Sunday, May 13, 2012

Perihal Leptospirosis

Selamat Hari Ibu..Mother's Day to me  dan semua para ibu..

Artikel untuk renungan  semua...perihal Kesihatan - LEPTOSPIROSIS



Pengenalan :
Penyakit Leptospirosis disebabkan oleh bacteria Leptospira.

Punca jangkitan :
  • ·         Tikus
  • ·         Kucing
  • ·         Anjing
  • ·         Lembu
  • ·         Kambing
  • ·         Babi
  • ·         Kuda
  • ·         Haiwan-haiwan lain
Cara Jangkitan :
·         Manusia boleh dijangkiti sekiranya terdedah/kontak secara langsung dengan air /air banjir yang tercemar dengan air kencing haiwan yang terjangkit.
·         Manusia jiga boleh dijangkiti jika mengambil makanan atau minuman yang tercemar dengan air kencing haiwan yang terjangkit.
Tempoh inkubasi :  5 – 14 hari

Tanda-tanda:
Pesakit boleh mempunyai pelbagai gejala jka dihangkiti bacteria Leptospira spt.
  • ·         Demam
  • ·         Sakit kepla
  • ·         Loya, Muntah
  • ·         Sakit otot
  • ·         Kemerahan pada mata
  • ·         Ruam kulit
  • ·         Sakit pada abdomen
  • ·         Batuk
  • ·         Sakit pada beis
  • ·         Jaundis (mata kekuningan)
  • ·         Air kencing berwarna kehitaman (spt air teh ‘O’ pekat)
Pencegahan:
·         Menjaga kebersihan persekitaran rumah.
·         Tutup dan tudung makanan supaya dihindari dari tikus.
·         Mencuci tangan, kaki serta bahagian anggota lain dengan sabun selepas bekerja dikebun, membersih sampah dan kawasan rumah selepas banjir.
·         Cuci dan balut sebarang luka yang terdapat di anggota badan dengan sempurna.
·         Jangan  bermain air dan lopak terutamanya selepas banjir.
·         Segera mendapat rawatan jika mempunyai tanda-tanda.

Diterbitkan oleh:  

Bahagian Pendidikan Kesihatan dengan Kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit kementrian Kesihatan Malaysia (lepto(Versi 1) 11/2007 ( BM 350,000)
www.infosihat.gov.my.

Wassalam. Buat semua Ibu..