai ..perbanyakkan lagi..
Salam THRM. om kenali Bunga KEMUNTING CINA di Laman WOMA- Ornamental
Nama Tempatan: Kemunting Cina
Nama saintifik: Catharanthes roseus
Nama biasa: KEMUNTING CINA- Tapak Dara
Nama lain: Bunga Tapak Dara (BTD, janda kedah, kembang sari cina, ros pantai. , rumput jalang, madagascar periwinkle, capeperiwinkle, old-maid, rose periwinkle dan rosy periwinkle.
Bahasa Inggeris: Periwinkle
Famili: Apocynaceae
Asal-usul: Madagascar
Info-flora:
Biasanya boleh dijumpai di kawasan pantai dan juga kawasan berpasir.
Batangnya berkayu pada bahagian bawah dan bercabang banyak yang akan
muncul dari batangnya.
Daunnya berbentuk bujur memanjang dengan rerambut
halus pada kedua-dua sisinya.
Pokoknya membiak melalui keratan batang
dan biji benih.
Info-kegunaan - khasiat:
Dikatakan Pokok kemunting cina warna putih dapat mengubati penyakit kanser.
Caranya: Daun, bunga dan buah dimasukkan dalam mulut dan dikunyah hingga lumat
serta ditelan. Air yang terdapat dalam bunga, buah dan daun dapat
diserap oleh sel-sel kanser dan mendesak atau menghilangkan sel-sel
kanser.
Rebusan daun dapat mengurangkan sakit haid dan merawat gigitan serangga.
# Pokok kemunting cina mengandungi cantharanthine, leorosine, lochnerine,
vindotine, akuamine, vincamine, vinleurosin dan vinrosidin.
Bahan-bahan
tersebut dapat mengubati dan merawat pelbagai jenis penyakit. Ia juga
mengandungi vinbalistin dan vincristine yang digunakan dalam kimoterapi
untuk rawatan kanser.
Pokok kemunting cina menghasilkan alkaloid vinblastine dan vinkristine yang boleh merawat leukemia dan darah tinggi.
Caranya: 20 gram kemunting cina putih atau merah(yang telah dikeringkan) direbus
menggunakan 1000ml air dan diminum airnya dipercayai mengubati penyakit
tersebut.
Awas !!: ## Pokok kemunting cina dikategorikan sebagai tumbuhan beracun. Ia hanya boleh diambil dalam sukatan yang telah ditentukan dan dibenarkan sahaja.
## Wanita hamil dan sedang menyusukan bayi tidak
digalakkan untuk mengamalkan persediaan herba ini dan minta nasihat
doktor sebelum menggunakannya.