Monday, January 9, 2017

Senarai bunga edibel



List of edible flowers
From Wikipedia, the free encyclopedia
This is a list of edible flowers.
Caution: Other parts than the flowers of the plants mentioned in this list may be poisonous.
This is a dynamic list and may never be able to satisfy particular standards for completeness. You can help by expanding it with reliably sourced entries.

Scientific name
Flavor
Color
Common name
Vegetal
Medium-yellow
Okra
Onion
Lavender-pink
Chives
Vegetal
White, pink, red
Marshmallow plant
Herbal
Yellowish-green
Dill
Bitter
Wide range
Snapdragon
Herbal
White
Chervil
Mildly bitter
White
Daisy
Anise
Lilac
[1] Starflower
Spicy
Green
Cabbage, etc.
Slightly bitter
Yellow, orange
Marigold
Vegetal
White, pink, blue
Cornflower
Strong
Wide range
Chrysanthemum
Herbal
Blue
Chicory
Vegetal
Yellow
[2] Squash, etc.
Sweet clove
Wide range
Carnation
Spicy
White
Arugula
Mildly anise
Yellow-green
Fennel
Sweet, nutty, vanilla
White
Woodruff, etc.
Varies
Yellow
Sunflower
Vegetal, sweet
Wide range
[3] Daylily
Cranberry-like
Rose, red
Chinese hibiscus
Sweet, perfumed
Lavender
Lavender, etc.
Celery
White
Lovage
Sweet
White to pale yellow
Japanese honeysuckle
Floral
White to pink
Apple, etc.
Sweet apple
White
Camomile
Minty
Purple
Mint, etc.
Minty, sweet, hot
Wide range
Bergamot, etc.
Herbal
White, lavender
Basil
Vegetal
Purple
Passion flower
Varies
Wide range
Geranium
Vegetal
Purple
Common bean
Perfumed
Wide range
Rose
Herbal
Blue
Rosemary
Sweet, fruity
Red
Pineapple sage
Herbal
Purple-blue
Common sage
Sweet
White
American elderberry
Varies
Lavender
Lilac
Bitter
Yellow, orange
French marigold
Spicy, herbal
Yellow
French marigold
Sweet, honey-like
Yellow
Common dandelion
Herbal
White
Thyme
Honey-like
White
Linden, etc.
Sweet
Red
Red clover
Spicy, peppery
Wide range
Indian cress, etc.
Vegetal
Wide range
Tulip
Sweet, perfumed
Purple, white
Common violet
Wintergreen
Purple and yellow
Heart's ease, etc.
Vegetal
Wide range
Pansy

Sunday, January 8, 2017

Kenali flora edibel : Pokok LEMUNI (Vitex trifolia )

Pokok Lemuni ( Vitex trifolia )

Famili : Verbanaceae
Catatan : Sesiapa berminat  untuk mendapatkan anak pokok boleh hubungi no ini. 016-3574895

Image result for daun lemuni


Image result for daun lemuni











Khasiat : 

Akarnya boleh direbus dan diminum bagi perempuan lepas bersalin.
 Boleh juga digunakan untuk merawat luka terbakar dengan cara memanaskan daunnya di dalam periuk yang panas tanpa dicampur air.
Daun yang panas ini kemudiannya ditekapkan pada luka tadi.



  • Pucuk atau daun muda pokok ini memang biasa digunakan dalan ramuan nasi ulam atau nasi kerabu. 
  • Antara khasiat perubatannya pula, daun ini dipercayai dapat mengurangkan demam, batuk dan mengeluarkan kahak manakala air rebusan daunnya digunakan untuk mencuci luka atau ulser.[
  • Daunnya juga boleh digunakan untuk merawat penyakit beri beri, rheumatik dan cirit-birit. 
  • Di Malaysia, daunnya yang telah ditumbuk bersama bawang putih, lada hitam, kunyit dan nasi, kemudian digentel kecil-kecil digunakan selalunya untuk merawat sakit kepala, mata berair dan juga untuk menggalakkan pertumbuhan janggut.
  • Ia juga sering digunakan untuk merawat kanser payudara.
  •  Selain itu daunnya boleh juga dijadikan bantal untuk mengubat sakit kepala. 
  • Daunnya juga dikatakan dapat membunuh jentik-jentik. 
  • Boleh juga digunakan sebagai ubat nyamuk (nyamuk Aedes).


Nasi LEMUNI popular menggunakan daun lemuni
Image result for daun lemuni

Memasak Nasi Lemuni


Kenali flora edibel : BUNGA TELANG ( Clitoria ternata )


BUNGA TELANG
Nama Saintifik:Clitoria ternatea

Famili:Kekacang / Leguminosae
Nama Biasa:Kacang telang
Nama lain:Butterfly pea, blue pea



Foto Blue Bunga Telang.Image result for bunga telang

Khasiat  Bunga Telang:

Khasiat
  • Bunga kacang telang biru digunakan sebagai perwarna nasi kerabu atau pulut.
  • Is juga digunakan dalam proses mewarna mengkuang(untuk kraftangan) dan kain.
  • Bunganya juga banyak digunakan untuk menghitamkan rambut dan menyuburkan kulit kepala.
  •  Daun pokok ini boleh digunakan untuk mendapatkan warna hijau.
  •  Buah kacang muda boleh dimasak dan dimakan.
  • Akarnya digunakan untuk melawaskan pembuangan air kecil dan dijadikan julap.
  • Biji kacang telang yang dihancurkan dan dijadikan serbuk digunakan sebagai julap.
  • Jika dimakan dalam kuantiti yang sedikit, ia boleh membuka selera makan.
  • Daunnya dan bunganya juga dikatakan dapat mengurangkan sakit kepala. 
Caranya, daun atau bunganya dimasukkan dalam kain hingga membentuk bantal dan digunakan untuk tidur oleh pesakit.
 Bunga kacang telang yang direndam di dalam air bersih, boleh digunakan untuk mecuci mata yang disebabkan oleh mata merah.
 Air rebusan bunganya yang diminum boleh merawat disenteri.
Bunga dan akarnya dicampur dalam air mendidih, kemudian direbus bersama sedikit gula dan diminum dipercayai dapat merangsang haid.
 Daun pokok ini yang dihancurkan dan ditampal pada bisul atau jerawat dapat merawat masalah tersebut. Daun telang biru yang diremdam boleh digunakan untuk mencuci mata merah.

Khasiat perubatan bagi wanita
Bunga kacang telang mempunyai bentuk organ luaran seksual wanita, maka nama latin dari genus ‘Clitoria’ , diambil dari perkataan ‘clitoris’ . Dalam beberapa bahasa (Tamil, Malayalam) bunga kacang telang dinamakan ‘kerang’ yang juga mempunyai bentuk organ seksual wanita. Oleh kerana memmpunyai kesamaan bahagian tubuh manusia, tanaman ini dikatakan mempunyai pengaruhi kepada sistem pembiakan manusia. Tumbuhan ini digunakan secara tradisional untuk menyembuhkan penyakit seksual, seperti ketidaksuburan, gonore, mengendalikan kitaran menstruasi (haid), dan juga sebagai afrodisiak. Amalan ini dicatatkam dalam sebuah kepercayaan kuno dicatat dalam Doktrin Signatures.
Terdapat juga kepercayaan yang mengatakan bahawa untuk mengelakkan keguguran, batang kacang telang ini dililitkan pada pinggang perempuan hamil. Sama ada berkesan atau tidak, cara ini tidak dapat dibuktikan.

Menyuburkan rambut
Sejak turun temurun, kacang telang telah dipercayai amat berkhasiat untuk melebat dan menghitamkan rambut. Tumbuhan ini juga dipercayai mampu mengilatkan rambut dan juga dapat menyuburkan kulit rambut.

Mengurangkan sakit kepala
Daun dan bunga kacang telang juga dikatakan mampu mengurangkan sakit kepala.
 Caranya adalah dengan mengambil daun atau bunga tersebut. Kemudian masukkan dalam kain hingga membentuk bantal dan digunakan sebagai pelapik kepada sewaktu tidur oleh pesakit.( Bantal)

  • Dikatakan juga bunga kacang telang boleh direndam dalam air panas dan diminum seperti teh untuk mengurangkan sakit akibat ulser mulut. Air rendaman bunga ini juga dikatakan mampu merawat insomnia. 
  • Dalam perubatan tradisional pula, tumbuhan ini banyak digunakan untuk merawat sakit telinga, kelenjar membengkak, kolik, sembelit, sakit tekak dan penyakit kulit.


Merangsang memori dan kebijaksanaan
Di India, kacang telang dikenali dengan nama Shankupushpam telah digunakan secara meluas sebagai tonik otak dan ia dipercayai dapat merangsang memori dan kebijaksanaan.

Pewarna makanan dan fabrik
Selain digunakan sebagai pewarna makanan, bahan pewarna yang terhasil daripada rendaman bunga kacang telang juga telah digunakan sebagai pewarna pakaian ataupun nila
. Caranya adalah dengan menambahkan warna biru ini kepada air bilasan terakhir pakaian terutamanya pakaian berwarna putih. Tujuannya adalah untuk mencerahkan fabrik tersebut.

********************************************************************************
 Memproses Bunga telang untuk di jadikan pewarna makanan.




Foto Blue Bunga Telang.




Di petik, asingkan putik, dan dikeringkan.


Makanan yang menggunakan Bunga Telang



Paling popular NASI KERABU



Set Nasi Kerabu yang lengkap

Cara  membuat Nasi Kerabu menggunakan bunga telang.
·         Beras dibersihkan dan rendam sebentar denga air bunga telang, untukmenyerapkan lagi warna biru  pada beras. Kemudian ditanak seperti biasa.

·          Masukkan daun limau purut, daun pandan dan air bunga telang , yang memberi aroma semulajadi pada nasi. Masukkan sedikit garam.


Sambal Kelapa Ikan
5 ekor ikan kembung @ ikan sardine
5 biji bawang merah ; Sehiris halia
½ biji kelapa ;3 batang serai
10 biji lada hitam  atau lebih
Sedikit garam  atau gula

·         Goreng kelapa spt buat kerisik( jangan terlalu garing). Kemudian tumbuk hingga halus.( mesin kisar).
·         Bakar ikan / rebus. Aingkan ii dan sanggai di dalam kuali- ikan kelihatan seperti kapas.
·         Tumbuk bawang merah, halia , serai, garam dan sedikit gula hingga lumat dan sebati.
·         Masukan bahan-bahan ini di dalam kuali sehingga kering. Rasa garam dan ketepikan.

KUAH TUMIS ( Kuah Nasi Kerabu)

Santan pekat dari sebiji kelapa
10 tangkai Cili Kering
5-8 ulas Bawang merah kecil ; 1 ulas Bawang Putih
2 Batang Serai- diketuk ; Sehiris lengkuas
2-3 keping Asam Keping ; Sedikit budu
Sedikit minyak untuk menumis

Cara membuat :
·         Semua bahan  dikisar hinggalumat kecuali serai dan asam keping. Masukkan sedikit minyak ke dalam periuk dan tumis semua bahan kisar hingga naik  baud an masak cilinya. Emudian masukkan serai yang diketuk tadi bersama santan. Masukkan asam keeping, gula dan garam. Didihkan dengan api perlahan hingga naik minyak,

SOLOK LADA
10 biji lada hijau ( dibelah jangan putus dan buang bijinya)
½ biji kelapa parut putih
5 biji bawang merah ; sehiris halia
1 ekor ikan tenggiri kecil ; ¼ cawan pekat
Sedikit lada hitam (ditumbuk kasar); sedikit kerisik ; sedikit hirisan daun kunyit.

Cara membuat:

Tumbuk bawang dan halia hingga lumat. Campurkan semua bahan dan sebatikan. Sumbatkan kedalam lada yg telah dibunag bijinya. Susun salam kukusan dan kukus sehingga islada itu masak. Atau susun dalam periuk. Masak dengan santan.


Ikan goreng Celup Tepung



5 ekor ikan  - dibersihkan dan ditos; serbuk lada sulah
½ cawan tepung beras ; sedikit air kapur
Sedikit serbuk kunyit; garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara membuat:

Perap ikan sebentar dengan lada sulah. Kemudian bancuh tepung beras bersama air kapur, serbuk kunyit dan garam seckupnya.  Celupkan ikan ke dalam bancuhan dan goreng hingga masak.

ULAM-ULAMAN
2 helai daun kunyit ; 5 helai daun cekur
1 batang bunga kantan ; 10 tangkai daun kesum
5 tangkai daun selasih ; 5 batang kacang panjang ; 5 batang kacang botor ; sedikit daun selom
1 biji timun ; 5 biji bawang putih jeruk (jika ada); 1 labu bawang nesar (jika ada)
1 mangkuk keil tauge, dibuang ekornya

Cara:
Hiris halus kesemua bahan kecuali tauge.

DAGING BAKAR/ AYAM BAKAR
1 kg daging batang pinang  ; 1 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis; ½ sudu besar intan putih
3 ulas bawang putih; sedikit minyak zaitun

Cara :
Basuh dan toskan daging. Blend semua bahan kisar. Kemududian lumurkan pada daging. Ttiskan minyak zaitun . Perap selmalaman. Kemudian dibakar. Hiris nipis2.

Cara menghidang.
Sendukkan nasi ke dalam pingga, Letakkan sedikit sambal kelapa ikan, cili padi jeruk (air lada); kuah tumis, budu diakhiri dengan ulam. Gaul rata-rata.
Dihidangkan bersama lauk-pauk berkenaan ( telur masin rebus , keropok , jika suka)



 Kuih muih lain  yang menggunakan bunga telang


Foto Blue Bunga Telang.
Pulut tekan


Foto Blue Bunga Telang.
Pulut tekan




Foto Blue Bunga Telang.
Manisan Berwarna biru ..




.